Hi Korang,
Bahagia itu satu rasa penuh makna yang hadir dalam jiwa manusia. Bahagia itu tersemat di dalam kasih, terselit di dalam rindu, tersimpan di dalam hati. Sungguhpun tidak terlihat pada zahirnya, bahagia itu mampu membuat yang berduka mula tertawa, yang suram mula tersenyum, yang bercinta semakin bertambah cintanya.
Berkongsi perasaan indah antara dua jiwa, SAFI jenama Halal no.1 Malaysia berbangga untuk melancarkan Muzik Video Raniaku, dengan kerjasama penyanyi terkenal Aizat Amdan dan pengarah muzik video En Nan Salleh. Menurut Ketua Eksekutif WIPRO UNZA, En. Sriram Krishnamurthy, “Penghasilan Muzik Video Raniaku merupakan salah satu projek terbesar SAFI sepanjang produk penjagaan wajah itu diperkenalkan. Kami ingin meyebarkan mesej tentang kekuatan wanita yang diserlahkan melalui kecantikan diri serta bagaimana kasih sayang yang berterusan memberikan keberanian yang hebat untuk menempuh cabaran hidup.”
Penggambaran muzik video yang berlaku di Bali, Indonesia ini dijayakan dibawah arahan Direktor, En Nan Salleh, diiringi oleh lagu Raniaku nyanyian Aizat Amdan bersama produser muzik, En Anas Amdan. Setiap bait-bait lirik yang dijalin bersama menceritakan tentang perjalanan pasangan dalam menempuh dugaan kehidupan. Penyanyi juga penulis lirik Raniaku, Aizat Amdan turut menyelitkan tentang jerih perih yang dihadapi akan mampu diatasi dengan adanya kekuatan cinta dan perasaan sayang yang mendalam.
Menurut Konsultan SAFI Pn Mahsuri Sulaiman, “Aizat Amdan merupakan pilihan SAFI yang tepat untuk berkolaborasi dalam projek Muzik Video Raniaku. Garapan lirik yang baik serta kreativiti Aizat menzahirkan mesej SAFI dalam bentuk gubahan lagu ini menjadikan ia sesuatu yang unik. Setiap baris yang terungkap penuh dengan makna yang tersirat.”
Bersempena pelancaran Muzik Video Raniaku, SAFI turut memperkenalkan produk baharu SAFI Rania Gold diperkaya dengan formulasi DUO EMAS 24K. “Kali ini, SAFI turut melancarkan 3 produk baru dengan formulasi DUO EMAS 24K iaitu
Kombinasi formulasi BIO HIALURONIK mengekalkan dan mengunci lembapan sehingga 24 jam, menjadikan wajah licin dan lembut serta menyediakan kulit anda untuk menyerap produk seterusnya.
Penggunaan: Sapukan pada wajah dan leher. Urut lembut dalam gerakan memusing. Gunakan selepas membersihkan muka/sebelum Serum dan Krim Pelembap SAFI RANIA GOLD.
2) Serum Konsentrasi Plus SAFI Rania Gold, 20ml
Kombinasi formulasi AMINO PEPTIDA II membantu meningkatkan keanjalan kulit wajah dan memperlahankan kemunculan garis-garis halus serta kedutan di wajah untuk mengembalikan wajah yang licin dan halus.
Penggunaan:
Sapukan pada wajah dan leher. Urut lembut dalam gerakan memusing. Gunakan sebelum Krim Pelembap SAFI RANIA GOLD.
3) Semburan Booster & Penyegar SAFI Rania Gold, 75ml
5 Kelebihan Semburan Booster & Penyegar SAFI RANIA GOLD:
1. Menyegarkan kulit dengan efektif
2. Membantu mengurangkan kedutan dan garisan halus
3. Mengunci lembapan serta merta sehingga 130%
4. Melegakan ketidakselesaan kulit sehingga 84%
5. Guna bersama Serum untuk meningkatkan kelembapan
Penggunaan:
Gunakan Semburan Booster & Penyegar bersama Serum untuk lembapan berganda. Semburkan di wajah selepas bersolek atau ketika muka terasa kering. Boleh digunakan pada bila-bila masa. Goncang sebelum guna.
Formulasi DUO EMAS 24K ini merupakan gabungan BIO EMAS 24K dan FLAKE EMAS 24K bersama PROTEIN SUTERA. Formulasi ini bukan sahaja memelihara struktur luaran malah meliputi struktur dalaman kulit wajah ajar keremajaan dapat dipelihara dengan lebih efektif.” Jelas Pn Mahsuri.
Duta SAFI Rania Gold, Nora Danish turut berkongsi pengalaman beliau menggunakan produk terbaru dari SAFI. “Apabila usia meningkat, daya tahan kulit untuk mengunci lembapan akan berkurangan menjadikan kulit kering, kasar, dan hilang keanjalan. Alhamdulillah, Esen Emas Keremajaan SAFI Rania Gold dengan formulasi DUO EMAS 24K menjadikan kulit wajah lembut dan menyediakan kulit Nora untuk menyerap produk seterusnya. Serum Konsentrasi Plus SAFI Rania Gold pula Nora gunakan untuk meningkatkan keanjalan serta memperlahankan kemunculan garis- garis halus. FLAKE EMAS 24K di dalam rangkaian terbaru ini bertindak sebagai antioksidan untuk menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit. Dengan formulasi DUO EMAS 24K Nora tidak lagi risau dengan ancaman kulit rosak. Ketika cuaca panas di set penggambaran atau berjalan-jalan di luar, Semburan Booster & Penyegar SAFI Rania Gold sentiasa Nora bawa bersama. Semburan yang menyegarkan ini memberikan lembapan berganda pada kulit agar wajah segar bermaya sepanjang masa. Malah, ia juga bertindak untuk mengekalkan solekan Nora!”
Produk SAFI Rania Gold ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama.
Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman instagram SAFI@safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia
wah..jalan cerita memang sweet...
ReplyDeleteBest la lagu ni.. Video pun indah... ^^
ReplyDeleteX dan nk amik gambo ngan Remy Ishak
ReplyDelete