Wednesday, August 30, 2017

Pameran Replika LEGO Terbesar di Sunway Piramid

Hi Korang,

Lama tak ke Sunway Piramid so baru-baru ni sempat akak Lily ke sana untuk satu event yang rasanya menarik perhatian kita semua terutamanya kanak-kanak la kan


Bersempena dengan kemerdekaan yang ke-60 satu mural replika telah dibina dengan menggunakan 160,000 keping LEGO®. Apa yang menarik mural ini menampilkan acara bersejarah Malaysia iaitu pada tarikh keramat pada 31 Ogos 1957 di mana Tunku Abdul Rahman telah melaungkan pengisytiharaan kemerdekaan negara.

Mural yang telah dipamerkan di Orange Concourse of Sunway Pyramid ini telah berjaya mencatat sejarah sekaligus direkodkan didalam Malaysia World of Record sebagai Mosaic Terbesar Diperbuat daripada LEGO®!





Korang boleh melihat sendiri mural replika ini bermula dari 22hb Ogos hingga 3hb September 2017. Selain itu terdapat juga pameran pembinaan lego yang lain inspirasi dari tanda-tanda mercu dan ikon budaya Malaysia yang terkenal. Ke semua pembinaan ini memerlukan sebanyak 200,000 LEGO®.




Antaranya seperti-

· Menara Dayabumi
· A 'Famosa Fort
· Masjid Kristal
· Kuil Kek Lok Si
· Gereja Kristus
· Parlimen Malaysia
· Muzium Negara
· Angkasapuri
· Stesen Kereta Api Ipoh
· Menara Condong Teluk Intan
· Taiping Lake Gardens
· Pusat Pengunjung BOH - Cameron Highlands

dan banyak lagi tau


Untuk maklumat lanjut mengenai acara menarik di Sunway Pyramid, sila lawati Www.sunwaypyramid.com atau lawati laman Facebook Www.facebook.com/sunwaypyramid

#My60myLEGObuild
#Negaraku


Tuesday, August 29, 2017

TETLEY Tea Bakal Jadi Kegemaran Cik Lily Putih

Hi Korang,

Semua orang tau yang aku ni sememangnya hantu kopi yang taksub dengan kopi, bukan apa kopi tuh bagai penenang jiwa.

Teh?

Eh aku minum jugak tapi mengikut mood tertentu. Kalau rasa badan banyak angin minum teh halia, kalau nak buang lemak minum green tea, kalau nak minum teh berperisa errmm teh perisa buah-buahan pun ada jugak aku minum.

Itu sejarah aku dengan teh...

Boleh minum tapi occasionally la kan hehehhe


Tapi

Bila dah rasa event Tea Tasting baru-baru ni bersama Tea Tasting Master dan juga Tetley Tea terus rasa tersuka pulak lah

Bagi korang yang tak kenal jenama Tetle Tea tuh meh akak Lily perkenalkan sket


Sebagai salah satu jenama teh terbesar di dunia yang terdapat di lebih 40 negara, Tetley yang berasal dari Britain telah membawakan kombinasi kepakaran dan warisan kegemilangan British selama lebih 175 tahun ke Malaysia. Setiap cawan teh Tetley pasti memberikan kenikmatan, kehangatan dan keseronokan dari tegukan pertama, membolehkan keluarga dan kawan-kawan berkongsi saat-saat indah sambil menikmati secawan teh.


Sebelum Tea Tasting bermula, meh dengar sket ucapan ringkas dari Mr Rajat Kumar, Ketua Global - Pembangunan Perniagaan, Tata Global Beverages, yang memiliki jenama Tetley, berkata, "Di Tetley, kami percaya bahawa segala yang baik bermula dengan secawan teh, sama ada hari yang ceria, perbualan yang mesra, mahupun detik yang indah. ltu sebabnya kami benar-benar memastikan kesempurnaan teh kami, setiap langkah dari peringkat tanaman hingga bancuhan teh yang dituang ke dalam cawan. Setelah menjalankan perniagaan teh sejak 1837, kami kini teruja untuk memberikan pengalaman minum teh kami di Malaysia, dan kami berharap untuk memperkenalkan lebih banyak produk menarik kepada rakyat Malaysia pada masa akan datang."

