Hi Korang,
Ahad harituh, lepas korang abis ride ke Lemang Toki terus je berdesup ke Sunway Putra Hotel coz ada Afternoon Hi Tea tengahari tuh.
Ermm makan lagi, memang tak abis citer makan kat blog aku ni kan
Sementara nak tunggu tetamu VIP lain sampai, ktorang dihidangkan dengan hidangan hitea yang marbelessss sebab apa banyak sungguh makanan sampai tak tau nak pilih yang mana untuk makan ni ek. Sedap – sedap belaka wei.
Di antaranya
Hah betul kan apa aku cakap! Memang rambang mata
Sambil makan sambil borak-borak sambil memacam lagi lah. Sampai tak larat nak bangun kan, dek makan banyak benau.
Tengok dessert ni plak
Sangat mengundang perasaan untuk makan-makan dan terus makan sebanyak mungkin hahahaha.
Nampak ni,
Memang tak berhenti makan at all, sedap bebenau ek hehehehe
Kebetulan pulak hari Ahad tu merupakan Easter Day so pihak Sunway Putra Hotel turut mengadakan aktiviti untuk kanak-kanak iaitu Easter Egg Hunt. Aku pun first time tau pasal aktiviti ni. Rupanya aktiviti mencari telur easter. Telur tu di warnakan dan di sembunyikan so anak-anak ni nanti pi carilah.
Pihak Sunway Putra Hotel pun turut menjemput anak-anak dari Yayasan ChowKit ni untuk menyertai Easter Egg Hunt ni, yelah bagilah mereka bergembira jugak kan.
Ok ok anak-anak di bahagikan kepada 2 kategori iaitu anak-anak berumur 6 tahun kebawah dan 7 tahun ke atas.
Ok majlis penyampaian hadiah
tempat ke lima
tempat keempat
tempat ketiga
tempat kedua
tempat pertama
Seronok anak-anak ni ek, yelah hasil usaha penat lelah mereka kan mencari telur tuh.
Selesai jer acara pemberian hadiah kepada pemenang yang bertuah dalam acara Easter Eggs Hunt tadi, tibalah masa untuk pemberian hadiah dan saguhati kepada anak anak Yayasan Chowkit tadi..Ada yang dapat chocolates dan ada juga yang dapat Cookies..Memang terpancar kegembiraan anak anak ni masa Puan Seri Serena Cheah sampaikan hadiah buat mereka..Puan Seri ni sangat lovely dan friendly..
Aku yang tak main kutip telur ni pun dapat chocolates jugak as door gift.
Balik rumah sambung makan coklat lagi ek
Ok ok yang sibuk nak tau kat mana Sunway Putra Hotel ni, ni hah alamatnya:
Sunway Putra Hotel
100, Jalan Putra,
50350 Kuala Lumpur
[Berdepan PWTC]
No. Telefon: 03-4040 9888
Website: www.putra.sunwayhotels.com
Facebook: www.facebook.com/sunwayputrahotelkl
Instagram: www.instagram.com/sunwayputrahotel
Harga Hi-Tea: RM80 nett per pax
Memang setiap weekend ada hi tea, so dont worry ek. Just buat booking then boleh terus datang makan. Itu ajeee..
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!