Wednesday, June 21, 2017

Baju Raya Oh Baju Raya, Sempat Lagi Ke Prima Valet Bangi

Hi Korang,

Cam ne persiapan raya?

Ermm dah tinggal 2-3 hari ni mesti dah siap kot kan, yelah aku tengok hujung minggu je mesti mall penuh dengan orang membeli belah. 

Beli baju raya, kasut raya,tudung raya, kuih raya, handbag raya, makeup raya even ada orang tuh siap beli kereta baru untuk raya lagi, hebat orang Malaysia ni. Pendek kata biar papa asal bergaya!!

For me?

Tak de lah apa sangat persiapan raya pun sebab kitorang semua dah beli masa pi Umrah hari tuh, beli untuk sekeluarga sebab tahun ni kitaorang beraya dengan mama then later baru balik Melaka untuk beraya dengan family aku pulak. 

So settle baju raya sedondon kitaorang sekeluarga untuk hari raya pertama.

Untuk raya kedua pulak? Still memikirkan lagi nak pakai baju apa. Actually aku ni memang banyak baju yang pakai sekali je then simpan especially dress, baju kurung dah jubah. Kekadang tu sampai tak perasan rupa-rupanya aku ada baju warna yang nak di pakai. Padahal baju-baju ni bukan murah tau kebanyakannya tempah dari famous designer hehehhe… sebab tamok (my BIL) kawan baiknya Hatta Dolmat so kitaorang ni kiranya dapat easy access lah eh bayo ek bukan free tau tapi harga kawan-kawan katanya. 

Tapi tahun ni tak tempah kot, aku nak cuba cari baju yang dah siap.

Readymade, banyak jugak tempat aku survey. Bukanlah kena paksa beli tapi suka-suka tengok, kalau cantik, muat nak pakai dan harga berpatutan so why not.

Kebetulan hari tuh, aku mengikut bebudak ni pi cari baju raya kat Prima Valet di Ostia Bangi ni. Alah sebab dekat dengan rumah so pi jelah. Jejak kaki time lunch waktu kerja memang tak berapa ramai orang so sempatlah gatal tangan cuba 2-3 helai baju artis ni. 

nampak membeli belah sangat kan

Prima Valet ni gedung pakaian 2 tingkat, yang majoritinya banyak baju keluaran artis ada di sini seperti, Fattah Amin, Amy Search, Anzalna, Puteri Zarith, Shaheizy Sam dan ramai lagi. Sebut je korang nak artis mana, ada je baju jenama mereka ni. 

Harga of courselah harga artis, dari RM79++ hingga ke RM300++ lebih lagi cantik design so lagi mahal lah tapi tak per janji puas hati dapat melaram di hari raya. 

ni bukan baju raya, itu suit. Nampak cam gemuk pulak bila pakai tapi cantik kalau pakai sepasang ala-ala Neelofa gituh huahauhau poyooo

muat tapi tak sampai nak zip, ok jugak tapi bukan baju artis lah

Aku adalah cuba 3-4 pasang baju-baju ni dah kebanyakkan tak fit untuk aku,bukan lah tak buat langsung. Kat sini semua baju-baju perempuan sampai saiz XL je so camne aku nak fit kan. Ada baju yang kainnya besar dan selesa aku pakai tapi masalahnya bahu tak boleh masuk, ada yang tak boleh zip sampai atas, ada yang nampak macam sarung nangka hehehehhe memacam lah. 

pattern barbie doll

kain plated, kembang tangan acik hah

Well well well setelah berhempas pulas aku mencuba ke semua baju-baju ni akhirnya dapat jugak baju yang muat dengan aku tak nak alter apa-apa pun. Kira aku dah kurus lah ek sebab dah boleh pakai saiz XL huahuahauhauhauahua gelak syaitonnn

Dapatlah 2 helai baju koleksi ‘youme & hunny’ dari Anzalna. Ok posing sket dalam fitting room. Yang ni selesa, nak zip senang, kain longgar. Hah patutnya buatlah cam ne, buat besar sket kecian pada kami-kami perempuan yang bersaiz comel ni. 

Itulah kisah aku dalam misi mencari baju raya untuk tahun 2017 ni ek.

Memang penat rupanya keluar masuk masuk fitting room tukar-tukar baju ek, ermm bayangkan kalau aku jadi model mau letih giler di buatnya kan.

So korang yang masih belum jumpa lagi baju raya yang menjadi pujaan hati korang silakan membeli-belah di hujung minggu ni ek, eh still sempat lagi tau. Banyak tempat ada, Prima Valet, Bangi Sentral, PKNS Shah Alam, Jalan TAR dan pelbagai tempat lagi.

Selamat membeli belah semuanya






Dari 

Cik Lily Putih





4 comments:

  1. hehehe..sabar- sabar..takpe u pakai apa pun comel...gittew...i plak x sedar baju raya dah terlebih padahal Rabu dah naik keja..acaner tu?

    ReplyDelete
  2. sekarang banyak dah butik dan kedai yang jual size besar sikit cik lily,banyak pulak pilihannya..kalau yang lelaki tu yang payah...hadoii..pening nak cari baju husband tau...hehe..harga pun lagi maheii

    ReplyDelete
  3. Kami tahun ni shopping baju raya 3 pasang sorang je. Alhamdulillah.

    Salam Ramadhan.

    ReplyDelete
  4. yg kuning tu cantiklah CIKLILY

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!