Yeah inilah masanya untuk Tea Tasting...



Ada 7 jenis mangkuk yang mengandungi 7 jenis daun teh yang di datangkan dari pelbagai negara. Haruslah akak Lily cuba satu per satu kan. Ada rasa yang unik dan rasa yang pelik serta rasa sedap pun ada. Daun Teh Hitam Tetley diadun khas oleh Pakar Pengadun Tetley untuk menghasilkan Teh Tarik kegemaran rakyat Malaysia.

Korang juga boleh menambah sentuhan kelainan ke dalam rutin harian dengan perisa English Breakfast, Earl Grey atau Chai Spice daripada Tetley. Kesegaran dan aroma Tetley Green Tea (Teh Hijau Tetley), Green Mint Tea (Teh Pudina Hijau) atau Jasmine Green Tea (Teh Hijau Melur) pasti diminati oleh penggemar teh, manakala teh Camomile Tetley memberikan sentuhan kelembutan dan ketenangan untuk berehat selepas seharian bekerja.


Kemudian kami bloggers dapat belajar cara blend teh mengikut citarasa sendiri. Bila Tea Master akak Lily punya dia cakap lemon dah overpower rasa tea tuh hehehehe memang kelakar betul tapi still boleh minum lagi tau. Sedappp


Produk Tetley boleh didapati dalam pelbagai bentuk pembungkusan tersendiri, termasuk uncang teh bertali String dan Tag, uncang teh bulat, uncang teko teh dan daun teh, dan boleh didapati di kebanyakan pasar raya besar dan pasar raya di seluruh Malaysia. Uncang teh String dan Tag dan uncang teh dalam balang masing­ masing berharga RM11.90 dan RM8.90. Uncang teh, uncang teko teh dan daun teh pula masing-masing berharga daripada RM6.50, RM8.OO dan RM8.90. Teh Tetley disahkan Halal.

Sebagai jenama teh pertama di dunia yang memperkenalkan uncang teh bulat dan uncang teh bertali, Tetley terkenal sebagai pemimpin inovasi, dengan warisan gilang-gemilang dan kehadiran di merata dunia. Teh Tetley dinikmati di seluruh dunia dan lebih 45 juta cawan diminum setiap hari. Sebagai ahli Ethical Tea Partnership (Pakatan Teh Beretika), Tetley komited untuk memastikan proses penanaman, penyumberan, pembelian dan pengadunan tehnya dilakukan sepenuhnya dengan cara lestari. Untuk maklumat lanjut, sila ke Iaman www.tetley.com.


Tetley diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh GBA Corporation Sdn Bhd. GBA menguruskan banyak jenama terkenal hasil kerjasama dengan rakan niaga dari seluruh dunia yang merupakan pemimpin jenama dalam kategori tertentu.

Hah aku dah cuba, sebab tu aku tau tahap kesedapannya cam ne kan 


Untuk info lanjut, korang boleh check it out di

Facebook Page : Tetley Malaysia
Twitter: TetleyMalaysia
Instagram: TetleyMalaysia







Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Monday, August 28, 2017

Mari BANGKIT BERSAMA Sempena Sukan SEA Ke-29 2017

Hi Korang,


Ya ampun musim Sukan SEA 2017 ni, rata-rata akak Lily perasan ramai nau pakai baju Malaysia ni kan, ermm semangat kesukanan sungguh. Yelah Malaysia kan menjadi tuan rumah untuk kali ni so haruslah kita berbangga ermm eksyen lah sket kan.




La tak semestinya kalau tak pakai baju Malaysia tuh tak sokong atlit kita kan, ishk korang ni janganlah camtu sedih akak Lily tau.

Padahal hari-hari akak Lily ikuti perkembangan terkini Sukan Sea 2017 ni ye.

Eh kan ade website rasmi www.kualalumpur2017.com.my so kat sinilah akak Lily follow segala updates tau. 

Macam yang ni:


Pingkat emas ke-6 bagi Malaysia di miliki oleh atlit acara Boling Padang Soufi Yusof yang menewaskan atlit daripada Singapura pada pusingan akhir. 


