Tuesday, November 1, 2016

Recycle Bag Guardian Cantik!!

Hi Korang, 

Hari tu sempat aku ke event Guardian di Sunway Piramid, Selasa lepas sempena pelancaran beg guna semula, alah recycle bag lah. Putar sket Bahasa dah korang tak reti ek. 


Guardian Health and Beauty Sdn Bhd (Guardian) hari ini melancarkan beg oren BYOB2 (Bring Your Orange Bag) istimewa untuk pelanggannya bersempena dengan Hari Alam Sekitar 2016. Direka khas oleh Marie Sydonie, bekas peragawati Perancis yang kini terkenal dengan busana fesyennya Sydonie Apparel, beg guna semula berwarna oren ini boleh didapati di semua gedung Guardian dari 29 Oktober hingga 31 Disember 2016. 


“Di Guardian, kami sentiasa berusaha untuk membawa pengalaman membeli-belah yang terbaik menerusi produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti tinggi serta kakitangan yang berdedikasi dalam memberikan perkhidmatan terbaik. Kami juga mengambil berat terhadap alam persekitaran serta ekosistem. Atas sebab itu, kami menggalakkan pelanggan kami menggunakan beg guna semula Guardian yang bergaya serta tahan lasak berbanding beg plastik,” ujar Pengarah Pemasaran Guardian, Christina Low. 

Para pelanggan Guardian di seluruh negara yang mempunyai kad CIMB berpeluang memiliki satu beg oren secara percuma dengan pembelian bernilai RM120 dan ke atas di dalam satu resit. Bagi para pelanggan yang memiliki kad bank selain daripada CIMB juga turut berpeluang memiliki beg oren ini secara percuma dengan hanya membuat pembelian sebanyak RM180 ke atas didalam satu resit. 


Menurut Low, beg oren Guardian dihasilkan daripada dana yang dikumpulkan menerusi kempen ‘Hari Tiada Beg Plastik’. Pada tahun ini, sejumlah 25,000 beg disediakan untuk pelanggan Guardian yang prihatin terhadap alam sekitar. Penerima sumbangan daripada kempen BYOB tahun ini ialah Dignity for Children Foundation, badan kebajikan pilihan pereka fesyen Sydonie; manakala Guardian memilih EcoKnights, sebuah NGO yang berkhidmat kepada masyarakat menerusi program berasaskan pembangunan yang memberi tumpuan terhadap alam sekitar,termasuk program pendidikan dan kesedaran, penyelidikan, program melibatkan orang awam serta rundingan. Untuk setiap beg yang ditebus, Guardian akan menyumbang RM1 kepada setiap satu daripada pertubuhan-pertubuhan tersebut. 


Inisiatif BYOB telah julung kali dilancarkan oleh Guardian pada tahun lepas dengan tiga siri beg guna semula yang direka khas untuk melambangkan tiga aspek penting dengan nilai-nilai Guardian yang di beri nama Trust (Kepercayaan), Passion (Kesungguhan) and Inspiration (Inspirasi). 

“Guardian sentiasa mencari jalan untuk menawarkan pengalaman kesihatan dan kecantikan terbaik kepada pelanggan kami menerusi kempen yang bermakna. Lebih penting lagi, kami ingin membantu rakyat Malaysia kekal sejahtera, tampak cantik dan hidup sihat. Kami akan terus membawakan pengalaman beli-belah unik menerusi produk dan kempen promosi kami,” tambah Low. 


Pelancaran kempen BYOB2 Guardian telah diadakan di pusat beli-belah Sunway Pyramid. Di acara tersebut, Sydonie telah naik ke pentas untuk menerangkan inspirasi di sebalik edisi 2016 beg oren tersebut; dan Pengarah Program EcoKnights, Fadly Bakhtiar, memberikan penerangan lanjut tentang program ‘Daripada Sampah kepada Taman’ kendalian pertubuhannya. 

Excitedlah tuh korang ek!!

Korang boleh dapatkan recycle bag yang gorjes ni di kesemua outlet Guardian yang berhampiran dengan korang ek...




3 comments:

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!