Friday, May 12, 2017

3M dan 11street Menganjurkan Klinik Badminton Bersama Rumah Kebajikan Sempena Pelancaran Minggu Minum Air Ke-3

Hi Korang,

2 minggu lepas aku sempat hadiri Klinik Badminton anjuran 3M dan 11street di SJK(C) Choong Wen yang disertai 35 kanak-kanak dari Rumah Victory Children & Youth Home dan Pure Life Society.. 


Ermm dapat bersenam pepagi sabtu tuh tau. 

Selepas kejayaan dua kempen ‘Minggu Minum Air bagi tahun-tahun sebelum, 3M ingin terus menggalakkan tabiat meminum air secukupnya buat tahun ketiga berturut-turut. Bekerjasama dengan 11street, salah sebuah pusat membeli belah dalam talian terbesar di Malaysia, 3M menekankan kepentingan tabiat untuk kekal hidrat.


"Minggu Minum Air adalah idea yang dicetuskan oleh 3M dan dimulakan pada 2015 melalui satu kempen mendidik generasi muda di Tadika Julia Gabriel Centre, Petaling Jaya. Setahun selepas itu, kami memutuskan untuk melibatkan lebih ramai rakyat Malaysia dalam kempen ini dengan memperkenalkan Minggu Minum Air kepada pelanggan di pusat membeli-belah 1Utama, Petaling Jaya. Tahun ini, harapan kami adalah untuk mengekalkan penglibatan orang ramai dalam kempen ini dan dalam masa yang sama membantu golongan kurang bernasib baik," kata Parameswaran Nair, Pengarah Urusan 3M Malaysia. 


"Selain mempromosikan manfaat meminum air bersih, kami juga menyasarkan untuk menyambung silatulrahim serta memperbaiki hubungan antara komuniti di Malaysia. Kerjasama dengan 11street dalam menganjur klinik badminton pada hari ini menjalinkan hubungan dengan golongan kurang bernasib baik, menyumbang semula kepada masyarakat dan memberi pemahaman mengenai kelebihan meminum air yang bersih. Dengan kepakaran lebih 75 tahun dalam bidang penapisan, 3M komited untuk terus menggalakkan peminuman air bersih dan ditapis."


Bruce Lim, Naib Presiden Bahagian Perdagangan 11street berkata: "Kami berbesar hati dapat berganding bahu dengan 3M untuk kali kedua melalui inisiatif tahunannya iaitu 'Minggu Minum Air'. Kami yakin klinik badminton ini adalah cara berkesan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dengan membawakan sukan kegemaran Malaysia. Melalui klinik ini, kami bukan sahaja dapat memberi pemahaman kepada mereka mengenai kelebihan tabiat meminum air secukupnya malah ia juga memberi peluang untuk kami menyumbang kepada badan kebajikan."

Latihan badminton kepada golongan kurang bernasib baik

Badminton, salah satu sukan paling digemari di Malaysia, merupakan sukan yang bertenaga dan memerlukan ketangkasan serta stamina tinggi. Di sebalik keseronokan bermain badminton, ia mengeluarkan banyak peluh yang boleh mengakibatkan badan kehilangan cecair dan menyebabkan dehidrasi. Tanpa penghidratan yang betul, apa-apa jenis sukan juga akan menyebabkan keletihan. Inilah sebab mengapa pengambilan air adalah penting untuk kekal sihat dan mengekalkan fungsi setiap sistem dalam badan seseorang termasuk jantung, otak dan otot. [1]
[1] http://www.health.harvard.edu/staying-healthy/the-importance-of-staying-hydrated



coach tak bertauliah pun mengajar jugak tau.. hehehehe

pompuan baju pink tuh same gak, sibuk tunjuk skill hehhee

tengok ada hati nak lawan juara dunia kan huahauhaa

Semasa menunjukkan pergerakan asas dalam sesebuah permainan badminton, jurulatih badminton Muhammad Hafiz Hashim mengingatkan kanak-kanak dari dua badan kebajikan tersebut mengenai kepentingan untuk kekal hidrat. Turut hadir dalam sesi latihan tersebut ialah Kenichi Tago, pemain badminton dari Jepun dan Jansen Yeoh, jurulatih ketahanan dan kesihatan. 



