Wednesday, December 7, 2016

Buffet Antarabangsa Sempena Krismas Dan Tahun Baru Di Armada Hotel Petaling Jaya

Hi Korang,

Sekejapan dah hujung tahun 2016..

Tengoklah shopping mall penuh dengan christmas decoration yelah nak raya katanya.. 

Itu shopping mall, hotel pulak cam ne?
Of course banyak jugak promosi gak ek 


Begitu juga dengan Armada Hotel di Petaling Jaya ni, mereka tampil dengan hidangan buffet yang lebih banyak pilihan dan makanan yang menyelerakan. 

Utara Coffe House kali ini dihias dengan penuh gaya tahun baru dan krismas siap ada pokok krismas bagai tau.. cantik pulak aku tengok ek berkelip-kelip lampu di sekeliling pokok tuh.

Itu baru hiasan, belum lagi menu buffet krismas lagi kan, ok ok aku tunjukkan pada korang sekarang ni ek.









Kali ni ada Roast Turkey disertai dengan Cranberry De Glace sauce, Crustacean Mushroom, Roast Duck Ripieni dengan Calvados, Gratinated tiram dengan Bayam, Beef Medallion dengan Mushroom Crust, Crab Cannelloni dan Krismas Fried Rice dengan kismis & kacang. Ada banyak lagi hidangan buffet lain ni sebahagian sahaja tau.





Semua makanan ini tidak akan lengkap tanpa beberapa pencuci mulut yang ‘perfect’ orang kata seperti Puding Krismas dengan Custard Sauce, Yule Cake Long Classic, Fruit Mince Pies dan Lemon Meringue Pie yang pasti lazat. 



Untuk buffet 'CHRISTMAS & NEW YEAR’S EVE' feast ni, ianya pada 24th Disember 2015 dan 31 Disember 2016.

Harga buffetnya adalah

RM88++ untuk dewasa

RM44++ untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun)

RM62++ untuk warga emas 60 tahun ke atas

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-7954 6888 ext 4557 Utara Coffee House.


Jom kita ke:

Utara Coffee House
Armada Hotel Petaling Jaya
Lot 4, Lorong Utara C, Section S2,
Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7954 6888



Website : www.armada.com.my

So dah boleh start plan ye, nak ajak siapa, berapa nak bayar, nak bawak hadiah untuk exchange gift time tu kan. Ntahlah ikut suka korang la


Selamat Hari Krismas Korang...

1 comment:

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!