Friday, March 10, 2017

Dinner Di Brew & Stone, Kota Damansara

Hi Korang,


Habis event hari tuh kat area Damanrasa dah petang so rasa malas pulak nak balik kan sebab jem ya ampun. Sudahnya bebudak ni ajak pi lepak sambil makan-makan. 

Wah panjang langkah aku hari tuh dan nasib baik bawak Dak Oren so tak berape kisah sket balik malam, kalau bawak Si Evo harus kena balik sebelum kul 5 takut enjin mati tengah jalan time jem hehehehe.

So where that we go? 

tengoklah si Ayu ni amik gambo aku, senget benget

Satu fusion cafe yang di namakan Brew & Stone by Pokok Kelapak di Kota Damansara. Ermm blogger Nannie happy la tuh sebab dekat dengan rumah dia kan. 

Brew & Stone by Pokok Kelapak mula beroperasi pada bulan Ogos 2016 merupakan cafe yang mempertengahkan konsep lepak santai sesuai korang yang datang berkumpulan mahupun secara sendirian. Ini terutama bagi mereka yang ingin menikmati hidangan ala-barat dengan sentuhan citarasa rakyat Malaysia. Kira ikut tekak orang melayu lah kan, nak pedas-pedas walaupun makanan western. 

Meh tengok deco cafe ni ek





Simple je kan. Cantik dan kemas. Rupanya pemilik cafe ni kaki kereta so banyak akesesori kereta. Tempat nak ber OOTD pun banyak hehehehhe I liked!!

Di sebabkan aku ni hantu kopi, meh aku tunjukkan sket beberapa jenis kopi yang dihidangkan untuk kitorang hari tuh. 

Cafe Mocha with marshmallow

Cappucino

Latte

Nutella Cappucino

Ice Drip Coffee 

Of courselah semua ni aku yang minum hehehehe tak lah, ada orang lain punya. Aku dapat rasa cafe mocha, cappuccino dan ice drip coffee tuh memang aku sorang yang minum. Sedap tuh, boleh rasa keharuman kopi tuh even dia dah drip tau. 

Selain daripada kopi ada juga minuman lain lah so don't worry ye. Di Brew & Stone terdapat pelbagai jenis minuman yang ditawarkan samada panas ataupun sejuk. Ada pilihan dari rangkaian Granita, Milkshake dan juga Mojito. 

Antara minuman yang sempat bebudak ni cuba adalah:-

Mojito lychee, rainforest, ice honey lemon tea dan lime mint mojito 
(kiri dari belakang)
Ice hazelnut latte, nutella cappucino dan ice dark mocha 
(kiri dari depan)

Choco Banana Milkshake

Itu baru minuman je kan, ok now of courselah citer pasal makan pulak. 

Kitaorang tak memilih so semua yang dihidangkan merupakan signature dish di sini. Apa yang di letak itu yang di makan ek.

Appetizer

Chilli Tuna Pizza

Antara signature dish yang cukup poular bagi mereka yang meminati pizza ~Chilli Tuna Pizza! Roti pizza yang nipis bersama dengan isi tuna yang mewah. Bertambah enak dengan percikan rasa pedas dan keju. Kombinasi yang menarik dan rasanya begitu hebat :p

Scallop with Tomato Salsa 

Sesuai untuk anak-anak sebagai pembuka selera sebab ringkas dan tak pedas langsung. 

Chicken Morakanskii 

Antara yang menjadi kegemaran saya! Gabungan ayam panggang empuk bersama roti dan juga keju sudah menjadikan hari saya begitu lengkap dan sempurna. Bagi peminat keju seperti saya, hidangan seperti ini tidak akan ditolak apatah lagi rasa keju yang tidak muak kerana adanya sedikit sentuhan rasa pedas dalam ramuannya, 

Main Course

Ok mari aku tunjukkan pada korang ek

Meat Platter | RM99.90 (4 pax) or RM169.90 (8 pax)
* Chicken
*Lamb Shoulder
*French Fries
*Spicy Aglio Olio atau Garlic Butter Rice
*Mix Vegetable

Untuk korang yang datang beramai-ramai atau pun sekeluarga, boleh cuba hidangan ni. Ada ayam dan kambing grill. Bagi spagethi dan butter rice tuh, korang boleh pilih nak keempat-empat hidangan sama tau pun 2 spagheti dan 2 butter rice. Just bagitau tau.

Spicy Creamy Pasta

Pedas tapi sedap kuahnya, pekat dan ini merupakan antara signature dish dari Brew & Stew ye.. Penggemar udang dan kaki pedas haruslah cuba tau.

Spicy Creamy Soft Shell Crab 

Ini pun di kira signature dish disini, pasta carbonara yang didatangkan bersama dengan soft shell crab, aalh ketam kulit lembut tuh. Pedas memang tetap pedas tapi boleh bagitau jangan buat pedas sangat ye.

Spicy Seafood Medley Olio

Untuk kaki seafood dan pasta ini untuk korang ye. Penuh dengan makanan laut di dalam sepinggan pasta. Portion yang banyak rasanya kalau aku makan mesti kena kongsi berdua. 

Dah makan?

Haruslah tersandar tepi dinding kan huahauhauahauhaua merapek sungguh. Kitaorang sampai lepak-lepak sebab nak kasi makanan turun ke perut kejap ishk ishk ishkk memalukan sungguh hehehe


In terms of harga takdelah mahal mana pun, berpatutan orang kita kata. Kena dengan budget kita-kita rakyat marhaien ni lah, dalam sepinggan lebih kurang belasan ringgit untuk sepinggan pasta dan kalau western tuh dalam puluhan gituh lah..

Nak cuba, ni aku kongsikan details cafe ni ek

BREW & STONE by PokokKelapak
No 3G Jalan Pekaka 8/1D
Seksyen 8
Kota Damansara
Petaling Jaya Selangor
03-61445678
brewandstone@gmail.com

(landmark: berdekatan dengan Pejabat Dato'Aliff Syukri D'Herbs – terlajak laris)



Waktu Perniagaan:

11 pagi - 11 malam (Ahad- Khamis)
11 pagi - 12 tengah malam (Jumaat dan Sabtu)
TUTUP (Isnin)

Busking istimewa:
8.30 malam - 10.30 malam (Rabu dan Jumaat)

So selamat menjamu selera!


3 comments:

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!