Wednesday, February 1, 2017

Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel, Penjagaan Kulit Yang Sempurna

Hi Korang,

Kita tau yang aloe vera memang mempunyai kebaikan yang tersendiri kan!

Eh jangan nak menidakkan fakta ye hahahahhaha


Aloe Vera merupakan bahan pelembap asli yang amat sesuai dengan kulit kita, tak kiralah kat mana pun korang sapu ye ianya tetap menyejukkan.

Ni aku nak cerita mengenai produk Aloe Vera Gel keluaran Jayeon ni lah.

Jayeon Aloe Vera gel merupakan salah satu produk terbaik yang di import dari Korea. Jayeon menjanjikan produk yang berkualiti tinggi dengan 100% dari bahan semulajadi aloe vera terpilih agar mendapat tempat di hati wanita Asia yang sangat mementingkan kecantikkan kulit. 

Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel


Gel ini amat sesuai untuk semua jenis kulit serta kulit sensitif dengan tekstur yang lembut dan menenangkan. Gel yang sejuk dan segar ini meresap ke dalam kulit tanpa kesan yang melekit. Sesuai digunakan untuk seluruh badan korang tanpa sebarang kesan sampingan. 

Ianya juga bertindak sebagai pelindung sinar uv juga kaya dengan vitamin dan mineral.


Di antara bahan-bahan terkandung di dalam gel ini:-


  • Rosemary Leaf : Anti bakteria, membaiki dan meratakan warna kulit
  • Green Tea Leaf : Antioksidan
  • German Chamomile Flower / Leaf : Melegakan dan melembutkan kulit
  • Aloe baradensis Leaf : Melembutkan dan melembapkan kulit
  • Byungpul Extract : Membaiki dan melegakan kulit
  • Licorice Root : Antioksidan, melegakan dan mencerahkan kulit
  • Mulberry Root : Mencerahkan, melembapkan dan melegakan kulit
  • Artemisia Absinthium (wormwood) Extract : Anti bakteria dan melegakan kulit


Fungsi Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel


  • Melegakan kulit dari pacaran Matahari
  • Meredakan ruam serta kegatalan pada kulit
  • Antipenuaan
  • Bertindak Sebagai Pelembap
  • Merawat Jerawat


Cara menggunakannya: 



Setelah membersihkan wajah, ambil gel dalam kadar yang mencukupi dan sapukan pada wajah atau tubuh badan. Bagi kulit kering, sapukan gel pada waktu pagi dan malam untuk mendapat keputusan yang lebih memuaskan.

Jayeon Aloe Vera Fresh Soothing & Moisturising Gel ini di jual pada harga RM19.90

Info selanjutnya korang boleh layari :

Instagram: @jayeoncosmetic

12 comments:

  1. best gel aloevera ni
    byk kegunaaan dia

    ReplyDelete
  2. chop cik lily...kiter perasan awak dah selimmm skrg...apa rahsianyaa

    ReplyDelete
  3. I guna untuk muka jugak..jadikan alas mekap..pakai foundation ngan compact powder terus jadi smooth je mekap...

    ReplyDelete
  4. nak beli kat mana aloevera ni?

    ReplyDelete
  5. nak beli kat mana aloevera ni?

    ReplyDelete
  6. Pakai benda ni cepat je jerawat reda..

    ReplyDelete
  7. Jane, boleh beli di Hermo.my online.

    CikLilyPutih, tulah terasa nk try jugak produk ni. Bahan dia nmpk lebih bagus. Mmg nk cari Aloe tanpa alcohol pun dan klu boleh yg skali dgn antioxidant stuff. Cuma kurang puas hati dr segi percentage all good things ni. Percentage Aloe Vera dan kandungan baik dlm ni agak rendah. Ok no wonder la murah berbanding produk lain. Hehe.. Hmm nk try bli ke tak ya? haha

    Review from other Aloe gel products:
    1. The face shop aloe
    Likat skit dari Natural Republic. Ada alkohol tp percentage alkohol lebih rendah dr NR dan lebih murah dr NR. Gel type, not breakout, lightweight.

    2. Natural Republic aloe (NR)
    Kontra dgn The face shop. Tp best jer bila pakai. Gel type, not breakout, lightweight.

    3. Cosrx aloe cream
    Mahal. Aloe dlm cosrx lagi tinggi percentage dan mmg xde campur air pun. Likat dan asli. Tak pasti la hypoallergenic ke tak for acne-prone skin sbb krim kan pekat. Nnty blok liang pori naik la jerawat bg jenis muka2 berminyak ni.

    4. Guardian aloe gel
    Murah sangat, lightweight dan best jer. tp also rendah peratusan aloe, pastu lg banyak air je dr aloe asli. Tiada alkohol tp x berkenan sbb ada Urea. Bukan urea air kencing tu. Ni salah satu bahan pemati kuman sama fungsi mcm alkohol, paraben bagai. Kpd kulit yg xsensitif mcm den, boleh je hantam pakai produk yg ada bahan2 ni haha

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!