Hi Korang,
Lama tak citer pasal makan sedap ek, so aku nak citer la.
Kalau bab makanan bergrill ni memang jadi kegemaran aku, tak kiralah siang malam acaranya aku tetap makan dengan bersungguhnya.
Kali ni Carousel International Coffeehouse di Palace of the Golden Horses alah dekat sangat dengan office aku ni, mengadakan promosi ‘Hawker and Grill Buffet’ bersama dengan hidangan tempatan yang lelain lagi pada harga RM88nett seorang.
Untuk hidangan grill, kita boleh memilih bahan mentah seperti lamb shoulder and cutlets, marinated tofu skewer and chicken and beef satay untuk di masak serta merta, termasuk juga dengan sirloin, rib-eye, slipper lobster, clams, prawns, cockles squid, mushroom, bell pepper, garlics skewer dan sting ray.
Diilhamkan oleh gaya tradisional dan konsep makanan jalanan, Carousel International Coffeehouse menyediakan tetamu pilihan ala ‘hawker style’ seperti oyster omelette, popiah nyonya, sotong kangkong dan roti john. Ada juga hidangan ala barat yang mengiurkan seperti oven-baked chicken parcel with mushroom ragout and garlic sauce, roasted chicken roulade with mustard seeds sauce and chicken meatloaf with brown onion sauce and mustard.
Terdapat juga hidangan-hidangan lain seperti ayam kapitan, daging masak paprika, roasted potato wedges with rosemary, daging kari nyonya, pan-fried chicken payard with lemon wedges and steamed sea bass with spicy asam sauce.
Untuk pengemar pemanis mulut, terdapat hidangan tradisional dan moden di antara seperti bubur cha-cha, pengat pisang sagu, karamel kastard, puding coklat dengan sos vanilla dan banyak lagi
Untuk tempahan dan info lanjut, sila hubungi 03-8946 4888 ext. 3781; email: fnbreservation@pgh.mines.com.my atau log in ke www.palaceofthegoldenhorses.com.my dan layari https: www.facebook.com/PalaceOfTheGoldenHorses
Jom kita ke:
Carousel International Coffeehouse
Palace of the Golden Horses Hotel,
Mines Resort City
Seri Kembangan, 43300, Selangor
Tel : 60 3 8946 4888
Operating Hours (Opens Daily) All Day Dining
• Breakfast - 6.30am - 10.30am
• Lunch- 12.00noon- 2.30pm
• Dinner- 6.30pm - 10.30pm
About Carousel International Coffeehouse
• Carousel design
• Serves halallocal and international cuisine
• Lower Ground Level
• Seating capacity of 220
• 3444sqft
Tergamam jap tengok gambar no 2 tu..banyaknye pilihan!! Nampak tempting sangat2!!
ReplyDeleteCikLily, Promo ni sampai bilakah?
ReplyDeleteAlaaa...nak jugakkk..sedapnyaaaa
ReplyDelete