Thursday, September 1, 2016

Merasai Menu Terbaru Di NANDO’s Atria Shopping Mall

Hi Korang,


Ermm mana pulak Atria Shopping Mall ni ek!


First time in my life ke mari, rupanya shopping ni di dalam kawasan perumahan dan kalau betul-betul tak alert memang tak akan jumpa. Nasib baik WAZE ada, so sesangatlah membantu tau.

Aku ke sini bersempena dengan NANDO’s memperkenalkan menu terbaru mereka.

Wah pasal makan memang laju je nak mengupdate cerita ek, sebab aku kan suka makan tambahan lagi di gelar blogger kaki makan.


Besar jugak outlet NANDO’s di Atria ni ek, boleh pusing-pusing mencari hari tuh. Nasib baik Shakiddo bagitau kat mana so senang sket. Sesampai kitaorang yang first pulak, so dapatlah merasai awal menu-menu ni semua kann. 

Meh aku cerita sket sejarah Nando’s nie k.


Nando’s Malaysia telah menyatukan warga Malaysia yang menggemari rasa lazat ayam dan cili melalui sajian yang pedas lagi menyelerakan sejak ia mula beroperasi di Kuala Lumpur pada tahun 1998. Didorong oleh selera mereka untuk PERi-PERi, cili padi Afrika yang telah menyemarakkan selera seluruh dunia dengan kepedasan serta rempah, Nando’s sentiasa menjanjikan anda sesuatu yang mengagumkan sesuai dengan kedudukannya sebagai pakar sajian ayam panggang PERi-PERi yang pedas.



Selain daripada memastikan bahawa ayam bergred A disajikan dalam suasana serba selesa di Nando’s, mereka kini memperkenalkan lebih banyak pilihan yang menyelerakan melalui menu baharu mereka, khas buat semua penggemar ayam! Dengan matlamat utama yang menjurus kepada memenuhi semua keinginan, seisi keluarga serta sahabat handai kini boleh menikmati Nando’s sambil memenuhi selera mereka dengan memilih pelbagai sajian baharu yang menyelerakan, disediakan menggunakan bahan-bahan segar lagi berkualiti yang dipilih kerana perisanya yang terunggul

Menu baharu Nando’s berhasrat untuk mengalakkan para pelanggan menerokai personaliti mereka yang lebih menggemari kembara kerana ia menawarkan pelbagai cara unik untuk memenuhi selera anda dengan ayam PERi-PERi yang dipanggang menggunakan api, dalam perisa-perisa pengenalan Lemon & Herb, Mild, Hot dan Extra Hot! 

Mari aku perkenalkan kepada korang menu-menu terbaru ni

Saucy Tenders with Veg and Rice

Wing Platter

Thigh and Mighty Sandwich

Fino sides- Caesar Salad

Fino Sides- Algarve Salad

Whole flame-grilled PERi-PERi chicken

Ok sedikit kata-kata aluan bagi pembuka majlis,


“Nando’s di seluruh dunia menyajikan ayam PERi-PERi legenda yang dipanggang menggunakan api. Bagaimanapun, untuk meneroka pelbagai perisa, Nando’s terus mengembara bersama sajian mereka dengan memperkenalkan sajian baharu dalam menu mereka. Kami sememangnya ingin terus menyediakan pengalaman makan yang luarbiasa serta selesa beserta sajian mengagumkan yang disediakan dengan bahan-bahan berkualiti, sekaligus meningkatkan nilainya,” kata Chai Hui Fung, Pengarah Pemasaran Nando’s Malaysia dan Singapura.

Ni aku tunjukkan menu-menu yang lain yang sedia ada jugak di Nandos ni ek






Lazatttttt

Lepas makan tuh ada plak game.

Alah game simple-simple je yang mana suruh exercise lepas makan. Ala-ala treasure hunt gituh, cari voucher di sekeliling tempat makan kitaorang. Hah apa lagi, riuh rendah dibuatnya sebab memasing excited sesangat kan huahauahua. Memanglah seronok bebenau.



Aku pun dapatlah bawak balik voucher jugak, tak delah banyak mana tapi bolehlah bawak sekeluarga pi makan hahahhaha

Korang pun patut cuba tau hidangan terbaru di Nando’s ni, rasa sekali pasti nak lagi ek. 

Untuk info lanjut, korang boleh check it out di

Official Website : www.nandos.com.my

Facebook Nando’s Malaysia di www.facebook.com/nandosmy


Terus rasa lapar pulak, lepas taip entry ni ek

Selamat makan semuanye..







4 comments:

  1. dulu ayam nando bukan bain gedabak la ni x kenyang lak makan hahaha
    tp suka fries dia terbaik
    n sos dia adoiiii bikin terliur daa

    ReplyDelete
  2. sedapnyerrrr...dah lama tak makan kat Nandos

    ReplyDelete
  3. alamakkk sedapnya.. nak kena terjah jugak ni

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!