Hi Korang,
Wangian, parfume memang jadi kewajipan kena sembur sebelum keluar rumah kan? Kalau tak rasa cam tak lengkap je lah, mulah rasa confident tu hilang on the spot.
Kalau keluar date tak pakai parfume? alamak pengsan jap hehehhe..
Yelah kang keluar plak bau-bau yang tak menyenangkan dan BF ko rasa tak selera ek hehehe
Di antara deria manusia, deria bau adalah yang pertama untuk memberikan tindak balas terhadap persekitaran dan merupakan yang paling kuat serta sensitif. Menurut mirror.co.uk, manusia boleh mengingati dan mengenalpasti kembali sesuatu bau dengan 65% ketepatan walaupun selepas setahun manakala tahap memori visual mereka pula hanya sekitar 50% ketepatan selepas 3 bulan sahaja. Dalam kehidupan seharian yang sibuk dengan pelbagai cabaran dan serba digital ini, wangian dapat membantu seseorang individu menonjolkan diri dan mendapatkan perhatian.
Jojo Struys selaku pengerusi majlis, sesuai benau dengan perwatakan beliau kan jadi MC untuk event nie
Baru-baru aku sempat ke media launch untuk wangian Enchanteur ni di Bangsar Village. Seronok jugak wei dapat kenal produk wangian hebat ni kan.
Diinspirasikan daripada keindahan Kota Cinta Paris, wangian ENCHANTEUR Paris dicipta khas buat setiap wanita muda, romantis dan elegan. Dihasilkan daripada seleksi wangian inspirasi Perancis yang terbaik, ENCHANTEUR Paris akan memberikan transformasi kepada hari biasa agar dipenuhi detik istimewa yang tiada penghujungnya. Wangian ini adalah kombinasi sempurna pesona romantis flora dan buah-buahan manis yang membangkitkan semangat, mencetus keyakinan diri serta merealisasikan mimpi seseorang wanita.
Sejak wangian mula ditemui, ianya digunakan setiap hari dan bukan hanya pada situasi istimewa sahaja. Wangian juga sebahagian daripada elemen penting di dalam rejim harian kecantikan diri kita. Ia bukan sahaja melengkapkan pakaian yang digayakan atau solekan yang dikenakan malah turut memberi ruang untuk mengekspresi personaliti diri si pemakai. Wangian melengkapkan penampilan setiap wanita dengan sentuhan elegan dan menambahkan aura keyakinan diri mereka.
Ms Pan Choi Yen – General Manager of Marketing Wipro
Unza (M) Sdn Bhd
ENCHANTEUR Paris Eau De Toilette kini hadir dengan wajah baharu yang menarik dilangkapi dengan kombinasi haruman tersendiri yang pasti memikat. Botol kaca yang anggun terkenal dengan penutup signatur berbentuk reben ini kini dipamerkan di dalam sebuah kotak yang cantik dan menampilkan illustrasi gadis berbeza bagi melambangkan haruman memikat Mon Amie, Belle Amour, Adore dan Magique. Berlatarbelakangkan keindahan panorama kota Paris dengan Menara Eiffel yang ikonik, sekaligus menghidupkan gaya hidup dan pesona wanita bergaya.
VIPs with the launched ENCHANTEUR PARIS EDT
(Left - Right)
Ms. Kazlina Kassim, Senior Product Executive – ENCHANTEUR
Ms. Ooi Boay Khim, Product Group Manager – ENCHANTEUR
Ms. Tiffany Tang, Regional Brand Custodian – ENCHANTEUR
Mr. Loke Kar Yew, Sales Director of Wipro Unza (M) Sdn Bhd
Ms. Pan Choi Yen, General Manager of Marketing
Wipro Unza (M) Sdn Bhd
Ms. Chen Eng Tean, Senior Product Manager – ENCHANTEUR
Sejak setahun yang lalu, ENCHANTEUR telah bekerja rapat bersama pakar wangian dari Perancis untuk menghasilkan wangian Edisi Terhad daripada ENCHANTEUR Paris – Magique yang direka berdasarkan trend wangian antarabangsa dengan kombinasi haruman flora, buah-buahan dan Gourmand bagi merangsangkan deria para wanita moden dan pasangan mereka. Wangian edisi terhad ini amat sesuai dijadikan sebagai koleksi atau sebagai bingkisan istimewa buat insan tercinta. Ia boleh didapati dipasaran sementara stok masih ada.
Wangian yang memberikan sentuhan sofistikated Perancis ini, boleh didapati dalam:
· ENCHANTEUR PARIS Magique Eau De Toilette (Edisi Terhad)
Nikmati pengalaman romantis kisah fantasi yang hanya dapat dicipta oleh ENCHANTEUR Paris Magique! Tidak kira untuk pergi bersiar-siar, temujanji di taman tema mahupun mencuba sesuatu yang baru dan menyeronokkan bersama-sama, wangian dengan campuran epal, magnolia dan praline yang istimewa ini dapat memikat si dia untuk sentiasa terpesona dengan personaliti anda. Wangian ini amat sesuai untuk si gadis dalam cinta yang mekar.
· ENCHANTEUR PARIS Mon Amie Eau De Toilette
Mon Amie diinspirasikan daripada keakraban persahabatan wanita yang berkongsi isi hati dan detik istimewa bersama. Wangian ini dicipta dengan kombinasi Oren Lemon sitrus segar bersama Bergamot, epal merah, jambangan peony merah jambu, kuntuman segar bunga ros dan magnolia putih. Kombinasi haruman seleksi nota buah buahan ini pasti mengukir senyuman manis seranum rasanya dan menceriakan hari anda. Haruman ringan ini amat sesuai untuk aktiviti kasual bersama sahabat anda.
· ENCHANTEUR PARIS Belle Amour Eau De Toilette
Menambah keindahan hubungan asmara yang membuat hati anda berdebar dan perasaan gementar. Haruman yang dicipta dengan penuh kelembutan daripada bauan epal tembikai, dilapisi bersama blackcurrant segar sebagai nota atas, disemarakkan dengan kelopak-kelopak mekar bunga ros Paris merah jambu yang menawan deria anda. Wangian ini mewakili kemekaran cinta dan asmara. Haruman menawan yang dipakai istimewa untuk cinta hati anda.
· ENCHANTEUR PARIS Adore Eau De Toilette
Adore adalah wangian unik dengan seleksi nota haruman tersendiri yang pasti menyerlahkan aura penuh keyakinan umpama seorang selebiriti. Serlahkan pesona dengan seleksi nota jambangan segar bunga melati liar, semalu merah jambu serta kemewahan nota buah laici, mempelam, buah delima dan pir emas. Haruman yang menawan ini akan memberikan daya tarikan dan keyakinan kapada anda untuk memikat hati si dia sama seperti temujanji pertama anda dan pasangan. Haruman sensasi untuk temujanji malam yang romantis.
Wangian ENCHANTEUR PARIS Eau De Toilette dipasarkan pada harga RM28.20 (termasuk 6% GST) untuk botol 50ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi.
Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila layari
atau
laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di
Lama dah tak berperfume.. Sejak 2 menjak ni tak lalu bau wangi2.. Huhu.. Sadis.. T_T
ReplyDeleteSuka yang warna purple! tapi yg Magique tuu pun best jugakkk!!!!
ReplyDeleteSA suka belikan anak dara SA yang kaler pink tu..best bau dia..kalau lupa bawak balik minyak wangi sembur tu je..hehehe
ReplyDelete