Monday, July 25, 2016

Duta Terbaru MAGGI® CukupRasa™ iaitu Sheila Rusly

Hi Korang,

Ni nak citer sket nie..

Aku memang guna MAGGI Cukup Rasa kat umah sebab senang kan, tak yah nak letak garam dan ajinomoto bagai. Rasanya pun bertambah sedap tau.

Baru-baru ni sempat aku ke media launch bagi mengumumkan duta terbaru Maggi Cukup Rasa ni di Surian Tower, bolehlah amik cuti so dapatlah pi event ek.

Ada citer terbaru dari Maggi ni tau.. 


MAGGI® CukupRasa™ mengumumkan usahasama dengan duta barunya, Sheila Rusly – seorang selebriti dan penerbit tempatan yang telah memenangi pelbagai anugerah, di sebuah upacara pelancaran semalam. Usahasama dengan Sheila, seorang isteri yang penyayang dan ibu kepada dua orang anak ini bertujuan untuk menggalakkan ibu-ibu di Malaysia agar memasak dengan yakin dan sentiasa mencuba resipi-resipi baru.



Hidangan masakan di rumah menyatukan kita bersama yang tersayang. MAGGI® CukupRasa™ percaya bahawa aktiviti makan bersama-sama merupakan aktiviti terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga. Setiap hidangan yang disediakan dengan menggunakan bahan-bahan yang segar, air tangan ibu dan MAGGI® CukupRasa™ dijamin berkualiti dan dipenuhi dengan kasih sayang.

Namun, dengan hidup yang semakin sibuk, penyediaan hidangan di rumah menjadi semakin mencabar. Sheila adalah contoh yang baik untuk rakyat Malaysia kerana beliau mampu mengimbangkan kerjayanya sambil menguruskan keluarganya. Walaupun jadualnya begitu padat, beliau bijak menginovasi resipi-resipinya dan sentiasa mencari jalan untuk menghebatkan lagi rasa masakannya.


“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Sheila Rusly yang pandai memasak dan percaya akan kepentingan memasak di rumah. Beliau adalah bukti kepercayaan kami bahawa detik-detik yang paling indah tercipta apabila menikmati hidangan yang lazat dan kami teruja untuk bekerjasama dengan beliau dalam menyebarkan kegembiraan dan mendorong penyediaan masakan di rumah. Kami berharap beliau akan terus memberi ilham kepada ibu-ibu dengan idea-idea hidangan baru yang lazat dan sihat,” kata Rosalyn Simba, Pengurus Eksekutif Perniagaan, Bahagian Makanan, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Duta Terbaru MAGGI® CukupRasa™ iaitu Sheila Rusly 

Sheila yang turut berkongsi pandangan yang sama menceritakan bahawa keluarganya kini lebih menikmati masakannya selepas beliau menemui MAGGI® CukupRasa™, penambah perasa semua-dalam-satu yang hebat di mana setiap butiran dilengkapi dengan bawang segar, rempah-ratus seimbang dan kepadatan rasa yang membangkitkan lagi rasa apa jua masakannya. Sejak penemuannya, beliau sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan kemahiran memasaknya dan mencipta resipi-resipi baru untuk keluarganya kerana MAGGI® CukupRasa™ melazatkan lagi rasa masakannya!


“Mengimbangkan masa di antara kerja dan keluarga kadangkalanya mencabar kerana jadual saya yang sibuk dan tidak menentu, namun saya sangat gembira apabila keluarga saya menikmati masakan saya di rumah. Tidak kiralah jika anda baru belajar memasak atau sudah mahir, memasak untuk keluarga bukan lagi seperti dulu setelah anda mencuba MAGGI® CukupRasa™!” kata Sheila yang turut menyeru rakyat Malaysia terutamanya yang gemar memasak untuk keluarga mereka, agar mencuba dan merasai perbezaan yang dibawakan oleh MAGGI® CukupRasa™.


Sepanjang usahasama ini, Sheila Rusly akan mencipta dan berkongsi pelbagai resipi hidangan Malaysia yang ditambah dengan MAGGI® CukupRasa™. Sesi pertemuan eksklusif, demonstrasi masakan dan lebih banyak aktiviti menarik juga akan dijalankan untuk menghiburkan rakyat Malaysia. Mereka yang ingin mencuba pelbagai resipi dengan menggunakan MAGGI® CukupRasa™ boleh mendapatkannya melalui laman web atau di kedai-kedai runcit, pasaraya hiper dan cawangan runcit lain di seluruh negara. MAGGI® CukupRasa™ boleh didapati dalam pek 25g, 100g dan 300g.


Untuk pelbagai aktiviti menarik dan resipi lazat MAGGI® CukupRasa™, sila ikuti:-

Laman web rasmi MAGGI® Malaysia : http://bit.ly/MAGGICukupRasaBM

Laman Facebook MAGGI® Malaysia : http://bit.ly/MAGGIMalaysiaFB

Laman Youtube MAGGI® Malaysia : http://bit.ly/MAGGIMalaysiaYT

Laman Instagram MAGGI® Malaysia : http://bit.ly/MAGGIMalaysiaIG

Laman Facebook Sheila Rusly :
http://bit.ly/SheilaRuslyFB

Hashtag rasmi : 
#MaggiCukupRasa
#MaggiMalaysia

Hebat-hebat rasa Maggi cukup rasa.....


1 comment:

  1. dah lama tak cuba serbuk pasti sedap maggie ni.. nak guna balik lah..

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!