Wednesday, September 14, 2016

Volkswagen Kuning Memang Sesuatu Sungguh!!

Hi Korang,


Memang kalau lalu kat highway Karak tuh mesti teringat pasal kisah Volkswagen Kuning ek.

La betullah.

Sebab tu aku kalau travel ke Pantai Timur mesti waktu siang, jarang drive waktu malam ke sana unless kalau kitorang convoy beramai-ramai itu tak per so kurang seram sket hehehhe..


Bercerita pasal cerita hantu ni, aku pun nak ceritalah sket ek.

Citer pasal perjalanan balik kitaorang berempat termasuk parents aku dari Johor Bahru ke Melaka. Petang tuh kitaorang ke JB sebab nak amik kereta aku yang tersadai di workshop sebab enjin bermasalah, so settle urusan sign document semua barulah rasa lega sket kan. Dapatlah balik ke KL dengan selamatnya. 

Sebelum balik ke Melaka untuk hantar parents aku, kitaorang makan bersama adik aku sekeluarga di Dataran Bandaraya biasalah makan celup-celup kat situ sedap. Abis makan sambil borak-borak dalam pukul 11.00malam. Disebabkan esoknya kitaorang nak balik KL balik, memang kena balik malam tuh jugak ke Melaka. 

Sampai area Jasin dalam pukul 1.30pagi cam tuh, Mr Big pun dah penat jadilah kitaorang ikut jalan pintas untuk ke kampung sebab dah penat sangat. 

Sebaik je lepas daripada kawasan kebun getah tuh, kami semua dah perasan ada bau yang menyusuk ke hidung yang lain macam tapi masing-masin senyap je. Mr Big drive je cam biasa, tiba-tiba masa lalu di bus stop tuh, kitaorang ternampak ada perempuan duduk di bangku, nampak macam sedang menunggu bas tapi sedang menundukkan kepalanya. 

Sepantas kilat Mr Big terus memecut lalu tanpa menoleh ke cermin belakang, kami yang duduk di belakang ni tak putus-putus membaca ayat kursi dan kemudiannya kami terdengar suara mengilai yang amat kuat. 

Lepas masuk ke kawasan rumah, terus cercepat turun dan masuk kerumah zass kunci pintu. Selepas bertenang tuh, barulah Mr Big bukak cerita yang rupanya lembaga tuh memang mengikut kereta sebab tuh kitaorang dengar suara mengilai tuh kuat sekali. Mungkin bacaan ayat kursi tuh yang menyelamatkan kami, allahhu akbar rasa betul-betul bersyukur sangat.

Agaknya apa tujuan lembaga tuh menakutkan kami ek ! ermm ntahlah hanya Allah je yang tau perasaan kitaorang masa tuh. 

Ok enough about pengalaman menyeramkan aku tuh.

Ni aku nak citer sket ni 


Filem Seram Volkswagen Kuning MIG Pictures


MIG Pictures Sdn Bhd bakal menayangkan filem Volkswagen Kuning, ia membuatkan peristiwa ini 'refesh' dari ingatan dan menarik minat aku nak menonton. Sebuah filem seram Shadan Hashim yang dibintangi Pekin Ibrahim Dan Atikah Suhaime. Lakonan Pekin dalam filem-filem misteri memang menjadi. 

Sinopsis FilemVolkswagen Kuning 



Filem ini mengisahkan sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen Kuning.



Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang 'sesuatu' bersamanya.


Saksikan Official Trailer filem Volkswagen Kuning 

Ni aku kongsikan dengan korang gak, di sebalik tabir pembikinan filem Volkswagen Kuning ni ek


Blogger's Contest - Filem Volkswagen Kuning


Korang juga boleh join contest yang dianjurkan Bro Framestone dengan kerjasama
MIG Pictures Sdn Bhd di sini :

2 comments:

  1. kalau nampak jer ok lagi kot..ini kalau sampai ikut pastuh mengilai mmg seram abesla...

    ReplyDelete
  2. seriously .cik lily pun ada pengalaman cam tu..scary ok

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!