Hi Korang,
Memang betullah lagi sebulan je lagi kita nak puasa kan, selain dari persiapan puasa harus tak lupa juga persiapan raya kan. Kita mak-mak ni memang cam tuh, raya mesti nak deboom hehehhe
So bila dapat invite ke majlis Avon Home ni memang harus tak di lepaskan peluang tau, memang koleksi Avon Home senantiasa menambat acik-acik kat rumah tuh. Bukan setakat cantik malah makin berseri rumah kita di hari raya nanti
Aura elegan pantas menyapa saat melangkah masuk ke dalam kediaman yang mewah dihiasi keanggunan Lilia Rosa, rangkaian dekorasi kediaman mempesona daripada Avon Home. lstimewa Aidilfitri ini, koleksi Lilia Rosa diberi penataan eksklusif hasil kolaborasi Avon Home bersama pereka hiasan dalaman tersohor, Dato' Rizalman Ibrahim.
Pereka tersohor yang bertapak kukuh dalam industri fesyen tanah air selama 25 tahun, Dato' Rizalman Ibrahim kini melebarkan karya seninya ke dunia hiasan dalaman dan telah menata rias kediaman pelbagai selebriti dan personaliti terkenal Malaysia.
"Kolaborasi bersama Avon dalam menata rias kediaman merupakan sebuah kerjasama yang amat soya nantikan, dan Lilia Rosa adalah koleksi sempurna yang menyerlah gaya dan keanggunan," ujar Dato' Rizalman. "Berilhamkan corak flora sebagai trend dekorasi rumah pilihan 2017, motif bungaan lnggeris diterapkan secara kreatif dalam setiap aksesori Lilia Rosa bagi mewujudkan keharmonian eksklusif, sekaligus menyuntik ciri elegan pada kediaman."
Rangkaian linen Lilia Rosa menggabungkan fabrik poliester dan organza bercetak yang berkualiti, manakala barangan linen kamar tidur menampilkan tiga saiz katil dengan corak berbeza iaitu 'super single', 'queen' dan 'king' yang diperbuat daripada fabrik serat mikro yang selesa.
Jamuan Aidilfitri juga lebih meriah dengan gandingan pinggan mangkuk dari kaca opal yang menawan serta penghidang versatil dalam rona pastel segar.
Ermm haruslah kitaorang ni menjamu mata kan.
Masuk bilik sana, tengok bilik sini. Sempat jugak bergambar ye, seharusnya memang kena tempah se awal mungkin ni.
Syawal anda pasti menjadi lebih sempurna dengan koleksi Lila Rosa yang akan dipasarkan mulai 1 Mei 2017. Dapatkannya melalui Wakil Avon anda atau lawati mana-mana Butik Kecantikan AVON seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, hubungi tallan bebas fol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari http://www.mv.avon.com
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!