Hi Korang,
Sharwama, kebab siapa biasa makan?
Eleh mesti korang cakap kat pasar malam melambak-melambak kan. Tapi kebab Turki special dari Jawda ni memang lain macam sungguh lah.
Sebab lain macam tuh, food blogger yang menang award Madi ni sibuklah ajak aku dengan Shakiddo ke Jawda Kebab di Taman Tun Dr Ismail ni last week. Memang comel je kedainya di Jalan Sulaiman TTDI ni, ala bawah kedai kopi Wood & Steel je. So senang nak jumpa.
Masa kitaorang pi tuh, baru je lepas kerja so orang belum ramai lagi. So senang nak ambil gambar, biasalah blogger kat suka ambil gambar sebelum makan ermm bukan setakat gambar makanan dengan gambar-gambar kedai sekali hehehe
Sebab makanan di hidangkan fresh-fresh dan panas-panas so kena tunggu sket, sempatlah berborak dengan En Amsyar owner Jawda Kebab ni bersama abangnya. Jawda ini mengikut katanya dari bahasa Turki yang membawa maksud kesempurnaan. Sebab tu moto kepada restoran ini adalah "Kebab Perfection". Maksudnya segalanya mesti kena perfect lah kan.
Sebenarnya konsep kedai ni, Grab and Go je kira macam order dan tapau gituh tapi ada permintaan pelanggan nak makan di kedai panas-panas so adalah kerusi meja simple untuk para pelanggan makan. Kalau aku pun nak makan kat sini, sedap kan panas-panas.
Dah jom tengok menu yang menjadi hidangan kitaorang pada petang tuh.
Aku sendiri tak sangka aku boleh makan lamb kebab ni dengan selambanya sebab langsung tak de bau kambing. Macam makan daging, sedap di tambah pulak makan panas-panas kan lagi bertambah kesedapannya. Dengan saiznya yang besar dan panjang, aku paksa budak berdua makan jugak hehehehe
Ayamnya di potong nipis sebab tuh garing dan ranggup, di makan sekali dengan sayur-sayur segar lagilah wow wie. Nasib baik yang ni habis makan.
Macam mana nak cakap ek, dia macam kuih boom yang di dalamnya ada inti. Memang kambing but still tak de bau hamis kambing pun, kalau macam cam tu memang rasa kosong so ada disertakan sos istimewa sekali jugak tau.
Menu baru ni, diaorang baru nak cuba-cuba dan ternyata sedap jugak rasanya. Fillet ikan dori di goreng ranggup dan di baluti sekali bersama sayur-sayuran dan roti tortilla.
Ranggup dan enak sebagai kudapan. Oh ya, tempat salutan cendawan tuh resipi istimewa tau sebab tuh ranggup kemain.
Di hidang panas-panas bersama sald cheese sauce makinlah sedap so tak payah mintak sos cili lagi
Sos-sos istimewa di Jawda Kebab, hah korang mesti tak perasan punya bila dah makan hehehehehehhehe. Semua ni hak cipta terpelihara ye
Memang tak ada hidangan minuman di sediakan di Jawda Kebab ni tapi En Amsyar terpanggil untuk menghidangkan minuman sedap ni pada kitaorang pada hari tuh, katanya kalau sedap boleh terus masuk dalam menu mereka bagi para pelanggan yang makan di situ.
In terms of harga bagi aku berpatutanlah, dengan saiz hidangan menu tuh. Korang boleh pilih nak small, medium or large dan beza harga dalam RM1 je kan, kira worth orang kata.
Nak pi cuba, ek boleh. Ni aku sertakan alamatnya beserta lokasi
Jawda Kebab Perfection
52, Jalan Datuk Sulaiman,
Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Sebarang promosi dan pertanyaan hubungi :
Tel : 012-207 8994 (Amsyar)
03-7731 6609
Facebook : www.facebook.com/jawdakebab
Instagram : https://instagram.com/jawdakebab
Email : jawdakebab@gmail.com
Korang yang dekat dengan TTDI tuh memang patut cuba tau sebab sedap yang amat.
kibbeh tu mcm cekodok.
ReplyDeletedap nyer kebab, ciklily :)
feveret kalau gi psr mlm ha haha...