Malaysia ke peringkat akhir bagi acara bola sepak hasil jaringan N Thanabalan. Memang terrer Matcha dari Bahau ni lah, tanduk je tau.


Nie akak Lily letak keputusan catatan pingat bagi setiap negara yang bertanding. Info ni pada 27hb Ogos 2017. Sajelah nak tunjuk kat korang ek, mintak-mintak tercapai juga hasrat Malaysia untuk mengumpul 111 pingat untuk Sukan SEA 2017 kali ni.


Nak LIKE kat Team Malaysia Fanpage ni https://www.facebook.com/TeamMalaysia/ apa lagi, jangan lupe tau..

See see I told you rightttt....

Lepas tuh, korang tau tak videoklip MTV 'Gemuruh Suara' yang je keluar tau, feauturing Raja Syahiran, Elizabeth Tan dan Ayda Jebat. 

Meh tengok kat sini, akak Lily dah siap-siap letak untuk korang


Apmacam?

Nie akak Lily kongsi sedikit lirik lagu Gemuruh Suara ni ek, tang korus 

Gemuruh suara,
Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia!!


Catchy sungguh la kan

Bagi akak Lily memang membangkitkan semangat para atlit negara dan kita sendiri kan, untuk berusaha dengan lebih kuat lagi dan meraih kejayaan tak kiralah dalam apa jua keadaan pun.

Lagipun Ayda Jebat dan Elizabeth Tan tuh, dua-dua akak Lily minat so haruslah layan kan videoklip ni. 

Lagi satu ni, kalau korang-korang tuh ade kesempatan untuk pergi menonton pertandingan sukan yang korang minat kat stadium tuh mestilah nak join group penyokong Malaysia kan. 

Korang nak tau pasukan penyokong Team Malaysia ni akan senantiasa menyokong para atlit Malaysia. Kalau pi stadium masa pertandingan berlangsung tuh akan nampak diaorang ni yang pakai baju sama tuh segeng itulah dia ye...


Hah yang macam dalam gambar tuh lah. Hah korang joinlah sekali barulah syiok kan, so tak delah segan bila nak nyanyi-nyanyi nanti.

So lagu-lagu diorang tau tak? 

La tak tau ke.. nasib baik TM dah create lagu-lagu cheer jadi bolehlah korang nyanyi-nyanyi bagi menambahkan lagi semangat para atlit kita yang sedang bertanding tuh.



Best kan!!

Kalau nak lagi boleh korang pi belajar nyanyi di youtube chants playlist ni tau

Kalau nak senang lagi, korang subscribe jelah youtube page official KL2017 je memacam ada kat situ. La pi tengok dulu, baru lah tau camne kan



Iklan 'Forever Our Pride' yang ada beberapa atlit kebangsaan negara kita seperti Pandalela Rinong, Farah Ann dan ramai lagi tuh pun best jugak layan.



Comey plak Farah Ann ni, dah cantik, ahli sukan plak tuh. Camnelah dia jaga kesihatan dia tuh ek... jelesss akak lily ni tau

Jangan lupa gunakan Hashtags

#BangkitBersama 
#KamiTeamMalaysia 
#SemangatNegaraku 
#Negaraku 

so barulah menambah lagi semangat kesukanan kita ek.

Dah la tuh jangan nak fikir-fikir lagi bukan senang Malaysia nak jadi tuan rumah Sukan SEA ni tau, bila dah ada peluang ni sokonglah kaw-kaw punya…

Ermm nanti ni kang nak pi jugak cari baju Malaysia ni, nak show off dengan korang lah…





Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Sunday, August 27, 2017

Kempen Kesedaran BRAND’S® “Feed Your Mind And Body”

Hi Korang,

“Anda adalah apa yang anda makan” adalah frasa yang sering digunakan oleh ibu bapa dan pakar pemakanan kerana makanan yang dimakan oleh seseorang itu melambangkan keadaan kesihatan mental, emosi dan fizikal beliau, yang juga memberi kesan secara langsung kepada kesejahteraan keseluruhannya.

Mendapatkan asas pemakanan manusia yang tepat dapat memastikan bahawa anda mempunyai fokus mental serta daya tumpuan untuk produktiviti yang lebih baik, membantu anda menangani stres dengan lebih berkesan, dan memberi tenaga secukupnya kepada tubuh untuk melakukan aktiviti seharian.

