Hi Korang,
Untuk kaki-kaki marathon yang sukakan berlari di hujung minggu.
Ni aku nak sharekan sket info mengenai larian yang bermanfaat dan bermakna ni ek.
Shokubutsu dan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) pada tahun lalu telah membuat siri jelajah untuk melakukan demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara dan ia ternyata memberi hasil yang membimbangkan. Begitu ramai di antara mereka yang tidak pasti bagaimana mahu melakukan pemeriksaan sendiri payudara di rumah yang selesa. Yang lebih mengejutkan apabila pemeriksaan rambang dilakukan di siri jelajah tersebut, enam wanita didapati mempunyai ketulan kecil yang mencurigakan pada payudara merka dan ini menunjukkan tanda-tanda kanser payudara.
Oleh itu, situasi yang kurang menyenangkan ini telah mendorong Shokubutsu iaitu jenama terkemuka sabun mandian di Malaysia, untuk meneruskan Kempen Pink Ribbon yang menggalakkan wanita melakukan perubahan terhadap diri mereka serta orang yang mereka sayangi dengan memeriksa sendiri payudara semasa mandi secara kerap. Kempen pada tahun ini akan menjadi lebih besar dan berani telah disokong sepenuhnya oleh Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) untuk menyebarkan mesej mengenai pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi. Dengan ini Shokubutsu akan menganjurkan Be My Reason Shower Run iaitu larian bertemakan mandi yang pertama di Malaysia.
Untuk pengetahuan semua, Be My Reason Shower Run merupakan larian sempena bulan kesedaran kanser payudara dan mempromosikan kesedaran dan menyebarkan mesej tentang sokongan dan kerjasama orang sekeliling. Oleh itu, para peserta Be My Reason Shower Run digalakkan untuk berlari bersama pasangan masing-masing sebagai simbol mengapa mereka perlu melakukan pemeriksaan sendiri payudara.
Apa yang menariknya Be My Reason Shower Run pada tahun ini adalah para peserta larian akan lari bersama pelakon terkemuka Malaysia, Beto Kusyairy. Beto akan turut menyertai larian ini bersama isterinya, Tisha Shahar sebagai tanda sokongannya kepada Tisha yang mempunyai pengalaman apabila ketulan dikesan pada payudara beliau tidak lama dahulu. Mereka akan bersama-sama membantu meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang kanser payudara dan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi.
Pasangan ini merupakan pasangan terbaik dan layak dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia bagaimana wanita boleh diberi galakan oleh pasangan, keluarga dan rakan-rakan untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara. Apabila Tisha mengesan ketulan pada payudaranya, beliau telah bersiap sedia untuk mengalami peralihan hidup termasuklah terapi dan kemungkinan juga pembedahan. Katanya, suaminya Beto Kusyairi merupakan sumber kekuatan yang sering memberi sokongan disaat dia menghadapi tempoh yang mencemaskan itu. Meskipun ketulan itu tidak berbahaya tetapi ia merupakan pengalaman yang mendorong mereka untuk meyakinkan orang ramai tentang kepentingan melakukan sendiri payudara.
Larian Sempena Kempen Kesedaran Kanser Payudara "Be My Reason Shower Run"
Butiran Be My Reason Shower Run :-
Tarikh
: 9 Oktober 2016 | Ahad
Masa
: 7.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat
: The Arc, Bandar Rimbayu, Kota Kemuning, Shah Alam
Yuran
: RM 50 / seorang, RM 90 / 2 orang satu kumpulan
Pendaftaran
: Melalui online di http://pacerssport.my/shokubutsubemyreason
Senarai kategori larian Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016
Code
|
Participating Type
|
Category
|
Starting Time
|
Entry fees**
|
Distance
|
A
B
|
On-Line
|
Men Open (Individual)
Women Open (Individual)
|
7.30 am
|
RM 50* per pax + RM 3 on-line registration fee
|
5KM
|
C
|
On-Line
|
Men or Women Open (Pair or Couple)
|
7.30 am
|
RM 90* per pair/couple + RM 3 on-line registration fee
|
5KM
|
D
|
Corporate Registration
|
Men or Women Open
(Group of 10 & above)
|
7.30 am
|
RM 45* per pax with NO on-line
registration fee
Use form attached and send to by Sep 10, 2016
|
5KM
|
*
RM10 dari setiap pernyetaan (per pax) akan disumbangkan ke National Cancer
Society Malaysia
** Keterangan lanjut boleh klik pada link yang disertakan
di atas.
Pengambilan Race Kit :
- Tarikh : 7 dan 8 Oktober 2016 | Jumaat
dan Sabtu
- Masa : 11.00 pagi - 5 petang
- Tempat : The Arc @ Bandar Rimbayu (Bersebelahan
Kota Kemuning, Shah Alam)
Selain daripada tujuan
utama larian untuk kesedaran terhadap pemeriksaan sendiri payudara ketika
mandi, para peserta turut akan dapat mempelajari dengan lebih lanjut tentang
penyakit yang menimpa satu daripada 19 orang wanita ini. Rakan kerjasama Kempen
Pink Ribbon Shokubutsu, NCSM akan turut membuka
sebuah booth pameran khas buat mereka yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut
tentang kanser payudara dan bagaimana untuk melakukan sendiri payudara semasa
mandi dengan cara yang betul. Bekas pesakit kanser payudara akan turut
mengambil bahagian di dalam Be My Reason Shower Run dan para perserta yang lain berpeluang untuk mendengar
pengalaman mereka melawan kanser payudara dengan bantuan dan sokongan orang
tersayang.
Setiap peserta Be My Reason Shower Run akan menerima sehelai
t-shirt, sebuah pingat, sijil dan goodies bag dengan barangan Southern Lion
termasuk baucer diskaun Mammogram/Ultrasound Payudara dan juga minuman yang
ditaja oleh Umbro-Isotonic Drinks.
Ok ok korang nak join secara PERCUMA? Meh Baca Ni ek
Korang
nak join larian Be My Reason Shower Run?
Khas buat pembaca &
follower Blog CikLilyPutih.COM ni, aku akan
memilih 3 pemenang bertuah untuk larian tersebut secara PERCUMA!!
Untuk
memenangi Race Kit secara PERCUMA dan korang
akan menyertai larian yang diadakan pada 9 Oktober 2016. Korang cuma ikut
arahan seperti dibawah ni yer....
- Follow Blog CikLilyPutih | www.ciklilyputih.com
- Follow Instagram CikLilyPuth | www.instagram.com/ciklilyputih
- Mudah sahaja, korang hanya perlu
muat naik gambar di instagram dengan gaya aktiviti senaman bersama dengan
suami, ahli keluarga atau rakan-rakan anda.
- Sila masukkan slogan "Saya
ingin menyertai larian Be My Reason Shower Run anjuran
Shokubutsu kerana ......... (tidak
melebihi 20 patah perkataan)
- Jangan lupa hashtag #BeMyReasonShowerRun2016 dan #CikLilygiveaway
- Akhir sekali, tag gambar tersebut di
Instagram Ciklilyputih www.instagram.com/ciklilyputih
Instagram Shokubutsu Malaysia www.instagram.com/shokubutsumalaysia
Apa
tunggu lagi, jom sertai larian Be My Reason Shower Run untuk
bersama-sama menjayakan kempen kesedaran payudara. Mana tahu korang adalah
pemenang dan boleh berlari dengan pelakon pujaan ramai Beto Kusyairi.
Mari semuanya…
Untuk maklumat lanjut,
boleh layari Facebook Shokubutsu Malaysia
Tak larat nak larilah CL hihihi
ReplyDelete