Wednesday, March 22, 2017

UMRAH 2017 |Hari 2 Madinah – Ziarah Dalam Dan Solat Di Raudhah

Hi Korang,


Sambung lagi citer umrah 2017 yang tak habis ni.

Pagi tuh kitorang bangun awal dalam pukul 4.30pagi sebab first time nak pi solat kat Masjid Nabawi. Just cuci muka dan amik wudhu je sebab sejuk nau nak mandi kan hehehhe.

Kitaorang pi berdua je sebab telupa nak janji dengan diorang tuh. Sekejapan dah sampai yelah 150 meter je dari hotel je Masjid Nabawi ni. Sampai je depan Pintu 25, Mr Big pesan lepas solat jumpa kat gate ni jangan pi memana sebab orang ramai takut tak jumpa nanti. Yelah..

ni waktu sebelum subuh tau dalam pukul dekat 4.50pagi, masjid mulai penuh

ni jalan nak pi ke tempat solat without kid

Bila sampai ke perkarangan pintu Masjid Nabawi yang untuk perempuan punye, ya allah memang rasa nak nangis wei. Memang tak sangka aku boleh jejaki ke sini, ada seminit aku termenung depan pintu tuh. 

Sampai depan pintu besar tuh, ada security pompuan akan check beg. Alah dia check gituh-gituh je yang penting camera tak boleh bawak masuk but handphone boleh ingat tuh. Masuk je luasnya masjid ni, kiri kan ada tong air zam-zam, minum seberapa banyak ko nak kan. Aku terus jalan kedepan sampai je tempat solat women without kid. Masuk je dah penuh dah kawasan tuh, tup-tup aku terpandang satu slot kecik yang just nice untuk aku solat. Hah terus duduk kat situ dan buat solat tahyatul masjid, belajar thru google je malam sebelum tentang apa yang patut di buat ketika menanti waktu solat. 

Masuk je waktu subuh terus solat ikut imam, by the way solat kat Madinah dan Mekah tak de bacaan doa qunut. Setiap hari habis solat fardhu akan ada solat jenazah, memula aku cam blur jugak so duduk je perati then terus aku dapat tangkap yang diorang solat ni solat jenazah. Lepas dari tuh dah pandai dah. Masuk masjid terus solat tahyatul masjid, solat sunat rawatib, then kalau ada free time baca al-quran, then solat fardu dan solat jenazah pas tuh.


Abis je solat, minum seteguk air zam-zam dan terus keluar tunggu kat Pintu 25. Rupanya diorang pun tunggu kat situ gak so takdelah rasa bimbang pun kan.

cantik tak khimar Neelofa kite? 

Terus balik hotel, sarapan then bersiap untuk aktiviti yang pertama iaitu ziarah dalam. Alah dekat-dekat je tak yah naik bas.





Ktorang di bawa melawat di persekitaran Masjid Nabawi ni. Ya allah memang luas betul perkarangan masjid ni.




Kemudian kitaorang di bawa ke Sohaifat Bani Saedah, tempat ni bersebelahan dengan Masjid Nabawi ianya merupakan tempat bermesyuarat sahabat –sahabat nabi untuk berbincang mengenai pertahanan ketika itu. Cantik tempat, taman yang indah penuh dengan pokok-pokok menghijau, sejuak mata memandang. Kemudian di tunjukkan pula Souq iaitu pasar tempat penduduk Madinah berniaga, macam-macam boleh di dapati ke sini pada harga yang murah tapi kena sediakan duit kecil ye.



al quran terbesar di dunia


al quran interaktif

Kami di bawa masuk Muzium Al-Quran. Masyallah pelbagai jenis Al-Quran di pamerkan untuk tatapan umum termasuklah al-quran terbesar di dunia. Lepas tuh, kami dibawa melawat Makam Rasulullah S.A.W dan Perkuburan Baqi. Walaupun kami orang perempuan dapat masuk ke makam, kami memberi salam dari luar sahaja. Menitik lagi air mata aku kan huhuhuhuhu syukur sangat

yang hijau tuh makam rasullah SAW

nak pi sampaikan salam dari kengkawan

tukang cuci di masjid nabawi, canggih kereta dia ek


sebelah kanan ni perkuburan Baqi, kalau kita meninggal di sini so dikuburkan di tempat ni. luas sangat tak boleh nak masuk

Habis sudah ziarah dalam dan bilik hotel untuk berehat sambil tunggu solat Zohor. Setiap kali abis solat, on the way balik ke hotel harus cuci mata kat kiri kanan jalan sebab kedai jual jubah merata-rata tempat rambang mata ooooo. Tapi hari tuh tak shopping lagi sebab survey harga dulu kan..



