Hi Korang,
Ada sedikit info mengenai Jenama Per’l dan Per’l Xlim
Sejak ditubuhkan pada tahun 1999, Power Root telah menjadi pengeluar dan pengedar terkemuka minuman berkualiti tinggi yang diperkayakan dengan “Tongkat Ali” dan “Kacip Fatimah”. Power Root telah menawarkan pelbagai jenis produk, termasuk Siri Alicafé, Siri Per’l, Alitea, Extra Power Root, Oligo dan 9spot yang sesuai untuk semua golongan peringkat umur. Power Root juga telah melancarkan rangkaian pelangsingan badan di bawah jenama Per’l Xlim semenjak bulan Mei 2014 dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna.
Jenama Per’l dan Per’l Xlim
‘Per’l’ and ‘Per’l Xlim’ adalah dua jenama berbeza. Minuman Per’l terdapat dalam pelbagai perisa, rangkaian kopi seperti Per’l Café Kacip Fatimah, Per’l Café Kacip Fatimah Lemak Rendah, Per’l Café Kacip Fatimah Lemak Rendah Tanpa Gula Tambahan, minuman coklat seperti Per’l Choco Kacip Fatimah, minuman tin seperti Per’l Café Kacip Fatimah, dan minuman bertenaga tin Per’l Kurma Madu Kacip Fatimah.
Sementara minuman Per’l Xlim adalah rangkaian minuman yang khusus untuk menurunkan berat badan, untuk mereka yang selepas bersalin dan yang mahu mengawal diet.
Per’l Xlim amat memahami dilemma wanita hari ini yang sibuk dengan kerjaya dan menguruskan rumah tangga sekaligus. Kekurangan masa menyukarkan mereka untuk mengamalkan diet yang sihat serta melakukan senaman. Namun, semua orang berhak memiliki badan yang anggun dan sihat. Oleh itu, Per’l Xlim telah diformulasikan khusus untuk membantu wanita menurunkan berat badan sekaligus menjaga kesihatan mereka. Artis terkenal tempatan, Fouziah Gous, sebagai salah seorang pengguna Per’l Xlim telah berkongsi rahsianya untuk terus tampil mempesona seperti sebelum bersalin dulu di sidang media Per’l Xlim pada 12 Mei 2016, bertempat di Greenhouse by Muir.
Per’l Xlim diperkaya dengan Biji Kopi Hijau dan Kacang Ginjal Putih yang membantu penurunan berat badan. Biji Kopi Hijau berfungsi sebagai agen pembakaran lemak yang mampu mengawal penyerapan lemak ke dalam badan, sekaligus mengurangkan pengambilan kalori. Ianya juga mampu meningkatkan metabolisme dan membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak.
Sementara Kacang Ginjal Putih berfungsi sebagai agen penyahtoksin yang kaya dengan serat untuk membantu penghadaman dan mengurangkan masalah sembelit. Ianya juga mampu mengelakkan karbohidrat daripada menjadi gula dalam badan yang lazimnya menjadi lemak! Dan paling istimewa sekali kacang ginjal putih akan membuat anda rasa kenyang dengan lebih lama dan anda tidak akan mengidamkan makanan lain sepanjang tempoh itu.
Tapi keajaiban Per’l Xlim tidak berhenti di situ sahaja. Melalui kajian yang dijalankan, selain dari mengurangkan berat badan, wanita hari ini mahu menjaga kecantikan mereka dalaman dan luaran. Per’l Xlim juga mengandungi Kacip Fatimah yang membantu mengekalkan kesihatan dalaman wanita. Mengikut petua tradisional, Kacip Fatimah dapat membantu melewatkan proses penuaan, membantu mengembalikan kecergasan, membantu menyeimbangkan hormon, dan juga membantu mengukuhkan struktur tulang. Per’l Xlim juga diperkayakan dengan Kolagen untuk membantu mencantik, melembut dan menganjalkan kulit agar tidak kendur atau gelebeh bersesuaian dengan penampilan baru anda.
Kenapa memilih Per’l Xlim?
- Lebih berbaloi dengan harganya yang berpatutan dan tidak semahal produk-produk pelangsingan yang lain
- Tidak ada kesan sampingan
- Bebas merkuri
- Cara yang lebih mudah dan lembut untuk menyahtoksin badan, tidak akan menyebabkan cirit-birit
- Cara pengambilan yang senang
- Rasanya sedap
Per’l Xlim terdapat dalam dua perisa, iaitu perisa kopi dan juga perisa coklat. Golongan wanita boleh menikmati rasa enak minuman kopi dan coklat dan pada masa yang sama boleh mengurangkan berat badan!
Cara untuk minum Per’l Xlim adalah amat mudah, 1 hari, 2 uncang, 30 minit sebelum sarapan dan makan tengah hari, untuk 30 hari berterusan dan anda boleh berhenti diet dan masih boleh memiliki bentuk badan idaman anda dan terus tampil mempesona.
Dalam temubual bersama Fouziah Gous, beliau menyatakan perasaannya apabila melihat tubuhnya selepas bersalin. “Saya memang takut kalau saya tak boleh turunkan berat badan lepas bersalin. Awalnya, saya mahu ke pusat pelangsingan badan, tetapi semasa pantang saya perlukan rehat yang cukup dan saya perlu jaga anak saya di rumah. Mujurlah, suami kenalkan saya kepada Per’l Xlim. Dia memang tahu saya ni kaki kopi dan Per’l Xlim ada perisa kopi! Saya teruja sebab saya tak perlu bersusah ke pusat pelangsingan badan kerana semua yang saya perlukan ada dalam secawan kopi!”
Fouziah turut menyatakan “cara pengambilan Per’l Xlim jauh lebih mudah. Hanya satu uncang yang dibancuh dengan air panas dan diminum dua kali sehari 30 minit sebelum sarapan dan makan tengah hari. Pada saya, ini cara paling lembut untuk turunkan berat badan berlebihan yang semudah 1, 2, 3 berbanding dengan cara lain yang lebih kasar.
Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Power Root, Tengku Shamsulbahri mengegaskan, setakat ini Per’l Xlim menjadi pilihan ramai pengguna kerana ia lebih berkesan, selamat, sedap, mudah dan lebih nilai untuk wang. Anda masih boleh mendapatkan tubuh yang langsing dengan Per’l Xlim.
Anda boleh dapatkan Per’l Xlim di pasaraya, pasaraya besar berdekatan anda atau pembelian secara online di www.perl.com.my. Promosi online ialah dengan setiap pembelian 2 pek Per’l Xlim, pembeli akan mendapat 1 pek Per’l Xlim secara percuma. Penghantaran percuma dikhususkan untuk pembelian 2 pek dan ke atas (untuk Semenanjung Malaysia) dan 4 pek dan ke atas (untuk Sabah dan Sarawak).
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook rasmi Per’l di facebook.com/perlmalaysia atau laman web rasmi Per’l di www.perl.com.my.
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!