Sunday, May 21, 2017

Hiasan Rumah IKEA untuk Hari Raya: 5 Barang Yang Saya Nak Beli

Hi Korang,


Tak sampai seminggu lagi nak puasa!!

OMG sekejapan sangat dah nii, semuanye terhad. Dengan aku asyik demam je lately ni sampai tak boleh bangun so nak keluar camne kan. Even barang-barang stock makanan kering untuk puasa semuanya Mr Big siapkan.

Itulah lagi menyedihkan..

Takperlah, kita tinggalkan bab tu and now lets cerita pasal persiapan hari yang bakal menjelang tak lama lagi, siapa yang tak excited kan? Betul tak ? Or courselah betul.

Siapa yang tak suker dengan product deko rumah dari IKEA ni lah, semua orang suka sebab harganya berpatutan dan mudah dipasang plak tuh, tapi nak pi membelinya kemainlah ramai orang kat IKEA ni kalau weekend, manjang nau penuh kan.






Pernah dengar Carousell?

La Carousell ni merupakan salah satu plafform online yang menjual pelbagai jenis barangan segenap lapisan rumah termasuklah perhiasan rumah atau home deco. Harga pun boleh tahan jugak murahnya tau.




Jom tengok apa yang aku dah pilih untuk hiasan rumah untuk raya kali ni.




Rak Perhiasan 
Yang ni simple punye untuk letak stock kuih raya nanti. Comel kan? Warna merah, memang berserilah dapur mak nanti ek. 


Balang Kuih Raya 
Tahun ni rasanye tak sempat nak buat kot so beli jelah, kuih tunjuk-tunjuk namanya. So beli balang sedozen sebab murah nau 


Lampu Hiasan Ruang Tamu 
Memang tak pernah ada lampu pun kat hall rumah aku ni so msti kene angkat satu. 




Almari Perhiasaan 
Yang aku suka sebab cantik benau designnya. Letak dekat ruang makan lagi mempersonakan ek. 




Meja Makan 4 Orang 
Saje beli meja tambahan bukan apa senang, kalau nak buat open house adalah tempat letak nak letak lauk tambahan. Best jugak ada perabut rumah yang simple-simple ni ek

Ituje 5 item yang aku teringin sangat nak beli, nasib baik kat Carousell ada jual semua ni kan, senang betul lah.

Ok! Memang bestkan shopping dekat Carousell. Banyak pilihan, berganda penjimatan dan paling penting ianya mudah. Tanpa perlu fikir tentang kesesakan atau masa yang perlu diambil untuk keluar membeli-belah. Hanya duduk depan PC, klik dan pilih. Baca komen dan pendapat pengguna/pembeli yang lain. Buat pemilihan bijak, pilih dan bayar. 

Apa yang lebih penting kita tak perlu rasa stress dan dapat menjalani ibadah puasa tidak lama lagi dengan berlapang dada sambil menghitung untuk berhari raya dengan gembira.

4 comments:

  1. Weyh...baru teringat bekas kuih raya la...tahun lepas x raya so x fikir pun...kena pi Ikea ni...

    ReplyDelete
  2. Almari perhiasan tu memang cantik, but the price. Can't we get the same exact price macam di IKEA juga? Ke lebih mahal?

    ReplyDelete
  3. Boleh tahan cantik-cantik jugak produk La Carousell ni..Nak beli pun mudah hanya klik di hujung jari..Tq share yer...

    ReplyDelete
  4. kita belum sempat lagi nak menjengah carousell...kotlah nanti ada teringin nak grab kat situ....

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!