Sunday, August 20, 2017

Kedai Snek DAIRY TOOTH Di Sunway Piramid

Hi Korang,


Kak Lily kalau jejalan kat memana shopping mall walaupun lepas makan mesti nak beli kudap-kudapan sambil jejalan tuh. 

Tak kisahlah beli apa janji ada benda yang nak di kunyah-kunyah

So masa jejalan di Sunway Piramid hari tuh, lalulah kat depan kedai snek Dairy Tooth ni. 


Akak Lily terperasan ada sejenis makanan yang macam sarang telur cam tuh, rupanya cam waffle pulak kualinya ni, haruslah akak pi cuba la kan. 

Dairy Tooth ni adalah kiosk yang menjual pelbagai makanan ringgan dan minuman istimewa dari budaya masyarakat Hong Kong sememangnya seuatu yang istimewa dan perlu dicuba. Dengan mempertengahkan konsep "take away" sahaja, pelanggan boleh membuat pesanan secara terus dan ianya akan disediakan secara 'fresh'. Kira macam time tuh order then time tuh baru diaorang akan buatlah so bila time kat tangan kita panas-panas tau. 

So meh kita order dan rasa lah kan

DT Original HK Egg Puffs | RM6.90

Inilah yang akak Lily nak rasa sangat tuh, waffle yang macam sarang telur tuh. Rupanya menu ni ‘best-selling’ ye, kira signature snek gituh. Ini adalah antara snek yang menjadi pilihan pelanggan, "best selling" item katanya. Saya sendiri telah mencubanya memang sedap giler. Sebab ianya snek yang rasanya sedap dan memang sangat ranggup. Memang dah try sekali, tak akan berhenti mengunyah.

Ada Egg Puffs perisa coklat jugak tau

Majoriti yang datang ke sini, kebanyakannya memesan Egg Puffs ni, sememangnya ianya snek ringan dan senang untuk di nikmati sambil berjalan-jalan di mall ini.

Sempat jugak akak lily lihat sendiri bagaimana Egg Puffs ni dibuat.




Nampak macam senang gunakan pembakar khas ni tapi kena ada skill jugak tau

Selain daripada Egg Puffs yang menjadi kegemaran ramai ni, terdapat juga snek lain yang turut menjadi permintaan pelanggan. Antaranya seperti:-

Butter Sugar French Toast | RM8.90

Kanak-kanak memang akan teruja dengan warna-warni dan rasa french toast ini. Lemak-lemak berkrim gitu!!

Chocolate French Toast | RM8.90

Sebagai peminat coklat, french toast ini antara yang sedap pernah akak Lily nikmati. Siapa yang tak suka dengan coklat kan.

Jelly in Coconut Milk | RM10.90

Sejuk dan segar je bila akak Lily nikmati. Kalau makan waktu panas terik ni memang awesome sungguh lah kan.

HK Style Ice Lemon Tea | RM6.90

Blackcurrant Tea | RM6.90 dan DT HK Signature Milk Tea | RM7.90

DT HK Signature Milk Tea not bad juga rasanya. Agak pekat juga rasa teh tetapi dibancuh sempurna dengan susu. Ini juga resepi istimewa yang dibawakan dari Hong Kong.

Psst: Harga istimewa hanya RM2 ditawarkan untuk Milk Tea bermula dari 14 August - 27 August 2017. 


Rupanya ada 3 cawangan Dairy Tooth di kawasan Lembah Klang iaitu di Sunway Piramid, Jaya One dan Berjaya Times Square. Ermm tak semestinya nak kena pi Sunway Piramid ek untuk menikmati menu dari Dairy Tooth ni kan.

Info lanjut, korang boleh check it out:-

FACEBOOK RASMI





Baik korang pi cuba dulu ek...








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

1 comment:

  1. macam sedap pulak nampak. tunggu buka kat shah alam la dulu. hahaha

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!