Hi Korang,
Lama betul tak buat review skincare product kan!
Itulah asyik dengan event event dan event je manjang ermm kekadang tuh rasa bosan gak sebenarnya but dah nama pun lifestyle blogger kan
So aku nak perkenalkan kepada korang 2 produk terbaru daripada Olay iaitu
Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence
Olay Regenerist Micro- Sculpting Cream
Dua-dua produk ni aku dapat daripada Lazada untuk di review ye dan kedua-dua ini merupakan produk anti penuaan tau.
Ini adalah Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence yang bernilai RM 79.90 untuk 40ml.
Apa tujuan kita gunakan pre-essence ni ek?
Ianya untuk langkah permulaan untuk penjagaan muka harian korang, kira macam lepas je cuci muka terus je korang sapukan pre-essence ni ek supaya essence ini dapat membantu meningkatkan metabolism sel muka dan memudahkan penyerapan moisturizer ke dalam kulit muka.
Ini akan membantu korang untuk mempunyai kulit yang menakjubkan dan lebih muda serta mengurangkan garis-garis halus dan liang muka lebih tegang.
Aku suka botol yang ada dropper ni sebab kita tak payah nak agak-agak tuang banyak ke sikit je kan, korang tekan je penutup atas botol tuh dan ianya keluar secara titik demi titik. So terpulang koranglah nak 2 titik ke 3 titik ke kan, ikut saiz muka.
Tekstur ringan dan cepat meresap kedalam kulit muka.
Ok yang ini pula adalah Olay Regenerist Micro- Sculpting Cream bernilai RM 99.00 untuk 50 gram.
Lepas guna Pre-essense tuh haruslah kita sapukan micro-sculpting cream ni je sebab ianya harus di ambil untuk menghasil kualiti muka yang lebih maksimum.
Cepat sket nampak muda kan hehehhe
Olay Regenerist Micro- Sculpting Cream mengandungi Amino-Peptide Complex yang mampu menembusi kedalam kulit muka bagi mengurangkan kemunculan kedutan. Micro-Sculpting Cream di formulasi dengan hyaluronic acid, amino-peptides dan Vitamin B3. Kesemua bahan ini akan saling membantu menganjalkan kulit daripada dalam. Pelembap ini juga akan melembutkan kulit dan mengurangkan garisan halus dan kedutan.
Aku baru je guna kedua-dua produk ini selama 3 hari walaupun tanda pengurangan tuh belum nampak lagi tapi kulit muka semakin segar dan lembap ada nampak perubahan liang roma ada yang semakin mengecil. Ok itu baru 3 hari kalau sebulan.. hehehehhehe nampak makin muda lah uolls
Dari segi harga, memanglah agak berpatutan dan mampu milik bagi wanita-wanita di luar sana. Tak delah mahal sampai beratus-ratus ringgit sebotol kan.
Ni aku ada berita baik untuk korang ni,
Kalau korang beli kat Lazada, diaorang dengan baik hatinya menawarkan diskaun code iaitu “15LAPOCT30” untuk dapatkan 15% diskaun ataupun
Klik SINI untuk dapatkannya
If you would like to participate in reviews like this in the future, please contact affiliate@lazada.com.my to join the Lazada Family!
kita bagi mak kita olay ni..ehhee
ReplyDeletecantiknya bunga ros tu
ReplyDelete