Bagaimana pun menyediakan minda dan tubuh dengan pemakanan yang betul selalu sahaja diabaikan kerana gaya hidup sibuk yang menentukan bila dan apa yang kita makan, berbanding apa yang kita perlu ambil.


Oleh sebab itu, jenama suplemen makanan kesihatan terkemuka, BRAND’S® mengingatkan masyarakat di Malaysia supaya mengekalkan kecerdasan minda dan kecergasan tubuh badan dalam menjalani hidup dengan potensi sepenuhnya di samping sentiasa memberi prestasi terbaik tanpa mengira usia.

“Makan dengan betul bagi memastikan minda dan tubuh berprestasi pada tahap optimum perlu menjadi amalan sepanjang hayat di mana usaha secara sedar dibuat bagi menggabungkan diet dan pemakanan yang baik tanpa mengira usia sama ada anda adalah pelajar muda, ahli profesional bekerjaya, ibu yang sibuk atau menikmati hari-hari pada usia emas,” kata pegawai diet konsultan dan pengasas klinik nutrisinya sendiri, Indra Balaratnam semasa perbincangan panel BRAND’S® “Feed Your Mind And Body” hari ini.

Pakar pemakanan itu menekankan bahawa pengambilan makanan yang betul dengan diet yang seimbang serta rehat yang mencukupi bukan sahaja memberikan anda tenaga dan kejelasan mental, malah meletakkan anda dalam rangka emosi minda yang betul bagi membantu anda menguruskan stres dengan lebih baik.

Dr. Jack Wong, Senior Scientist of BRAND'S Suntory International (far left) and Ms. Kuang Ming Ming, General Manager of BRAND'S Suntory Malaysia (2nd left) together with the invited panelists at the BRAND'S Feed Your Mind

Turut bersama-sama Indra di perbincangan panel yang dikendalikan oleh pengacara Adrian Seet itu adalah Cheryl Lee yang merupakan seorang yang serba berbakat – juruhebah radio 988 FM, pelakon, penyanyi serta penulis lirik – dan dua pelajar cemerlang, masing-masing berumur 18 tahun, Yang Chong Sheng dan Lee Zhi Xuan yang menduduki peperiksaan SPM mereka pada tahun lepas.

Sementara itu, pelajar Yang dan Lee mengakui bahawa minda dan tubuh yang sihat, digandingkan dengan sikap positif membolehkan mereka berprestasi terbaik setiap hari bagi mencapai tahap cemerlang dalam kedua-dua bidang pelajaran dan aktiviti kokurikulum.

Kedua-dua mereka adalah penerima Anugerah BRAND’S® Smart Achievers, program tahunan yang mengiktiraf prestasi cemerlang para pelajar yang berjaya dalam kedua-dua bidang pelajaran dan aktiviti kokurikulum. Mereka merupakan sebahagian dari kumpulan 24 orang pelajar yang menerima ganjaran hadiah wang tunai kerana cemerlang dalam peperiksaan PT3, SPM, STPM dan peperiksaan peringkat universiti pada tahun lalu.

Ahli saintis neuro, Dr. Jack Wong Jin Lin yang juga merupakan ahli saintis kanan di BRAND’S® Suntory International, berkongsi data sains di sebalik botol sari pati ayam bertutup hijau yang ikonik serta menerangkan bagaimana ia dapat mengurangkan keletihan fizikal, mempertingkatkan daya tumpuan mental dan mengekalkan kesejahteraan emosi.

“Peningkatan peredaran darah dan aliran oksigen ke otak dan tubuh menghindarkan dari kelesuan mental dan fizikal, selain mengurangkan kebimbangan dan hormon stres, kortisol, supaya keupayaan untuk kekal peka atau fokus tidak terjejas,” kata Dr. Jack Wong.

“BRAND’S® Sari Pati Ayam adalah suplemen makanan semula jadi yang tidak mengandungi garam tambahan serta bebas kolesterol dan lemak, menjadikannya sesuai diambil setiap hari bagi membantu merangsang minda dan tubuh,” tambah Dr. Wong.

