Hi Korang,
Yeah citer pasal buffet Ramadhan lagi ek
Kali ni aku nak kongsikan buffet Ramadhan di Dorsett Grand Subang ni tau.
Actually pihak Dorsett Grand Subang menawarkan 2 pilihan tempat berbuka puasa di bawah satu bumbung. Hah amik ko, sekali 2 tempat diaorang buka sempena bulan puasa nanti yang bermula dari 7 Jun hingga 6 Julai 2016.
Ni aku sharekan 2 tempat berbuka puasa yang best ni ek.
Selera Kampung @ Melati
Selera Kampung membawa kembali nostalgia rumah, melalui masakan Malaysia yang asli dan dekorasinya. Pelbagai jenis hidangan buffet yang secara bergilir-gilir daripada pembuka selera hingga ke pencuci mulut yang bakal menggoda korangtau.
Bagi mereka yang sudah pernah berbuka puasa di sini, pasti mereka mengharapkan hidangan sup ‘Gearbox’ akan ada di sepanjang bulan Ramadhan ini. Sup berkhasiat dan lazat ini adalah terkenal kerana pihak hotel menggunakan tulang lembu yang direbus dengan pelbagai rempah ratus yang membuatkan korang jatuh cinta padanya kan.
Selain daripada sup ‘Gear-Box’ yang fames tuh, korang jugak bakal menikmati pembuka seleraa seperti Kerabu Mangga, Ulam-ulaman segar dan Kerabu Jantung Pisang. Bagi hidangan utama pula, terdapat nasi briyani ayam, lemak nenas ikan, mee rebus dan pelbagai lagi.
Untuk menambahkan selera makan korang di waktu berbuka nanti, Geng Wak Long akan menghiburkan para tetamu dengan kehebatan muzik mereka yang terdiri daripada muzik tradisional Kelantan ke muzik pop Malaysia setiap hari di sepanjang bulan Ramadhan ini.
Kalau korang datang berbuka puasa di hujung minggu iaitu dari Jumaat hingga Ahad, korang akan berpeluang untuk memenangi Hadiah-hadiah daripada cabutan bertuah mingguan yang ditaja oleh penaja-penaja yang hebat tau.
Bermula dari 6.00-9.30 malam pada harga RM140.00 seorang dewasa, warga emas dan kanak-kanak (6-12 tahun) akan mendapat 50% diskaun tau.
Untuk tempahan di Selera Kampung @ Melati, hubungi 03-5031 6060
Flavours of Ramadhan @ Terazza Brasserie
Daripada hiasan ala Mediterranean, Terazza Brasserie kini berubah menjadi Syurga bumi Arab. Dihiasi dengan kain-kain labuh berwarna-warni, khemah-khemah tersergam dan lampu yang bersinar, menerangi suasana di Ramadhan Terazza Brasserie.
Chef Shabani Sahan, Sous Chef dan pasukannya telah menyediakan hidangan masakan tempatan dan antarabangsa yang diilhamkan oleh tema Arabian Ramadhan ini. Dari pembuka selera untuk korang, keluarga dan rakan-rakan akan jatuh cinta dengan pilihan menu pencuci mulut yang lazat, secara bergilir-gilir pada setiap hari.
Hidangan buffet yang ditawarkan meliputi hidangan tempatan dan antarabangsa di ilhamkan daripada menu makanan arab iaitu Shawarma, Kambing Panggang bersama Nasi Arab dan juga – Turkish ice cream yang cukup enak.
Shawarma adalah penyediaan daging Timur Tengah yang terkenal, di mana daging yang disusun dan di panggang secara menegak, berputar-putar sehingga masak. Kemudiannya daging ini lapisan demi lapisan dan dibuat menjadi sandwic terdiri daripada sayur-sayuran dan sos istimewa.
meh layan video turkish ice cream ni ek
Flavours of Ramadhan @ Terazza Brasserie bermula dari 6.00-9.30 malam pada harga RM150.00 seorang dewasa, warga emas dan kanak-kanak (6-12 tahun) akan mendapat 50% diskaun tau.
Untuk tempahan di Flavours of Ramadhan @ Terazza Brassiere, hubungi 03-5031 6060 ext 1912.
Tempahan awal adalah digalakkan untuk mengelakkan kekecewaan.
Dari 1 Mei hingga 7 Jun 2016, Dorsett Grand Subang menawarkan baucer 'Early Bird' untuk 25% off, korang boleh membeli di kaunter Ramadhan kami terletak di lobi hotel, di hadapan Piano Lounge.
Atau pun,
Untuk pembaca blog CikLilyPutih.com ni ada berita baik untuk korang tau.
Flavours of Ramadhan @ Terazza Brasserie voucher code
Selera Kampung @ Melati voucher code
Just call dan bagitau voucher code dan korang dapatlah diskaun 25% off, so tak payah nak singgah ke Dorsett untuk beli voucher kan.
Settle dah boleh pi berbuka puasa nanti ek
DORSETT GRAND SUBANG
Jalan SS12/1,
Subang Jaya 47500, Malaysia
Email:
Telephone:
Ok ini baru satu hotel yang aku tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.
Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2016, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat danPROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2016 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.
kecur ailio lah! haha. laparrrrrr
ReplyDelete