Hi Korang,
Ermm korang pun tau kan yang aku ni memang pemalas nau nak join event-event berlari, la bukan apa akulah yang akan jadi orang terakhir sekali sampai kat finish line. Sebab tuh aku segan sket huahauhaua
Bila Farah dari Shokubutsu call ajak join larian ni aku cam berbelah bagi sebab apa? Sebab takkan nak tolak client tuh kan so ikutkan sajor dengan mengheret sekali Mr Big.
Tapi sudahnya pagi ahad lepas, dia tak bangun pun bila aku kejut so jawabnya aku berlarilah dengan kengkawan blogger yang lelain ek.
Punyalah tidur awal coz pukul 5pagi nak kena bangun, so sampai ke Bandar Rimbayu dalam pukul 6.20pagi cam tuh. Ingatkan aku paling awal rupanya dah melambak-lambak dah orang sampai ek.
1,500 participants ran at Be My Reason Shower Run to support breast self check during shower campaign
Participants flood the run in pink to raise awareness on taking action for early detection
Acara Larian Be My Reason Shower Run ini dianjurkan oleh Shokubutsu, jenama krim mandian terkemuka di Malaysia, bagi menggalakkan wanita dan lelaki dalam meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya pengesanan awal dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi. Ini merupakan tahun ke-2, jenama Shokubutsu mengadakan kempen Pengesanan Awal Kanser Payudara, dimana ia adalah sambungan daripada siri jelajah yang telah pun berlangsung tahun lepas.
Some Be My Reason Shower runners came creatively dressed
Couples were seen running hand in hand at the Be My Reason Shower Run for Breast Cancer awareness
Participants enjoying the Shower and Bubble Station
Berinspirasikan tema mandian, peserta-peserta secara amnya akan dihujani dengan buih-buih serta pancuran air di penghujung larian, selaras dengan objektif utama Kempen yang memfokuskan tentang pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi. Selain daripada larian yang menggalakkan peserta untuk berlari dengan orang-orang tersayang, Be My Reason Shower Run turut mengadakan aktiviti riadah lain seperti senaman ringan dan juga pelbagai elemen keseronakkan lain yang dapat dinikmati bersama yang tersayang yang pastinya menjadi sebab utama untuk mempraktis pemeriksaan payu dara sendiri terutamanya ketika mandi ini.
Bercakap di acara Be My Reason Shower Run, Pengurus Pemasaran, Bahagian Produk Penjagaan Diri, Southern Lion Sdn Bhd, Jackie Low berkata, “Kami percaya pemeriksaan sendiri payu dara adalah satu amalan yang penting bagi pencegahan awal dalam menyelamatkan nyawa. Mandi adalah masa terbaik untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara, kerana ia tidak memerlukan usaha keras mahupun langkah istimewa. Selain cukup mudah untuk dilakukan, ia juga senang untuk diingati kerana kita semua mandi sekurang-kurangnya sekali sehari!”
nampak? bersungguh tak aku berlari hauhauha
Kempen ini disokong sepenuhnya oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NSCM) di mana ini merupakan kerjasama kali kedua bersama Shokubutsu. Turut hadir memeriahkan acara adalah aktor terkenal tempatan, Beto Kusyairy yang menyertai larian ini bersama isterinya, Tisha Shahar sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini.
Renowned Malaysian actor Beto Kusyairy and wife Tisha Shahar lent weight to support breast self-check during shower
Tisha mengesan ketulan kecil di payudaranya tidak lama dahulu ketika melakukan pemeriksaan sendiri. Mujurlah ia tidak membimbangkan. Sokongan dari Beto banyak membantu beliau melalui tempoh debaran menanti keputusan. Ternyata, pengalaman ini menguatkan lagi kepercayaan mereka tentang pemeriksaan sendiri payudara penting untuk pencegahan awal. Tisha berkata,“ Saya lebih bimbangkan Beto sekiranya apa-apa yang tidak diingini berlaku ke atas saya. Namun, dialah penyokong utama saya sepanjang tempoh itu. Jadi saya galakkan semua wanita untuk jadikan langkah mudah ini satu rutin.”
Representatives from NSCM receiving the mock cheque from Southern Lion management
Cek bernilai RM 25,000 disampaikan kepada NSCM di acara larian ini bagi menyumbang atas usaha murni NCSM dalam meningkatkan kesedaran dan mendidik pentingnya pemeriksaan sendiri payudara kepada masyarakat. Wang tersebut diperolehi dari RM10 yuran pendaftaran acara larian Be My Reason Shower Run dan juga RM0.10 dari setiap unit pembelian produk krim mandian Shokubutsu yang dijual di setiap pasaraya yang terlibat. Kempen Pink Ribbon Shokubutsu berlangsung dari 1 Oktober 2016 – 30 Oktober 2016.
Memang letih wei berlari 5km tuh tapi dengan semangat kengkawan abis jugaklah aku berlari ek
Terima kasih Shokubutsu atas peluang berlari ni ek.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/ShokubutsuMalaysia
sweet je nampak pink semua.. hehe
ReplyDeleteComel la kak lily ni
ReplyDeleteseru kynknya yah lari lri dan fotonya
ReplyDeletedah kenapa tu ciklily sampai terlopong tu ha hahaha
ReplyDeletetapi best je lah run ni run sambil mandi syok abis