Hi Korang,
Jenama Watsons lebih sinonim dengan produk berpatutan, berkualiti tinggi dan lebih nilai-untuk-wang. Mempunyai pengikut setia kalangan pelanggan, baru-baru ini Watsons telah melayan sepuluh ahli VIP Watsons untuk berbelanja sakan bersama Fasha Sandha yang merupakan Rakan Selebriti Watsons bersempena dengan kempen "Tukar dan Jimat" dengan produk jenama Watsons.
"Sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan terbesar Asia, produk jenama Watsons yang merupakan jenama kami sendiri telah terbukti disukai oleh para pelanggan kami, menawarkan beraneka barangan penjagaan peribadi, keperluan kecantikan dan penjagaan kesihatan. Kami sentiasa mendengar maklum balas dari pelanggan kami untuk memberikan produk berkualiti yang terbaik setanding dengan jenama terkemuka dipasaran. Aktiviti belanja sakan ini ialah salah satu cara untuk kami berterima kasih kepada para pelanggan yang dihargai diatas sokongan berterusan kepada jenama Watsons dan juga bersempena meraikan Hari Raya" kata Caryn Loh, Pengurus Besar (Ketua Negara) Watsons Malaysia.
Akak lily jugak sempat hadir ke Watsons Shopping Spree ni hari tuh yang diadakan di cawangan Watsons dipusat beli belah My Town, Cheras.
Para pemenang "Tukar dan Jimat" telah dipilih melalui kempen peraduan di instagram yang dianjurkan terdahulu, peserta dikehendaki memuat naik gambar di instagram dan berkongsi pendapat mengapa mereka bertukar kepada jenama Watsons dengan hashtag #myswitchandsave dan #watsonmalaysia.
Sepuluh pemenang telah dipilih dan diberikan layanan berbelanja sakan selama 60 saat bersama Fasha Sandha yang juga Rakan Selebriti Watsons, dalam satu tempoh masa yang diberikan mereka dikehendaki mengambil produk jenama Watsons seberapa banyak yang boleh. Para pemenang berjaya mengambil produk jenama Watsons sejumlah RM (Angka sebenar akan disediakan pada hari acara) dalam tempoh masa yang diberikan.
Dengan rangkaian yang luas dan beraneka produk, rangkaian Jenama Watsons memberi pilihan kepada pelanggan untuk berjimat dengan banyak tanpa berkompromi dengan kualiti.
Caryn Loh menambah, setiap produk jenama Watsons akan melalui pelbagai peringkat program pembangunan dan penyelidikan dengan proses kawalan kualiti yang ketat. Produk produk jenama Watsons akan melalui proses ujian kawalan kualiti selama 18 bulan. lni untuk memastikan pelanggan Watson hanya menerima produk terbaik dan menjadikan produk yang dikeluarkan selamat dan berkesan untuk memenuhi kehendak pelanggan yang dihargai.
"Ia merupakan pengalaman yang menarik dan menyeronokkan bila dapat menyaksikan aktiviti belanja sakan oleh pemenang peraduan, ketika kita merayakan Hari Raya. Ia adalah satu cara kami membalas budi kepada pelanggan yang telah menyokong produk jenama Watsons', ujar Fasha Sandha, pelakon terkenal yang juga merupakan pemenang anugerah.
"Sebagai pelakon, ibu dan usahawan dalam satu masa, saya mempunyai jadual harian yang sangat sibuk. Saya akan memastikan keluarga dan diri saya akan mendapat produk yang terbaik untuk penjagaan peribadi dan saya sangat gembira menyatakan bahawa produk jenama Watsons memberikan kepuasan kepada keluarga saya. Ia meliputi rangkaian penjagaan diri, keperluan kecantikan dan barangan penjagaan kesihatan dimana ia memenuhi kehendak keluarga saya," jelas Fasha Sandha.
happy memasing dapat shopping ek - eh Nisa Kay pun ada gak...
Kempen Tukar dan Jimat merupakan inisiatif berterusan oleh jenama Watsons Malaysia untuk memastikan Ahli VIP dan pelanggan mendapat produk berkualiti terbaik pada harga yang berpatutan. Sila ke cawangan-cawangan kami dan untuk promosi atas talian, lawati: www.watsons.com.my/switchandsave
bestnya kak.. mmg grab abis barang watson ni
ReplyDelete