Nama yang dipercayai dengan susur galur lebih 180 tahun yang terus diperbaiki dari masa ke semasa melalui pelbagai hasil kajian, BRAND’S® Sari Pati Ayam adalah satu-satunya sari pati ayam di pasaran yang disokong oleh lebih 40 kertas saintifik dan kajian klinikal antarabangsa. Dapatan menunjukkan bahawa pengambilannya secara berkala mempertingkatkan memori sehingga 15% dan menambah daya tumpuan sebanyak 22%, manakala metabolisme dapat ditingkatkan sehingga 16%.

Sebagai sebahagian dari inisiatif kesedaran BRAND’S® “Feed Your Mind And Body”, pihak BRAND’S® komited dalam menyuburkan minda dan tubuh masyarakat Malaysia di seluruh negara dengan mengagihkan sebanyak 100,000 botol BRAND’S® Sari Pati Ayam.

Dalam inisiatif yang berlangsung dari bulan Julai hingga penghujung bulan ini, pasukan pensampelan akan berada di lokasi-lokasi vertrafik tinggi termasuklah di stesen LRT, bangunan pejabat, pusat membeli-belah, universiti dan plaza tol.




Friday, August 25, 2017

REVIEW | AUDE LASTE Flawless Finish Foundation Makeup Dan PRESTIGE Lip Cream Matte

Hi Korang,

Lama pulak tak citer mengenai barangan makeup ni ek

Hehehe

Sekali sekali teringin jugak nak cantik kan huaihuauhaua

Aku berkenan dengan produk keluaran Aude Laste ni, biasalah marilah kita menyokong produk tempatan kan. Harga pun berpatutan 

So memperkenalkan

BEAUTY LASTE FLAWLESS FINISH FOUNDATION MAKEUP

Of courselah ramai akan cakap alah akak Lily foundation makeup same jelah memana jenama pun tapi tidak bagi Aude Laste ni ek . Ianya berfungsi untuk :

. Memberikan pigmen warna agar kulit kelihatan lebih sekata serta merta.

. Menutup bekas jerawat pada kulit wajah.

. Menutup bintik hitam pada kulit wajah.

. Menutup pigmentasi pada kulit wajah.

. Menutup jerawat merah.

. Menutup tompokan hitam pada kulit wajah.

. Menutup lingkaran gelap bawah mata .

. Menjadikan kulit kelihatan lebih licin dan berseri .

. Menjadikan kulit lebih lembap dan sihat.

. Menghilangkan kulit kusam dan tidak bermaya .

. Menjadikan kulit lebih lembut.

. Menjadikan kulit lebih cerah berseri .

. Memberi perlindungan dari UVA dan UVB.

dan banyak lagi.


Yang best tuh, Aude Laste makeup foundation ni berasaskan oil free, mempunyai SPF 15 sebagai perlindungan dari UVB, kalis air, tidak menyebabkan pori-pori muka tersumbat, tidak berbau, tidak melekit dan terasa ringan je bila di sapu pada muka serta boleh bertahan sehingga 9 jam.

ini Ivory Rose

Cara nak gunakan?

Sama je macam foundation muka yang lain. Hanya picitkan sedikit je ke tapak tangan dan sapukan ke seluruh muka. Jangan banyak sangat so nanti jadi putih melepak macam tepung gomak hehehhe

ni pukul 8 pagi tadi

ini pukul 3.50 petang, nampak ada lagikan hehehe

Beberapa TIPS untuk menghasilkan solekan yang menarik 

1. Gunakan Face mist untuk kemasan yang lebih glowing dan cantik.

2. 
Gunakan  berus atau span “beauty blender” untuk hasil yang lebih kemas .

3. 
Gunakan  selepas base untuk hasil yang lebih cantik.


Itulah baru foundation muka and akak lily sambung citer lagi mengenai 

PRESTIGE LIP CREAM MATTE MAKEUP

Of courselah lipstick pulak kan

Akak Lily sukakan warnanya Brownish Red code 04.03. Terang merah menyala dari jauh dari nampak tau kata bebebudak kat office ni hah hehehehe

Di antara fungsi Lip Cream Matte ni adalah

. Memberikan pigmen warna pada bibir.

. Menjadikan bibir lebih terbentuk.

