Hi Korang,
Benda ni memang wajib ada dalam setiap handbag wanita iaitu minyak wangi or parfume, kekandang orang panggil mist pun hado alah yang penting wangi ek. Barulah orang selesa nak dekat dengan kita, ini kalau bau busuk bau ketiak cam no pulak gayanya.
As usual, jenama Avon kan ada keluarkan wangian di antara produk mereka ni dan baru baru aku ke majlis pelancaran wangian terbaru Avon iaitu VIVA LA VITA de Parfum.
Wow nama kemain gaya lagi ek ! hehehhehe
Berinspirasikan wanita penuh keyakinan menghadapi hidupnya dengan keberanian dan keindahan, Avon telah memperkenalkan haruman feminin terbarunya iaitu Viva La Vita de Parfum. Wangian hebat ini mampu mengungkap kemeriahan serta keriangan jiwa sesorang wanita.
Dihasilkan daripada bauan epal pink lady yang segar dan meriangkan, disusuli dengan bauan buah mandarin yang membebaskan perasaan, keharuman daripada pati mimosa yang mewah serta mengujakan serta wangian magnolia merah jambu yang memberikan sentuhan lembut memukau dan mempersonakan.
Manakala kayu cendana menyerlahkan lagi dasar haruman ini, dilengkapi dengan kekacang vanila yang manis serta kayuan Kashmir yang mampu memberi kehangatan yang lebih lama.
Perkenalkan 2 pencipta wangian hebat Viva La Vita iaitu Elisa Benat dan Harry Fremont. Mereka sememangnya pakar dalam menghasilkan wangian terbaik dan bermutu tinggi.
Manurut Kasia Ostrowska Ketua Bahagian Pemasaran Avon Malaysia, "Haruman Viva La vita EDP ini mencerminkan keberanian dan kebebasan dalam melakukan setiap perkara yang dapat memberi kegembiraan kepada anda serta perasaan hebat disaat menikmati setiap detik indah dalam hidup. Sentuhan bungaan danbuah-buahan yang menghangat jiwa ini merupakan ungkapan sebenar seorang wanita masa kini".
Di majlis pelancaran juga, Avon juga telah memperkenalkan wajah Viva La Vita, iaitu Nelydia Senrose. Sifat optimis pelakon muda dan jelita ini bertepatan dengan aspirasi Viva La vita itu sendiri. Sekaligus ianya juga bakal memberi inspirasi kepada bakal-bakal pengguna haruman terbaru dari Avon ini.
Aku sendiri amat gemarkan bauan dari Viva La Vita, tidak hairanlah bunga magnolia antara bunga yang menjadi feveret dari dulu sehingga sekarang
Ermm excited lah tuh kan, ok korang jangan lupa dapatkan haruman Viva La Vita yang akan mula diperkenalkan di pasaran pada bulan Oktober 2017 nanti pada harga RM95 (WM) dan RM109.30 (EM). Dapatkannya di www.avon.my ataupun hubungi wakil Avon yang terdekat dengan korang…
Ermm harumnya VIVA LA VITA de Parfum
Yang best pasal perfume avon ialah sebab ia kecil dan wangi. Harga dia pun affordable
ReplyDeletekita pun suka barang avon..dulu rajin jual sekarang beli utk pakai sendiri je hehe
ReplyDeletemesti wangi niiii.. dah lama tak g butik avon..
ReplyDeletedapat membayangkan kewangian perfume2 kat situ. dulu saya pakai perfume jgak. lepas beranak ni, perfume hantaran tunang pun tak habid lagi. 7 tahun lepas tu. haha
ReplyDeletenak sebut boleh terseliuh lidah saya
ReplyDeletenama sedap..pasti bau pun sedap
lama gak tak membeli perfume dari avon...
ReplyDeleteBESTNYAAAA....X pernah lagi pi event AVON
ReplyDeletesuka sgt dgn avon
ReplyDelete