Yeoh juga berkongsi tips kesihatan semasa program tersebut: "Penting untuk anda kekal hidrat sepanjang hari bagi memastikan badan anda mendapat jumlah air yang diperlukan untuk berfungsi pada tahap optimum. Air adalah sumber paling terbaik untuk penghidratan kerana ia tidak mengandungi gula atau karbohidrat, dan dalam masa yang sama dapat menghilangkan dahaga." 

Rekaan bergaya hiasi dapur anda 


Semasa klinik badminton tersebut, 3M Malaysia turut memperkenalkan produk berteknologi tinggi terbaru keluaran syarikat itu - 3M Countertop Drinking Water System CTM-02. Penapis air CTM-02 tersebut mempunyai kadar aliran air yang tinggi sehingga 2.8 liter seminit, mampu mengisi 14,000 gelas air dan didatangkan dalam rekaan futuristik yang boleh dipasang dengan mudah. Salah satu komponen utamanya - Sanitary Quick Change (SQC) – membuktikan betapa mudahnya untuk menggantikan kartrij penapis dalam hanya 10 saat. Ia juga dilengkapi penunjuk jangka hayat kartrij, yang membolehkan pelanggan memeriksa sama ada kartrij perlu ditukar. Kartrij penapis CTM-02 diuji dan disahkan oleh standard 42 dan 53 NSF. Pelanggan boleh 'Yakin dengan Setiap Titisan' kerana penapis air 3M telah disahkan selamat secara saintifik.

Produk istimewa 3M di 11street



3M melancarkan Minggu Minum Air dengan tawaran hebat yang boleh didapati di 11street. Tawaran ini berbentuk baucar diskaun 15% yang boleh dimuat turun untuk digunakan di e-kedai 3M. Bulan Mei juga akan dikenali sebagai 'Bulan 3M' kerana promosi ini sah sepanjang bulan tersebut. Selama dua minggu, penapis air 3M Countertop Drinking Water System CTM-02 akan dipaparkan di 11street bersama-sama penapis air lain yang ditawarkan 3M. Promosi istimewa juga akan diberikan untuk jenama lain keluaran 3M seperti 3M AutoFilm, 3M Auto Care, Scotch-Brite™, Command™ dan banyak lagi.

"Kami gembira untuk bekerjasama dengan mana-mana jenama kerana ia memberikan kami peluang untuk mengembangkan lagi tawaran produk, khusus untuk kemudahan pelanggan semasa membeli-belah. Dengan lebih 10 juta produk dan lebih 30,000 penjual dalam platform kami, 11street teruja untuk bekerjasama dengan 3M bagi menawarkan lebih banyak produk berkualiti tinggi kepada semua lapisan rakyat Malaysia," tambah Lim. 


3M dan 11street menyokong kebajikan melalui e-dagang



Program kebajikan yang dianjurkan 3M dan 11street turut digerakkan melalui pengenalan permainan batu, kertas dan gunting dalam bentuk digital yang menyasarkan penglibatan 150,000 rakyat Malaysia. Pemain yang meluangkan lebih banyak masa dalam permainan tersebut akan membantu menyumbang bekalan kartrij penapis air sehingga lima tahun kepada Rumah Victory Children & Youth Home dan Pure Life Society. Peserta permainan itu turut berpeluang memenangi 3M™ Countertop Drinking Water System CTM-01 sebagai ganjaran ke atas usaha mereka.

Parameswaran berkata: “Sebagai penyokong utama kepada tabiat baik meminum air bersih dan bertapis, kami rasa adalah wajar untuk menggunakan produk 3M sendiri bagi menyokong kempen bermanfaat ini melalui program kebajikan yang diadakan. Permainan ini direka supaya orang ramai dapat turut menyertai Minggu Minum Air dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan. Jadi, kami menggalakkan lebih ramai orang Malaysia untuk mengambil bahagian dalam permainan ini supaya kami mampu membantu golongan kurang bernasib baik dan membekalkan mereka dengan lebih banyak kelengkapan yang memberikan akses kepada air minuman bersih, terus daripada paip."

3M Countertop Drinking Water System CTM-02 dijual pada harga RM1,180 dengan jaminan selama setahun.

Untuk pertanyaan mengenai Penapis Air 3M, sila layari www.3M.com.my/water 

Sila layari http://promotion.11street.my/2017/05/3m-charity-project untuk promosi di 11street, meyumbang kepada kebajikan secara dalam talian dan juga membeli penapis air yang baru dilancarkan ini serta produk 3M yang lain.


1 comment:

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!