. Mampu menutup kekurangan pada kulit bibir agar kelihatan lebih cantik.

. Mengekalkan kelembapan agar bibir tidak kering.

. Menjadikan bibir kelihatan penuh dan warna yang tidak merekah.



Lipstick matte sebegini memang menjadi kegemaran akak Lily, rasa lembut je bila di sapur di bibir. Ringan dan tahan lama sehingga 8 jam. Yang penting tidak mengandungi pewangi berbahaya (No Fragrance).


Tak payahlah akak Lily terangkan cara nak guna kan, Cuma sapu dan ratakan lip cream ni di sekeliling bibir menggunakan berus yang di sediakan 


Ermm korang memang teringin la tuh kan. 


Ok ok untuk info lanjut korang boleh check it out:

Website : 

Facebook Page : 

Instagram : 

Twitter : 


So apa lagi selamat mencuba

Thursday, August 24, 2017

AF Megastar - Haruslah Tengok Untuk Jadi Topik Bualan Kan

Hi Korang,

Ni ada berita baik untuk penggemar rancangan realiti akademi Fantasia ye..

Alah kawan Akak Lily yang mintak tolong suruh kongsikan kat blog ni, so haruslah acik-acik geng bawang mesti suka tengok rancangan ni ek..

Ermm bukan tu je, mak akak Lily pun sama gak peminat no. 1 Pak Nil tuh...

Suka atau tidak, harus diakui bahawa pengaruh dan populariti kebangkitan program realiti khususnya jenama ‘Akademi Fantasia’ atau ‘AF’ sukar dinafikan. Dilihat sebagai permulaan segala-galanya dan cukup tepat untuk diangkat sebagai perintis kepada evolusi penerbitan program hiburan di negara ini, jenama AF masih kekal utuh di hati peminat seni tanah air walaupun sudah bersiaran selama 13 buah musim sebelum ini.


Bertitik tolak pada kemasyhuran ‘AF’ setelah sekian lama, Astro mengorak langkah menghimpunkan semula bintang-bintang program itu dalam edisi khas ‘AF Megastar’ untuk musim terbaharu yang bertujuan mengembalikan semula momen-momen manis yang pernah dilalui mereka suatu masa dahulu.

Mengulas lanjut tentang penerbitan edisi khas ini, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, “Bermula sebagai sebuah program pencarian bakat berkonsepkan program realiti yang menzahirkan impian dan keinginan anak muda untuk bergelar bintang, pengaruh jenama ‘AF’ terbukti berjaya mengubah senario industri hiburan tempatan setelah mencetuskan gelombang fenomena luar biasa apabila kali pertama ia diperkenalkan lebih sedekad yang lalu. 

Ketika musim pertama diterbitkan sekitar tahun 2003, tiada siapa pernah menyangka bahawa ia akan menjadi ledakan kuat dan meninggalkan impak luar biasa sehingga demamnya merebak ke seluruh negara sehingga hari ini.

Kembali membawa kuasa fantasi, penganjuran musim terbaharu dengan edisi khas yang pastinya lebih berprestij ini menyaksikan beberapa pembaharuan yang ditambah baik diperkenalkan untuk memastikan kandungan program ini kekal relevan dan sentiasa segar selari mengikut peredaran semasa sekaligus memberi pengalaman baru kepada peminat setia ‘AF’. Format asal juga dirombak kerana kesemua bintang bukan lagi penyanyi amatur tetapi sudah menempa nama dalam persada seni.

Untuk edisi khas ini, para bintang tidak lagi perlu dikuarantin dan dibantu daripada segi persiapan untuk persembahan mingguan. Sebaliknya, mereka diberi kebebasan penuh untuk berkarya secara kreatif mengikut citarasa dan haluan muzik masing-masing berdasarkan tema mingguan yang ditetapkan oleh pihak produksi.

Kami amat positif dan berharap agar edisi khas ini mampu melonjakkan kegemilangan jenama ‘AF’ yang menjadi antara aset serta testimoni utama saluran ini ke peringkat yang lebih tinggi. Kami berjanji untuk memberikan sepenuh komitmen kami bagi menghasilkan sebuah lagi musim yang bakal diingati sepanjang zaman menerusi ‘AF Megastar’.”

