Hi Korang,
Semalam sempat aku ke majlis pelancaran akaun LINE rasmi P&G Malaysia ‘Confidence Squad’ Terbaru di Hubba Hubba KL Sentral.
P&G Malaysia (P&G) mengorak langkah memberi sentuhan peribadi kepada pengalaman pelanggan digital menerusi pelancaran akaun LINE rasminya, ‘Confidence Squad’. Dengan akaun LINE ini, P&G berhasrat untuk mengukuhkan kehadirannya dalam talian, di samping mempromosikan komunikasi langsung dengan pelanggannya menerusi perkongsian tip kecantikan, penampilan diri dan gaya hidup, serta pelbagai ganjaran dan promosi yang boleh ditebus di Watsons Malaysia.
Sebelum majlis bermula, ada aktiviti kaligrafi dan 'spin the wheel' untuk para media. So apa lagi main sepuasnya untuk redeem hadiah.
Menyedari cabaran untuk tampil sempurna pada setiap detik masa, P&G telah mengilhamkan ‘Confidence Squad’ yang terdiri daripada persona-persona unik melambangkan pelbagai jenama utamanya. Phoebe (melambangkan Pantene), Gaven (melambangkan Gillette), Daisy (melambangkan Downy) dan Hansen (melambangkan Head and Shoulders) akan menawarkan pelbagai tip, cara dan ganjaran eksklusif bagi membantu semua pengikut akaun ‘Confidence Squad’ tampil dan rasa sempurna dengan bantuan produk-produk P&G.
“Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan P&G untuk menyentuh dan mempertingkatkan kehidupan secara bermakna, kami ingin bertemu dengan pelanggan kami di mana-mana jua mereka berada. Dengan adanya ’Confidence Squad’, kami mampu mendampingi pelanggan baru dan sedia ada, melalui penyampaian maklumat relevan yang selari dengan minat mereka, serta dapat menambah nilai kehidupan mereka. Menerusi akaun ini, kami juga dapat mengembangkan komuniti dalam talian kami yang tersendiri supaya P&G akan kekal relevan dalam kehidupan mereka,” ujar Utkarsh Mohan, Ketua Operasi Jenama dan Pemimpin Kategori Shavecare, P&G Malaysia, Singapura dan Brunei.
Bagi meraikan pelancaran akaun LINE ‘Confidence Squad’, P&G juga bakal menganjurkan peraduan ‘Lucky Chance’ dari 26 Jun 2017 hingga 30 Jun 2017. Pengikut ‘Confidence Squad’ boleh mengambil bahagian dalam satu pertandingan di mana mereka perlu menjawab satu soalan mudah, dan satu pengikut bertuah akan dipilih secara rawak setiap hari untuk memenangi sebuah iPhone 7 dan baucer-baucer untuk membeli pelbagai produk P&G. Selain itu, mereka boleh memuat turun pelekat-pelekat edisi khas Phoebe, Gaven, Daisy dan Hansen yang direka khas untuk memaparkan pelbagai emosi yang dapat dikaitkan dengan diri mereka, seperti rasa gembira, tekanan emosi dan keletihan. P&G merancang untuk meraih seramai 300,000 pengikut ‘Confidence Squad’ pada penghujung tahun 2017.
Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan P&G Malaysia bagi para pengguna, sila cari dan ikuti ‘Confidence Squad’ di LINE. Jadilah yang pertama untuk menerima maklumat terkini dan pelbagai ganjaran eksklusif!
Dari
Cik Lily Putih
www.ciklilyputih.com
wow, happening event dia. mcm2 cara boleh promote produck ye. line pun boleh rupanya
ReplyDeleteWah, bagus ni.
ReplyDelete