Hi Korang,
Lama betul tak buat gadget review ek!!
Kalau dulu kemain lagi rajin bebenau sekarang ni cam lemau-lemau sket sebab heboh dengan food review je kan hehehhehe mana tak gomoksss..
Kita memang aware yang Huawei Technologies ni sangat pantas dalam gadget-gadget ni, sekejapan je ada je smartphone yang latest keluar sampai aku sendiri tak terkejar. Hari tu aku berkesempatan untuk mencuba smartphone mereka HONOR 5X bersama HONOR Band Z1.
Apmacam, cool tak?
Haruslah cool kan.
Tak yah nak unboxinglah sebab korang mesti dah tau kandungan phone kan, of courselah ada charger, manual ermm itu je.
HONOR 5X
Bagi aku rekabentuknya cantik, dah lah slim, skrin 5.5-inci, silver metal plak bodynya. Memang nipis, senang nak masuk kedalam poket jeans. Ada fingerprint scanner, camera 13/16MP.
notifications - mudah dan senang nak baca
icon shortcuts yang tak pening kepala
Sistem bagi Honor 5X plak dibina berasaskan Android 5.1.1 Lollipop yang paling latest sekali dalam system Android. Aku paling suka section Notifications dan Shortcuts tu sebab kita tak payah nak scroll semua app just refer kat notifications tuh. Even button shortcuts pun best sebab senang nak cari icon-icon kan.
cantik kan gambo makanan ni, camera dia sharp tuh
standard tools yang penting ooo
interface depan, simple je kan
nampak siap bersihkan junk-junk app or mail kan
Ada jugak standard tools yang lelain yang aku rasa penting bagi aku ek. Icon yang simple dan cantik.
HONOR BAND Z1
Ini merupakan smartband atau pun jam yang linked dengan smartphone HONOR 5X ni.
Aku nak tunjukkan korang app yang link dengan jam ni iaitu Huawei Wear App ni sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan sebab ianya boleh detect dan kira langkah korang berjalan, apa jenis makanan yang korang amik, set berapa jam korang tidur, suruh bersenam dan memacam lagi.
Selain daripada berfungsi sebagai detector kesihatan kita, ada fungsi jam jugak lah. So lengkaplah semuanya, tak yah nak pakai 2-3 jam plak kat satu tangan.
sempoi je charge smartband Z1 ni ek
Tak silap aku harga smartphone Honor 5X ni RM899 dan smartband Z1 ni dalam RM599 kalau tak silap aku lah, nanti aku check jap hehehehe
Itulah review simple aku.
Maklumlah mak bukan IT Savvy kan, hehehe hopefully korang dapat manfaat daripada review simple aku ni ek. Tak boleh nak tulis yang high tech sangat takut korang tak paham plak nanti kan.
Simple, sleek dan multifunction ek...
Saya suka sungguh dengan band dia nie
ReplyDeleteSenang dan stylo gak