Hi Korang,
Cuba kira lagi berapa bulan nak raya?
Ermm tak silap aku dalam 2 bulan je lagi kan hehehhe puasa dah ganti ke belum? Mestilah dah kan, giler kalau tak ganti lagi ek. Aku rasa ramai la ni duk simpan duit sambil usha usha barang apa yang patut di ganti time hari raya nanti ek.
Jangan kata korang, aku pun sama gak wei, walaupun nampak aku ni cam tak kisah pun pasal hal rumah tapi sebenarnya aku ni very particular ye.
Hari tu sempat aku ke media preview untuk Koleksi raya dari AVON HOME ni di PNB Darby Park, Kuala Lumpur. Cantik sungguh tempat ni tau, rasa cam tak nak balik je.
Meh aku share sket intipati media preview tersebut
Bak tenangnya panorama matahari terbenam di persisiran pantai yang biru keperangan, begitu jualah damai segenap ruang kediaman dihiasi barangan hiasan dalaman eksklusif, Koleksi Royal Ryanna. Koleksi terbaru dari Avon Home ini mengetengahkan gabungan harmoni ciri estetika alam dengan elemen rekaan moden; sesuai untuk cetusan suasana mewah dan nyaman ketika Lebaran nanti.
lkonik dan segar, ruang kediaman di transformasi ala syurga tropika dengan konsep santai kontemporari yang sedap mota memandang. Koleksi Royal Ryanna lengkap sempurna dengan barangan linen rumah dan kamar tidur, rangkaian pinggan mangkuk dan hidangan serta hiasan rumah. Tema warna koleksi ini mudah diserasikan dengan kebanyakkan warna perabot asal kediaman.
lstimewanya koleksi ini terletak pada ketelitian jahitan dan sentuhan kemasan kilau emas pada fabrik linen rumah serta kombinasi warna gelap-sejuk yang meredupkan ambiens kediaman.
Buat julung kalinya juga, Avon Home membawakan koleksi set pinggan mangkuk kaca lengkap dan barangan hidangan lain seperti set jag dan gelas yang bersentuhan unik adunan duo warna, mencipta efek 'ombre' yang cukup anggun. Koleksi tahun ini dilengkapkan dengan 1 set gebar dan cadar bersaiz 'King', 2 set cadar dan gebar bersaiz kelamin serta pasu bunga hiasan dalam tona senada.
Seleksi barangan Koleksi Royal Ryanna boleh didapati di pasaran bermula 1 Mei 2016 melalui Risalah Kemuncak Kempen 9, 2016. Jangan ketinggalan untuk mendapatkannya dengan menemui Wakil AVON atau mengunjungi mana-mana Butik Kecantikan AVON di seluruh negara.
Barangan linen dan perhiasan rumah
|
Rangkaian
pinggan mangkuk
dan hidangan
|
Barangan
linen kamar tidur
|
1) Sliding Door Curtain
2) Single Door Curtain
3) 2-Panel Window
Curtain
4) 3-Panel Window
Curtain
5) Rectangular Table
Cloth
6) Table Runner
7) Cushion Cover
Set of 2
8) Kitchen Cafe Window
Curtain
9) Fridge Cover
1 0) Decorative Vase
|
1) Jug & Glass Set
2) 20pcs Dinner
Set
3) 3-tier Server
4) Serving Tray
5) Multipurpose Server
6) Cookie Canister 3pcs
Set
7) Serviette 20pcs Set
8) Cutlery Set
9) Tiffin Carrier
|
1) Royal Ryanna Queen
Bedsheet Set
2) Royal Ryanna Queen
Comforter
3) Royal Ryanna King
Bedsheet Set
4) Royal Ryanna King
Comforter
5) Princess Ryanna
Bedsheet Set
|
Untuk maklumat lanjut, silo hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22- AVON (2866) atau layari http://www.my.avon.com
Ermm yang mana satu pilihan hati ek?
Kalau aku lah rasanya nak beli kesemuanya sekali, especially langsir tuh sebab cantik sangat wei
Ermm yang mana satu pilihan hati ek?
Kalau aku lah rasanya nak beli kesemuanya sekali, especially langsir tuh sebab cantik sangat wei
Avon merupakan syarikat yang, selama 130 telah berdiri teguh memperjuang kecantikan, inovasi, optimisme dan paling ulungnya, demi wanita. Barangan Avon merangkumi pelbagai rangkaian dan jenama terkemuka seperti ANEW, Avon Color, Skin-So-Soft, Advance Techniques, Naturals dan Avon Intimates. Dijual melalui hampir 6 juta Wakil Avon bebas yang aktif, barangan Avon terus mejelitakan pengguna di lebih 70 negara serata dunia. Ketahui lebih lanjut tentang Avon dan barangannya di www.my.avon.com
zaza tengok terasa macam raya dah.. :D
ReplyDeleteyang princess ryanna bedsheet set tu lawaaa..berkenan di hati
tertarik pulak dengan set pinggan mangkuk tu kak..
ReplyDeleteavon kalau keluaran raya mesti cantik2...tapi mahal sikit la...tapi serius design langsir dan bedsheet kali ni sangat cantik dan nampak ekslusif...macam nak grab yang langsir tu la...
ReplyDeleteni kalau mak nampak pinggan mangkuk tu confirm kena heret teman dia p beli
ReplyDeletewahh avon dah ada jual curtain.. tak menahu pun.. punya lah lama tak pergi butik avon ni.. kat mana ntah butik avon area kajang bangi ni..
ReplyDelete