Pintu 25 yang terdekat nak pi Raudhah

ini semua nak masuk Raudhah ni tau, bayangkan

Malam tuh lepas solat isyak dalam pukul 9 malam cam tuh, kami Jemaah perempuan akan di bawa ke Raudhah oleh Ustazah Ririn (Indonesian). Ustazah ni memang orang kenal kat Madinah ni sebab kerjanya bawak Jemaah ke Raudhah je, maybe dengan pengalaman dan kefasihan dia bercakap dalam Bahasa arab.

Mama dengan Siti tak pi pun sebab Aakif meragam pulak, so aku pi dengan acik-acik yang lain. Sebelum masuk ke Raudhah tuh, Ustazah Ririn memberikan tips cam ner nak masuk ke Raudhah dengan mudah.

Pitstop pertama - betul-betul depan kawasan Raudhah dah ni

Kena ikut urutan ye bukan main redah je,maklum ramai sungguh ni orang. Kita orang-orang Asia ni (Malaysia, Indonesia mostly) ni baik-baik je sopan santun tapi kalau Jemaah lain macam dari Turki, India, Arab diorang main tolak je berebut-rebut nak masuk.

Pitstop kedua - betul-betul tepi jalan nak masuk Raudhah ni, group kitaorang paling last sekali ni.

Sementara tunggu turn tuh, Ustazah Ririn bagi tazkirah sket mengenai adab-adab bila berada di kawasan Raudah sampai Jemaah lain pun terus dengar sekali sebab bagus sangat info yang diberi. Akhirnya 3-4 kali bertukar tempat sampai jugak aku ke karpet hijau tuh. Ya allah kawasannya memang memang memang sangat kecil, lebih kurang saiz bilik tidur kita kat rumah tuh. Tapi manusia yang nak masuk dan bersolat di situ lebih ribu orang. 

Ye berkat doa dan amalan beberapa surah yang di baca semasa menunggu tuh, memang rezeki aku dapat solat di penjuru depan sekali sebelah kanan atas bantuan Ustazah Ririn. Dia memang make sure semua kami 12 orang ni dapat solat di tempat yang mustajab sekali. Tapi azab nak sampai tuh memang mencabar sungguh, dengan orang India pegang kaki ko supaya jangan kedepan, dengan orang Turki solat sampai tak nak keluar dengan orang Indonesia solat se’geng’ (sekali ramai-ramai) dan memacam lagi lah.

nampak tempat mimbar tuh, inilah tempat muazin laungkan azan setiap kali masuk waktu dan ini adalah kawasan solat lelaki dan raudhah di tepi kiri tempat mimbar tuh. Kat situ aku dapat solat, alhamdulillah

Ustazah Ririn pesan once dah sampai kawasan Raudah tuh terus buat solat sunat taubat, solat hajat dan sujud syukur sekali dan memandangkan aku orang terakhir sekali aku dapat buat kesemua solat tuh dengan tenang. Masa sujud tuh memang aku terus mintak apa yang aku nak, abis je solat tuh aku undur kebelakang dan bagi ruang kepada Jemaah lain untuk bersolat di situ. Masa kat sebelah belakang ni aku terus mintak doa berkali-kali, air mata memang tak boleh nak cakap lagi, menitik non-stop sebab memikirkan apa yang aku nak tuh. 


Selesai sudah solat di Raudhah, kami tunggu di pintu keluar kawasan Raudhah ni. Rasa bersyukur sangat dengan rezeki di berikan tadi, suasana di jalan keluar senyap dan sunyi je. Alhamdulillah syukur ya allah, mudah-mudahan apa yang aku pinta dan kengkawan aku pinta tuh termakbul lah hendaknya.

muke lepas nangis tadi masa kat raudhah huahauhaua

nampak pekerja tuh dah nak bukak tirai tuh, untuk solat esok subuh. Ktorang sebenarnya solat di kawasan lelaki tadi

ok team acik-acik rock yang berjalan solat di raudhah pulang ke hotel

Balik hotel Mr Big tak tidur lagi sebab tunggu aku balik. Dia bimbang takut apa-apa jadi kat aku hehehehe alhamdulillah semuanya selamat..

Ini baru hari kedua, ada lagi 10 hari lagi aku nak citer.

So sabar ye hehehhe

Meh baca entry UMRAH 2017 sebelum ni

1. Umrah 2017 | Rezeki Yang Tak Di sangka


3 comments:

  1. seronoknya baca perjalanan ke umrah ni...nak baca next entry pulak

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Allah mempermudahkan. Semuga Allah memakbulkan semua doa Lily. Aamin

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!