Hi Korang,
Cerita buffet ramadhan lagi ni tau hehehhehee
Kan semalam aku cerita berholiday di VIP Hotel so la ni aku sambung lagi citer pasal buffet ramadan yang ada di hotel ni.
VIP Hotel adalah satu-satunya hotel bertaraf 3 star pada kemudahan seperti 5 bintang. Hah baca entry aku tuh dulu then baru korang tau betapa bestnya hotel paling tinggi di Segamat ni ek.
Tema buffet Ramadan di The Chef ini adalah Selera Al-Mubarak dan kafe ini mendapat sijil Halal dari Jakim jadi makan tanpa was-was.
Bufet Ramadan kali ini mengetengahkan pelbagai hidangan dari pelbagai kaum di Malaysia.dan lebih daripada 50 ke 60 hingan buffet ramadan termasuklah makanan kegemaran ramai iaitu Kambing Golek special dari hotel ini.
Pembuka selera kat sini yang popular adalah Otak-Otak, Sate Ayam dan Daging, Kerabu Sotong dan banyak lagi.
Mari aku tunjukkan pula main course buffet Rmaadan kat sini, mereka menyediakan dari hidangan Melayu seperti Ayam Perchik Johor, Siakap Asam Pedas, Ikan Bakar Dengan Air Asam dan juga Kupang Masak Lemak Nanas. Ternyata kupang masak lemak memang sangat terbaik kerana rasa manis kupang tuh sangat kena dengan nanas tu sekali.
Tu untuk masakan Melayu kat sini ada juga masakan dari bangsa Cina yang popular seperti Udang Goreng dengan Serbuk Bijirin, Ketam Masak Bercili, Daging Lembu Bakar dengan Sos Lada Hitam dan banyak lagi.
Bagi pencuci mulut pula bufet Ramadan di hotel ini sangat menarik kerana ada Kolak Labu, Caramel Banana dan juga buah-buahan yang segar. Kolak Labu tu selalu orang kita panggil Pengat Labu sama jer.
Harga buffet ramadhan Selera Al-Mubarak ini adalah:-
RM55.00 nett bagi dewasa
RM35.00 nett bagi kanak-kanak
Ada lagi promosi 10% diskaun bagi setiap tempahan awal sebelum 5 Jun 2017 dan juga beli 9 percuma 1 sebelum 23 Jun 2017. Bufet Ramadan kali ini akan bermula dari 29 Mei hingga 23 Jun 2017 dari pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam.
So buat warga Segamat ini masa untuk bawa family dan kawan-kawan untuk bufet buka puasa di VIP Hotel. Tak rugi pun sekali sekala bawa mereka yang kita sayang untuk merasai buka puasa di hotel. Kalau yang datang menginap kat hotel ni sepanjang Ramadan juga ada promosi penginapan sekali tau.
Bagi yang menginap kat hotel ni bulan Ramadan kalau ada urusan kerja atau bercuti korang boleh dapat Ramadan Stay Promotion. Di mana menginap 2 hari 1 malam dengan bilik Standard Twin Room atau Queen harga yang ditawarkan hanya RM138nett per room. Ini juga termasuk Bufet Sahur untuk 2 orang.
Tempahan dan pertanyaan boleh hubungi pihak hotel seperti di bawah:-
Laman web : http://viphotel.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/vipsegamat
Instagram : https://www.instagram.com/viphotelsegamat
Tel : 07- 931 2101
nanti singgah segamat boleh la berbuka kat sini..harga pun ok lagi tu
ReplyDeletesedapnya udang tu
ReplyDelete