Hi Korang,
Online shopping memang menjadi pilihan aku sejak setahun dua ni,
yelah mudah lagi menyenangkan, betul tak?
Selalu aku akan selalu check it out kat website seperti 11th
Street, Lazada, Zalora dan sekarang ni aku dah mula terjebak dengan website
shopping oversea pulak, ada 2-3 aku cuba gak dan yang terbaru ni adalah ezbuy MALAYSIA yang dahulunya di kenali sebagai 65daigou.
Apa itu EZBUY?
ezbuy adalah sebuah pembekal professional yang memberi
perkhidmatan membeli belah dalam talian. Ditubuhkan pada tahun 2010 lagi dan
menjadi platform membeli-belah di luar negara yang pertama dan terbesar di
Singapura. Sehingga hari ini, ezbuy menyediakan perkhidmatan membeli-belah dari
China, Taiwan, Amerika Syarikat, Singapura, Malaysia, Australia, Thailand dan
akan memperluaskan lagi perkhidmatan kepada lebih banyak negara.
Dalam ruangan ni, korang boleh pilih
barangan apa yang menarik hati korang, nak cari best seller ke, diskaun 50% ke,
under RM30 ke kan semuanya ada.
Ni aku tunjukkan kepada korang beberapa barangan yang aku
rasakan murah dan berpatutan sungguh harganya
Women clothing
Stationeries
Beauty stuff
Mainan anak
Kenapa Perlu Shopping di ezbuy?
1. Kepelbagaian Produk
Korang bayangkan apa jua barangan yang korang inginkan semuanya
ada di ezbuy ni. Baik dari segi pakaian, gadget, alat tulis, permainan kanak-kanak,
peralatan rumah. Cuma kena rajin browse satu per satu ek.
2. Kadar penghantaran yang rendah dan tiada bayaran agen
Bila shopping di website oversea ni, kita kena tanggung kos
penghantaran barangan. So ezbuy menawarkan kadar yang aku rasa amat berpatutan
iaitu bermula dari RM4.50 bagi 500gm pertama dan yang penting tiada bayaran
agen ye.
3. Gunakan PRIME SERVICE dengan hanya
RM8.80
Ini aku nak citer kat korang ni lagi, memperkenalkan Prime
Service. Perkhidmatan Prime ini merupakan kadar penghantaran barangan yang
tiada had dengan hanya bayaran Rm8.80
sahaja. Dengan Prime kita boleh beli banyak tanpa perlu risau kos penghantaran
antarabangsa. Daftar sebagai ahli Prime dengan bayaran Rm18.80/Sebulan atau
Rm188.00/Setahun. Untuk maklumat lanjut semak ezbuy PRIME di SINI.
Apa lagi, jom shopping di ezbuy.
Untuk korang yang pertamanya ke website ini, of courselah korang
kena mendaftar dulu ye.
Senang aje, meh sini aku tunjukkan cara-caranya
Mendaftar di ezbuy.[Pengguna kali pertama]
1.Langkah pertama:Register dulu account dengan ezbuy kat [SINI] bagi yang belum
mendaftar lagi. Kalau dah ada terus LOG IN jer.
Bila dah login akaun korang macam gambar dekat bawah.
2.Pilih barang yang dikehendaki.
3. Lepas dah pilih semua , ADD TO CHART.
Untuk yang ini,sila perhatikan yang ditandai warna merah.Untuk domestic
shipping ada dua iaitu free ataupun berbayar.Untuk yang available for Prime
atau ezbuy,korang boleh pilih Prime atau ezbuy. Ada juga produk yang hanya
available untuk Prime atau ezbuy sahaja. Apa beza Prime atau ezbuy?Korang kena
teruskan membaca.Untuk shopping cart terdapat 4 pilihan iaitu Prime,CN,TW,US
dan Local.Item tu daripada China, USA dan Taiwan.
4. Bila puas hati boleh lah klik CHECKOUT untuk lihat order korang, Untuk
Shipping fee pula,ada beberapa kaedah yang item anda akan dihantar: -
DHL Express
Priority Air
Economy Air
Sea
Harga untuk setiap kaedah penghantaran adalah berbeza iaitu dari yang laju
& agak mahal ke lambat & murah.Boleh pilih mana-mana pun.Sebelum
checkout jangan lupa gunakan voucher free tadi dan masukkan kod untuk diskaun
15% fee shipping ezship15
Lepas klik check out,boleh tengok detail order summary sekali
lagi berserta kos shipping dengan kos penghantaran domestic bolehlah klik BUY
NOW dan dekat bawah ada pilihan sama ada korang nak barang korang tu nak
diinsurankan ataupun tidak.
4. Lepas klik BUY NOW akan keluar page seperti dibawah.Klik ADD NEW ADRESS.
Masukkan butiran peribadi seperti nama, alamat dan nombor telefon dan sila
pastikan segala maklumat yang diisi betul.
5. Selesai proses mengisi maklumat peribadi.korang akan dibawa ke page seperti
dibawah.
Seterusnya klik TOP UP NOW
6. Akhir sekali, pilihlah cara pembayaran yang korang mahukan. Selesai,tinggal tunggu barang korang sampai je.
Kalau aku, lebih suka shopping menggunakan ezbuy PRIME kerana:
Apa sahaja barangan yang anda beli kos penghantaran hanya RM8.80/nett
Pastikan korang beli barangan secara banyak kalau nak jimat. Untung kalau
beli barangan secara pukal, besar dan murah.
Untuk Pelanggan setia ezbuy, Prime ni sangat sesuai untuk anda menikmati
program ekslusif yang memberikan anda kelebihan selama satu tahun dengan hanya
RM188 tahunan tidak kira berapa berat, jumlah barangan yan anda ingin beli.
Gunakan KOD : ezship15
Untuk mendapatkan 15% shipping fee
Selamat Bershopping semua!!
I pun buat ni...
ReplyDelete