Hi Korang,
Ye memang event nie dah masuk 2 minggu lepas tapi la ni aku baru ada masa nak menulis, as usual busy dengan kerja hakiki di company german aku ni kan. Even weekend pun penuh jugak dengan event dan family gathering
So sekaranglah baru ada masa itu pun setelah di tolak, tambah, darab, bahagi ek hehehehe
Tujuan asal aku pi Sepetang bersama blogger atau lebih dikenali dengan SBB2016 ni adalah untuk
1. support team denaihati
2. gathering dengan geng blogger yang lama tak jumpa
3. kenal-kenal dengan blogger baru yang meningkat naik ni
Langsung tak terfikir pasal pengisian ilmu yang ada pada event tuh.
Ok itu tujuan asalnya lah.
Datang pun lambat je sebab naik train, Mr Big anto kat LRT Sg Besi je dia malas nak masuk KL. Bila sampai je ermm ramai giler kot manusia sampai aku tak terjumpa geng-geng biasa ktorang ni. Ok register cam biasa, time register tu rasa sekeliling aku semua blogger-blogger baru yang aku langsung tak kenal. Aduiyai segan dah muka ni, cam no so buat bodo je dan sambil tuh whatsapp bebudak ni tanye diorang kat mane. Lepas register tu barulah nampak diroang ni kan, arr lega ooo
belakang tu project manager SBB2016, kiddo dengan eizil
dengan tokeh jus nanas, sedap wei air nanas ko ni
comeykan yang belakang tuh - broframestone, shamiera, izzara, orang kuat 'ephyra' innanie
muka mesti ada
ini table sponsor, ktorang duk temankan atikah dari sohaini cookies. Sedap wei cookiesnya
Ok selfie macam biasa dengan bebudak giler ni.
Cari tempat duduk, ermm depan sekali wei. Meja no. 3, #matilanak memang tak boleh nak lari kemana je ni kan. Lega sket bila nampak blogger Madi semeja sekali, ermm best sket. Once aku duduk je ramai plak menempel kat meja ni, rupanya diorang ni duduk jauh ke belakang so tengah cari spot nak duduk depan lah kan. Ade aku kisah, mak dah ada seat nokss..
Sementara nak tunggu start, aku dengan nannie ktorang shopping dulu tau. Of courselah lepak kat booth EPHYRA lah, sebab diroang bagi discount 50% untuk semua item. So shopping tak henggat walaupun bukan ada duit pun kat tangan time tu ek hahhahha.
Lepas tu layan selfie plak kat booth KOTAK LENSA, ya ampun rasanya boleh roboh photobooth tu tau dengan perangai gegiler memasing ek. Snap gambar 5-6 kali tapi sampai sekarang aku tak jumpe lagi mana gambar2 tu semua.
Dah sessi dan start ok duduk semua kat table memasing.
Dianggarkan lebih kurang 300 orang blogger dan sosial media dapat dikumpulkan tahun ini memang meriah penuh dewan tu. Paling bermakna adalah perkongsian dengan panel2 yang arif dan profesional dalam bidang masing2.
Permulaan majlis mestilah ada ucapan daripada mereka-mereka yang bertungkus lumus menjayakan event yang hebat ni ek.
Pengisian pertama mengenai copywriting, FB ads dan tips blogging daripada otai-otai blogging yang hebat iaitu Hasrul Hassan, Aqif Azizan dan Ali Hanafiah.
Memang bagus rupanya duduk depan ni kan.
Tu baru talk sesi pagi makala untuk sesi petang pula ada 3 lagi panel yang dijemput untuk memberi ilmu pada semua blogger. Semua orang kenal kalau sebut Abang Ensem seorang blogger dan juga agent hartanah popular.
Kemudian ada juga artis yang hadir memberi perkongsian bagaimana beliau berjaya dalam dunia artis dan dunia business. Sapa lagi kalau bukan Tuan Haji Adi Putra yang ramai sangat fan nya. Last sekali kami dapat berkongsi pengalaman dengan jutawanAsia Herbal Biotech iaitu saudara Ismail Che Ani. Beliau kongsi bagaimana kita tiada produk dan tiada business tapi boleh jadi jutawan dengan produk orang lain.
upin dan ipin pun ada jugak tau..
sempat gak selfie dengan upin ek
Nampak upin dan ipin pun hiburkan kami semua tau
Tahniah kepada Penaberkala kerana menang hadiah utama peraduan Istagram bersama dengan penaja Amna Home. Tahniah juga kepada blogger Mahamahu kerana rezeki yang paling hebat iaitu mendapatkan tajaan umrah daripada Simply Umrah. Memang masin mulut akak ko ni kan madi, ek. Syukur tau.
Aku tak delah menang hadiah besar-besar pun, alhamdulilah menang lucky draw kopi cordyceps dan juga menang Instagram contest anjuran Zeeta Magis Aura. Wei syukur wei sebab semua yang aku menang ni memang aku guna pun. Kopi tu haruslah I like kan
dengan uncle gedek, dah tengok video dia.. kelakar wei
dengan deqnoor, dah abis event baru jumpe
tetamu akhir sekali, redmummy. lambat nau sampai k red ek
Tahniah kepada semua blogger yang melapangkan diri untuk hadir sampai aku tak tertegur pun tau, bukan apa aku ni penyegan orangnya hauhauhauahuaua petipu sangat ek hehehe. Hopefully kalau terjumpa kat luar tuh bolehlah tegur-tegur ek
So back tuh Tujuan asal aku pi Sepetang bersama blogger yang kat atas tu tadi
1. support team denaihati - yesza event yang penuh dengan ilmu
2. gathering dengan geng blogger yang lama tak jumpa – haruslah memekak tak henggat
3. kenal-kenal dengan blogger baru yang meningkat naik ni – dapat kenal sket je, hopefully dapat kenal ramai lagi kan
Apa pun harap ada lagi Sepetang Bersama Blogger untuk tahun depan.
Insyallah….
Senarai penaja MDeC SBB 2016
Amna Home | Richworks
Academy | Jopana.my | Oceanlife Marketing (Ephyra) |Zeeta Magis Aura Mawar | Simply Umrah | Aleeya’s Kitchen | Les Copaque Production (Upin & Ipin)
Asia Herbal
Biotech Sdn Bhd | Yeos
Malaysia | eQurban | Jemaah
Bisnis Denaihati | Hadid Travel
& Tours (Adi Putra) | Firdaus Azizi Training & Consultancy | AE Consultancy Services | PenMerah Network | Sohaini Cookies |Jus Bob Nanas | CVS Production | Kotak Lensa | Jam Tawaf Denaihati
Kita berselisih beberapa kali, tapi kakcik segan nak menegur sebab kakcik bukan blogger yang dikenali sangat... :)
ReplyDeletekak lily otai blogger kot.. heheheh.. kita org jer blogger baru2..
ReplyDeletesaya pernah jumpa awak masa event Astro a few years back kat Mid Valley. Masa tu sy under churp churp.Then dapat tau yg awak ni agak well known among blogger.bangga jap dpt tengok depan2 walaupun xsempat tegur.since that time la follow blog awak:)
ReplyDelete