Hi korang,
Aku dapat tawaran daripada team Volkswagen untuk bazaar hunting campaign sempena bulan ramadan ni.
Wah bazaar hunting bersama Volkswagen Ermm haruslah tidak dilepaskan. Terus pi amik kete Kat Bangsar. Sempat borak lah dengan Alice yang aku dah kenal lama ni. Seronok gak dapat catchup citer lama .
Yeah kunci Golf dah ada dalam tangan so let’s go. Disebabkan dapat guna dalam masa semingggu semestinya haruslah happy terus buat plan bazaar mana yang patut diterjah.
Sebelum tuh meh Aku nak citer sket mengenai kereta idaman anak muda masa kini ni kan, alah citer simple-simple je kang lebih-lebih korang bukan paham sangat pun technical things ni, even aku pun bukan paham pun. So ni base on pemahaman aku sajor
Enjin
interior best kan
kena tekan push button sambil tekan brake ye, kalau tak kereta tak jalan
handbrake just satu touch je, nampak tuh
gear tukar dengan sendirinya secara automatik so korang tak yah nak risau apa pun
Volkswagen Golf ni merupakan kereta yang aku rasa comey tapi power. Walaupun hanya 1.4HP tapi perginye kemain tau. Gear sampai D7 yang akan ditukar secara automatik mengikut kelajuan kereta while driving.
Parking
Korang layan he video ni
Volkswagen Golf - Parking Assist for Side Parking
Bestkan semuanye automatik, even kalau parking biasa pun, still made sensor yang appear kat screen. Dia punya camera tuh di sekeliling kereta ni, so kalau ada kereta atau motor even kucing sekali pun dekat dengan kereta ni time nak parking kemain segala bunyi semua keluar bagi nak menandakan ada halangan dekat ek.
So kemungkinan besar nak langgar tembok tuh memang tak lah kan, sebab dekat screen pun dia tunjuk jugak.
Entertainment
Kat panel ni segalanye disini. Nan dengar radio, nak main dvd semuanye ada. Nak jawab phone pun boleh secara bluetooth. Semuanya touch screen, pakai tekan-tekan je nak tuko station radio pun.
Dah membebel banyak plak kan, jom citer pasal bazaar ramadan yang ktorg pi last week.
Tengoklah orangnya berdua je tapi barang-barang kemain banyak lagi bawak balik kampung kan, yelah balik sebulan sekali so bawaklah apa yang patut untuk diberikan kepada orang tua sebagai buah tangan kan hehehehe. Alah banyak barang makan je pun hahahhaha
Sebab balik kampung melaka, ktorg ke bazaar ramadan Jasin Bestari je senang dan dekat je dengan umah mak aku.
Of course lah seronok pi bazaar sebab segala jenis makanan yang teragak nak makan semua ade kat sini. You named it and you get it.
Rasanye dekat sejam ktorg duk tawaf bazaar ni sebab pening tak tau nak beli makan apa.
ini kat tangan aku belum tengok yang dah simpan dalam kete kan
Rambang mata punya pasal, rasa nak borong semuanya kan. Memang menduga iman sungguh.
lauk yang mak aku masak - sup tulang dan tulang masak kari
inilah kuih muih yang dibeli, ini sket je tau ada lagi yang ktorang dah makan
So inilah yang ktorg beli untuk makan sekeluarga, jadilah rezeki hari tuh. Makan berempat je tapi hidangan penuh atas meja. Alah sekali sekala pun, ayah aku kemain selera lagi makan sampai bertambah-tambah. Alhamdulillah
Wait jap ada lagi ni,
Cuba teka berapa duit minyak aku sepanjang seminggu aku merayap dengan Volkswagen Golf ni?
Hanya RM90 sajor
Dengan pi balik keja selama seminggu, pi bazaar petang-petang depan umah, dengan balik kampung Melaka, dengan pi bazaar kat Jasin, dengan pi pasar Jasin lagi, dengan pi Super Cowboy Melaka, dengan pi Shah Alam untuk buka puasa, dengan pusing-pusing taman.
Ko rasa?
Jimat bebenau kan.
Jimat bebenau kan.
Kita boleh tengok berapa consumption minyak kereta pada screen kat dashboard tuh, aku ni bukan pandai kira sangat pun but RM90 worth it sangat la ek.
Terima kasih Volkswagen untuk pengalaman selama seminggu ni. Aku dapat rasa drive kat highway, drive dalam jem, drive time hujan so setiap keadaan tu sangat berbeza cara pemanduannya tau. Yang penting jimat minyak walaupun korang speed cam ne cara pun kan.
Bagi korang yang rasa-rasa cam teringin benau nak mendapatkan kereta-kereta Volkswagen yang baru sempena hari raya ni, pihak Volkswagen Malaysia telah pun menlancarkan promosi raya bersama rebat tunai dan ‘Duit Raya’ yang menarik.
Duit raya!!!!
Siapa tak nak kan, cepat angkat tangan lekas
Hari Raya kali ini, pulang ke rumah dan jadilah bahan bualan di Kampung dengan rebat “Duit Raya” sebanyak RM2,000 untuk semua model Volkswagen yang ditawarkan mulai sekarang hingga 31 Julai 2016.
Model-model terpilih seperti Golf, Beetle dan Volkswagen CC akan menikmati rebat tunai tambahan, selain daripada promosi “Duit Raya” ini. Tawaran ini adalah sementara stok masih ada. Rebat tunai juga berbeza dan bergantung kepada model.
Vento yang dilancarkan baru-baru ini turut menikmati Promosi Raya. Volkswagen akan membayar bayaran bulanan anda sehingga akhir tahun untuk kereta yang ditempah dalam tempoh promosi ini.
Untuk layak menerima promosi ini, semua tempahan mestilah dibuat dalam tempoh promosi. Ia tertakluk kepada terma dan syarat, sehingga stok masih ada.
Dengan Hari Raya bakal menjelang tidak lama lagi, inilah masa terbaik untuk mengunjungi pengedar Volkswagen berhampiran dan pandu pulang model pilihan anda pada harga yang hebat.
Untul maklumat lanjut mengenai Promosi Raya Volkswagen 2016, kunjungi bilik pameran Volkswagen berhampiran atau layari laman web www.volkswagen.com.my
Ya Allah.. bestnya..
ReplyDeleteBila la Volkswagen ni... meh la bagi try seminggu nak raya ni
Pergghhh.. cantik design Vento nie..
ReplyDeleteTak faham term-term yang sis guna. Maybe sebab saya tak pandai drive kot. Ihik-ihik. Diari Mommy Muhaimin
ReplyDelete