Sedikit berbeza dengan format terdahulu, edisi kali ini menjanjikan persaingan yang amat sengit kerana ia akan menghimpunkan semula bekas-bekas juara ‘AF’ yang layak menyertai pertandingan ini secara automatik serta bekas bintang ‘favourite’ yang dipilih berdasarkan prestasi terkini dalam sebuah pusingan saringan tertutup yang diadili oleh barisan juri profesional.


Seramai lapan orang bekas juara ‘AF’ yang telah mengesahkan penglibatan mereka dalam edisi khas ini iaitu Zahid (AF2), Faizal Ramly (AF4), Mila Jirin (AF5), Shahir (AF8), Faizul Sany (AF2013), Firman (AF 2014), Sufi Rashid (AF2015) dan Amir (AF2016).

Manakala enam belas orang peserta ‘favourite’ yang berjaya disenarai pendek ialah Rosma (AF1), Bob (AF2), Adam (AF2), Anding (AF2), Marsha Milan (AF3), Amylea (AF3), Idayu (AF3), Nubhan (AF6), Aril Pilus (AF7), Adira (AF8), Amir Jahari (AF9), Azhar (AF2013), Indah Ruhaila (AF2013), Ewal (AF2014), Syamel (AF2015) dan Ara (AF2016).

Bagi merancakkan lagi penganjuran edisi khas ini, kesemua 24 bintang yang disenaraikan bakal berentap di pusingan ‘Konsert AF Homecoming’ untuk mara ke peringkat seterusnya di pentas utama. Kuasa mutlak pemilihan adalah 100% diserahkan kepada barisan juri profesional yang akan memilih bintang yang benar-benar layak untuk memeriahkan edisi ini. Keputusan penuh jumlah sebenar bintang yang bakal meneruskan perjuangan dalam ‘AF Megastar’ hanya akan diumumkan sejurus tamat konsert tersebut. 


Umpama sirih pulang ke gagang, ‘AF Megastar’ juga bakal menyaksikan kepulangan pengacara tersohor yang begitu sinonim dengan keluarga ‘AF’ iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi atau cukup dikenali dengan nama Pak Nil untuk mengemudikan edisi khas ini sebagai pengacara.

Mengulas mengenai pemilihan Pak Nil selaku pengacara, Raqim turut menambah, “Kredibiliti dan keupayaan Pak Nil dalam bidang pengacaraan sememangnya tidak perlu disangkal lagi. Pelbagai anugerah dan pengiktirafan yang sememangnya menjulang nama beliau dalam bidang ini bukan sahaja di Malaysia bahkan di peringkat Asia adalah sesuatu yang cukup membanggakan.

Seperti yang semua sudah maklum, penglibatan Pak Nil sebagai pengacara dalam keluarga ‘AF’ bukanlah baharu. Kami amat berbesar hati apabila dapat membawa kembali bekas pengacara yang pernah menerajui pentas ‘AF’ sejak musim pertama hingga kelima dan sekali lagi dibawa masuk untuk mengendalikan pentas AF9.

Melihatkan kepada pengalaman dan kekuatan Pak Nil, kami percaya beliau mampu mengembalikan memori kegemilangan AF sekaligus mengemudikan program ini dengan sentuhan magisnya yang tersendiri untuk memikat hati para penonton agar terus melekat di kaca televisyen.”

Rangkaian program ‘AF Megastar’ akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) serta boleh dinikmati juga di aplikasi Astro Go dan perkhidmatan ‘on demand’ untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan persediaan dan trivia para bintang dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Studio AF Megastar’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 10.55 malam bermula pada 28 Ogos 2017. Kompilasi liputan kapsul dan pengisian versi lanjutan atau ‘extended version’ pula akan ditayangkan menerusi ‘Studio AF Megastar Plus’ pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam bermula 2 September 2017.

Selama 8 minggu, program ‘AF Megastar’ akan disiarkan secara langsung dari Royal Theater, Shah Alam. Program ‘Spotlight AF Megastar’ akan menyiarkan sorotan eksklusif serta rumusan tentang konsert yang bakal menjelang sejurus sebelum bermulanya konsert mingguan pada setiap hari Ahad, jam 8.30 malam mulai 3 September 2017. Manakala dua buah pusingan ‘Konsert AF Homecoming’ untuk mengenal pasti calon bintang yang bakal berentap di pentas utama akan disiarkan jam 9.00 malam pada 3 dan 10 September 2017. Ini diikuti dengan enam buah lagi konsert mingguan ‘AF Megastar’ pada hari dan waktu yang sama bermula 17 September 2017.

