Sunday, April 17, 2016

MUNCHY’S Menyambut 25 tahun yang Penuh Kegembiraan

Hi Korang,


Ini nak kongsi sket pasal berita biskut MUNCHY's ek

MUNCHY’S melancarkan Kempen Ulang Tahun Ke-25nya hari ini di Zebra Square, Kuala Lumpur dan pada masa yang sama memperkenalkan empat Funbot unik.


MUNCHY’S telah bersedia untuk memberi keceriaan sempena sambutan Ulang Tahun ke-25. Sebagai tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong MUNCHY’S sejak dulu lagi, lebih daripada 2.5 juta bungkusan Ulang Tahun Ke-25 MUNCHY’S telah disediakan untuk memulakan keseronokan itu. Pengguna pasti berasa gembira apabila mereka mendapati dua sachet tambahan di dalam setiap pek MUNCHY’S, LEXUS dan OAT KRUNCH. Dalam setiap paket MUZIC, pengguna bakal seronok bergembira dengan kandungan tambahan sebanyak 25 peratus.

Pelbagai aktiviti telah disediakan untuk menyambut ulangtahun yang penuh kegembiraan dan ‘yummylicious’ ini. Dengan tema kempen - “Berkongsi Kegembiraan”, MUNCHY’S telah bersedia untuk berkongsi kegembiraan dengan pengguna setia dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.



Empat Funbot unik yang menyimbulkan empat proses penyiapan biskut dilahirkan hasil inspirasi daripada kilang MUNCHY’S. DJ Mixer dengan pencampur adunan mengadun ramuan ‘ajaib’ MUNCHY’S, dan seterusnya menghantar adunan yang berbau harum tersebut kepada funbot Chop Chop untuk diterap ke dalam acuan berbentuk ceria.

Michael Oven kemudiannya mengambil alih untuk membakar adunan berbentuk ceria itu kepada biskut MUNCHY’S yang enak dan menyeronokkan. Biskut-biskut itu tidak akan lengkap tanpa funbot Beat Box yang membungkus biskut-biskut tersebut ke dalam kotak dan bungkusan berwarna-warni. Keempat-empat Funbots tersebut telah mencipta pengalaman ajaib yang meningkatkan semangat kegembiraan MUNCHY’S. Inilah Semangat Perpaduan MUNCHY’S. Funbots hanya mempunyai satu misi – berkongsi kegembiraan dan kecerianan bersama rakyat Malaysia di merata tempat!


Ketika majlis pelancaran Kempen Ulang Tahun Ke-25 MUNCHY’S, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik C.K. Tan berkata:

“Adik-beradik MUNCHY’S memulakan syarikat ini sejak 25 tahun lalu. Perpaduan telah membawa kami ke saat ini. Kami memulakan pengusahaan ini hanya dengan sebuah mesin ‘wafer stick’ terpakai. Hari ini, kami mempunyai tiga kilang pemakanan di Batu Pahat, Malaysia, China dan Indonesia dengan eksport ke pasaran sedunia.

Di MUNCHY’S, setiap kakitangan bagaikan ahli keluarga kami. Bersama-sama kami mencipta biskut dan snek yang enak dan menyeronokkan. Kejayaan kami hari ini adalah milik keluarga besar dan gembira kami ini. Keseronokan merupakan unsur utama MUNCHY’S dapat berkekal selama 25 tahun! MUNCHY’S mengambil inisiatif dan sentiasa mencari peluang untuk menukar inovasi kepada kejayaan. Kami telah mencipta keseronokan dan keceriaan, sudah tiba masanya untuk kami berkongsi keseronokan dan keceriaan tersebut dengan pelanggan-pelanggan setia kami.”

Lebih daripada 200 kedai runcit akan menyertai sambutan menyeronokkan ini dengan mengadakan aktiviti yang sesuai untuk semua pengguna tanpa mengira golongan umur. Pengguna adalah dijemput untuk menyertai keseronokan yang dianjurkan oleh MUNCHY’S, termasuk peluang untuk membakar biskut yang ceria, enak dan unik. Mereka juga turut berpeluang bertemu dengan Funbots!


Selain daripada itu, para pelanggan juga boleh berkongsi keseronokkan dengan menyebarkan saat kegembiraan mereka kepada ahli keluarga dan kawan-kawan dengan memberitahu MUNCHY’S sebab dan dengan siapa mereka hendak berkongsi keseronnokkan tersebut. Sekiranya dipilih, MUNCHY’S akan menghantar Funbots hebat untuk bertemu pemenang serta menghadiahkannya RM500 dan bekalan biskut MUNCHY’S selama satu tahun. Para pengguna boleh melayari laman web http://www.munchys.com/munchys25th untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai peraduan tersebut.

Kempen Ulang Tahun Ke-25 MUNCHY’S tidak berakhir begitu sahaja. Pada bulan Mei 2016, MUNCHY’S akan menyebarkan keceriaan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di rumah anak yatim. MUNCHY’S mengambil berat soal kebajikan kanak-kanak. Dengan membawa biskut dan Funbots kepada mereka, MUNCHY’S berharap dapat memberikan saat keajaiban dan harapan kepada kanak-kanak ini. Selain menikmati kegembiraan dan keenakan biskut, kanak-kanak tersebut turut mengalami kegembiraan apabila bermain dengan Funbots MUNCHY’S. Melalui latihan ini, ianya bukan hanya dapat berkongsi kegembiraan tetapi pada masa sama turut berkongsi kasih sayang dengan kanak-kanak kurang bernasib baik ini.


1 comment:

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!