Wednesday, July 27, 2016

Pesta Makan-Makan Kimball 2016 di Setia City Park Meriah.

Hi Korang,

Di sebabkan pesta makanan so aku rasa sangat bersemangat untuk pi ek, walaupun jauh beribu batu huahuauahuaha poyo ayat ek. 


So pagi sabtu lepas, aku ke Setia City Park. Alah dari rumah dalam 35 minit je Mr Big tak ikut sebab dia nak pi service motor ermm tak perlah, janji makan hehehehe


Sesampai je karnival belum bukak lagi tapi aku ni media so dapatlah masuk awal, apa lagi terus snap gambar-gambar dulu ek kira nanti gambar makanan tuh tak comotlah sebab belum ada orang usik lagi.

Dah kite ikut sket info mengenai Pesta Makan Kimball ni ek


Kimball, jenama sos seisi keluarga selama lebih 40 tahun di Malaysia menganjurkan pesta makanan gaya piknik di taman selama sehari. Acara itu nyata mencetuskan 'drama' ke atas senarai 'makanan yang lazat buat para penggemar makanan, keluarga dan peminat di Setia City Park, Shah Alam hari tersebut.



Ramai yang mencengkam peluang menikmati pelbagai hidangan lazat Kimball-icious ketika Pesta Makan-Makan Kimball, sempena debut pertamanya yang penuh dramatik.



Acara itu menyaksikan lebih dari 15,000 hidangan makanan tradisional dan moden berjaya dijual kepada orang ramai. Semua hidangan yang ditampilkan adalah hasilan sepasukan chef khas bagi Kimball, yang telah menonjolkan aplikasi kreatif produk-produk Kimball di dalam masakan yang boleh membangkitkan rasa dramatik pada harga yang amat berpatutan. Pada masa sama, Pesta Makan-Makan itu juga telah menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk para pengunjung bagi meluangkan masa berharga bersama-sama.


Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia Kimball dan untuk berterima kasih atas sokongan mereka selama ini, semua hidangan tersebut ditawarkan pada harga RM1, di samping itu, memberi peluang kepada semua pengunjung untuk menikmati pelbagai hidangan yang lazat.














Terdapat 12 jenis hidangan yang diberi nama menarik seperti ‘Mi Ja-Wow’, ‘Spageti Bolognese Meletuppp’ dan banyak lagi yang telah habis dengan cepat disebabkan oleh kelazatannya.



Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada kempen Kimball Malaysia yang bertema ‘Tambah Drama Dalam Masakan’ untuk tahun 2016. ‘Tambah Drama’ bertujuan untuk memberikan rasa dramatik, walaupun pada hidangan yang paling ringkas melalui penggunaan produk Kimball, tanpa perlu memecahkan bajet anda.

eh DJ Ray dan DJ Hanif dari EraFM pun hado gak tau

Terdapat enam zon yang mengujakan di Pesta Makan-Makan iaitu ‘Tambah Selera’ dan ‘Tambah Segar’ untuk makanan dan minuman, ‘Tambah Ceria’ dan ‘Tambah Drama’ untuk permainan atau aktiviti, ‘Tambah Relaks’ untuk bersantai dan berpiknik serta ‘Tambah Rasa’ untuk tawaran istimewa ke atas pelbagai produk Kimball. Terbukti bahawa hari yang menyeronokkan tersebut menjadi hiburan para pengunjung, sama ada yang tua ataupun muda.


Ketika memperkenalkan acara ini, Pengurus Besar Campbell Soup Southeast Asia Sdn Bhd, Paul Serra mengakui bahawa rakyat Malaysia berhubung melalui makanan.

"Kimball memahami minat rakyat Malaysia terhadap makanan. Sebab itulah selama lebih 40 tahun, produk Kimball telah menjadi jenama kegemaran di kalangan rakyat Malaysia. Ini menjadikan kami salah satu jenama paling dipercayai untuk sos dan pasta!"


"Melalui acara ini, kami berharap dapat menyatukan komuniti, membawa keluarga dan rakan-rakan untuk sama-sama menikmati hari yang menyenangkan, melalui permainan, aktiviti, dan yang lebih penting lagi untuk rakyat Malaysia, makanan yang lazat! Mereka yang gemar mengunjungi pesta makanan boleh mencuba banyak hidangan enak, mudah dan jimat yang disediakan dengan produk Kimball!" Kata Serra.

Di Zon Tambah Ceria






Ermm aku sempatlah join aktiviti yang di sediakan sambil nak tunggu launch start kan, peluh-peluh gak lah berlari tapi seronok senaman waktu matahari mencarak kan.


Dapat jugak siapkan semua task dan redeem door gift, walaupun biskut je tapi mak happy noks sebab dapat bersenam tuh hauhauahuahua


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai resipi Kimball yang mudah dan murah, korang boleh mengunjungi laman web rasmi mereka: http://www.kimball.com.my/ atau layari laman Facebook Kimball di https://www.facebook.com/KimballMalaysia/ untuk maklumat lanjut mengenai produk Kimball serta bagaimana untuk memaksimumkan rasa menggunakan ramuan mudah, serta menggunakannya untuk penyediaan hidangan pada setiap hari.

#kimball

#pestamakanmakankimball

#pestamakanmakan

#tambahdramadalammasakan



1 comment:

  1. ada tgk event ni tp jauhhhh nk pegi..so kita tgk je la gmbr kwn2 yg pegi

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!