Monday, January 16, 2017

Hujung Minggu Di Park Royal Hotel Kuala Lumpur

Hi Korang,


Ni baru ada kesempatan nak citer pasal melepak kat hotel di hujung minggu ek.


Jumaat malam lepas, tup-tup diaorang ni datang idea nak tidur hotel untuk weekend tuh. Alah sebab nak celebrate papa sebenarnya dan si gemuk nak book bilik untuk diorang, kitaorang pun tumpeng booking sekali lah.


Sebab si Siti tuh keje Shell so ada corporate rate, dapatlah mudah sket. RM290++ per night (harga sebenar RM350++), kitaorang tong-tong je adik beradik so tak delah bayar mahal pun kan. Ermm packing lagi kain baju untuk semalam, marah je si Uban bila tengok ktorang keluarkan beg beso kan hahahahaha

Lepas kursus sabtu tuh, terus check in di Park Royal Hotel di area Bukit Bintang ni. 

keluarga Sabariah

Rehat-rehat kejap then terus berjalan ke Sg Wang Plaza. Pi makan kat teppanyaki kat atas tuh, pi Low Yatt cari cable dan powerbank dan sambung makan-makan lagi kat Sg Wang hahahah makan jelah kerjanya kan. Orang semua ingat ktorang ni cam pelancong dari Singapore yelah semua cam jakun sebab lama tak masuk kat Sg Wang kan, banyak nau dah berubah ooooo.


Balik hotel ni barulah ada masa ambil gambar. 

pintu connecting room

Kitaorang book 2 Connecting Deluxe Room with extra bed dan baby coat. Biasalah tak yah nak ketuk-ketuk pintu bagai, biar je terbuka pintu tengah tuh sebab anak sedara si Aakif tu sibuk berjalan sana sini.


muka penat

king bed

baby coat untuk dak leya ni hah




Memang besar jugak biliknya dan facilities pun not bad, ermm ada bath tub rupanya tapi tak de plak bawak itik kan… 

movie best-best tuh

Malam tuh, kitorang berdua tak keluar pun sebab syiok layan movie. Banyak jugak latest movie diorang ni. Ermm movie kemana kitaorang kemana kan, semua bantai tidur.





Sarapan di Chatz Brasserie memang tak pernah mengecewakan aku hehehe sedap-sedap belaka, makan je apa nak. Aku as usual secawan kopi dan cereal je sebab tengahari nanti nak lunch kat situ jugak lagi. 


Memang rehat sesungguhnya kat sini. Naik je sarapan tidur balik hehehehe sebab tak de apa nak buat kan, nak swimming malas pulak. 

Lepas check out, ktorang turun ke Chatz Brasserie lagi untuk lunch dan celebrate birthday papa. Makan lagi hua huahuahaua nasib baik Leptos ada so tak delah rasa bersalah sangat. 




simple appetizer, amik je semua



Makan jelah ek, tapi aku makan sket je pun coz still kenyang lagi makan sarapan kan hauhauahauhau poyo nau ayatnya

keluarga Osman

Kitaorang keluar dari Park Royal KL dalam kul 4pm camtuh then terus balik Bangi. 

Camtu je kitaorang sekeluarga abiskan masa di hujung minggu. 

La tak tahu Park Royal Hotel Kuala Lumpur kat mane?

Meh sini aku tunjuk



So dah tau ek!!

Nak jalan jejauh kang jem pulak, tambah penat lagi nak layan cranking si Aakif tuh lagi kan. So inilah yang paling senang, bercuti di Kuala Lumpur sajor..

Actually banyak lagi hotel yang kitaorang pi bercuti dihujung minggu tahun lepas tapi tak sempat nak tulis, nanti kalau ada masa aku citer ek..

2 comments:

  1. Best gak kan..layan hujung minggu lepak hotel pas tu tido jew...x pernah buat lagi but nak kena buat gak la..

    ReplyDelete
  2. I was pinning away for such type of blogs, thanks for posting this for us.
    online hotel booking sites

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!