Nasib bintang ‘AF Megastar’ akan diadili berdasarkan sistem pemarkahan 60% oleh juri profesional. Manakala 40% lagi akan ditentukan berdasarkan undian penonton atau AFUNDI menerusi kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) dan secara ‘online’ di laman web rasmi www.afmegastar.com.my Bintang yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Talian untuk menghantarkan undian akan mula dibuka sejurus tamat ‘Konsert AF Homecoming’ di pusingan yang kedua, iaitu pada 10 September 2017 jam. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Juara ‘AF Megastar’ bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta hadiah sampingan lain yang akan diumumkan kemudian. 


Selain itu, ‘AF Megastar’ juga sangat berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan vivo dan D’Herbs sebagai Penaja serta Go Shop sebagai Penaja Hadiah Sampingan. Manakala Gempak juga turut menghulurkan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi bagi menjayakan musim ini selaku Rakan Digital di samping radio Sinar fm dan Aplikasi Raku selaku Radio Rasmi dan Radio Digital Rasmi.

Untuk sebarang maklumat lanjut serta mengenai informasi terkini dan video eksklusif ‘AF Megastar’, sila layari www.afmegastar.com.my atau ikuti akaun rasmi media sosial rasmi kami di Instagram (AkademiFantasia), Facebook (AkademiFantasia), Twitter (@AkademiFantasia) atau cari kami menerusi hashtag #AFMEGASTAR.


Bayangkan kalau akak Lily bawak mak akak pi PC hari tuh? mesti habis semua artis dia nak bergambar kan hehehhee


Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Wednesday, August 23, 2017

Promosi Ayam KRR CHAMPION Meal dan VICTORY Meal

Hi Korang,

Lama tak citer pasal ayam Kenny Rogers Roasters ni ek ermm sedapnya ayam grill, sesuai sangat untuk akak Lily yang acah-acah nak diet ni hehehehehe


Hari tuh kami-kami blogger kaki makan ni dapatlah merasai sendiri promosi ayam panggang yang terbaru dari KRR ni. Yeahh seronoklah dapat get together, borak-borak sambil makan-makan kan 

Kali ni Kenny Rogers ada promosi baik punya tau..

Ada 2 promosi iaitu Victory Meal dan Champion Meal

Ok akak Lily citer satu per satu ek supaya terang bijik mata korang ni hah..


Victory Meal

Of courselah mesti ada ayam dan pilihan 3 side dish bersama muffin sekali tau.

Sekarang ni ada promosi baik punya..

BUY 1 FREE 1 Untuk Victory Meal ni


Bermula dari 21hb Ogos hingga 25hb Ogos 2017 ( 5 hari je tau dari pukul 11 pagi hingga 3 petang), kalau korang memilih untuk makan victory Meal ni boleh dapat PERCUMA 1 set. 

Kemudian kita ada 

Champion Meal 

Ada 2 jenis pilihan perisa ayam panggan yang korang boleh cuba iaitu Honey BBQ dan Spicy BBQ. Akak Lily dah rasa dua-dua tapi Spicy BBQ tuh podeh betul kata orang Negeri Sembilan tapi kalau kaki pedas mungkin korang akan cakap alah mild mild je ni.


Kemudian korang boleh tambah lagi side menu hanya pada harga RM5 each. 

Ada pilihan Power Up
 
A)Garlic Toasties + Country-style Chicken Soup

atau

B)Kenny's Home-made Muffin + Single Happiness 

Eh jangan bimbang, korang boleh dapati kedua-dua promosi ini di seluruh restoran KRR di Malaysia ni. So janganlah ragu-ragu ek.


Layari laman web www.krr.com.my untuk dapatkan maklumat tentang aktiviti dan promosi terkini oleh Kenny Rogers ROASTERS, atau boleh juga layari www.facebook.com/krrmalaysia






Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com