Hi Korang,
Lanjutan daripada entry Syukur, Masih Ada Yang Sayang..
Rasa macam tak nak citer sebenarnya sebab menyakitkan hati je tapi citer gak lah ek.
Dah seminggu menda ni terjadi
Jumaat lepas, pagi waktu tuh. Aku memang kena keluar sebab ada errands untuk office. Biasalah aku akan keluar dalam kul 10pagi cam tu sebab jalan dah tak jem dan office pun dah bukak kan. So keluarlah, jalan lebuhraya Sg Besi kat ke KL.
Memang tak jem pun but slow moving. Aku pulak duk lane kanan sekali bawak lebih kurang 70ksjm gituh, sebab kereta Audi hitam depan aku tuh asyik manjang brek bagai kan. Sedang elok bergerak slow tuh tup-tup ada menda duk hentam aku dari belakang. Rasa macam nak tercabut dah nyawa ni, bukan sekali tapi 2 kali kena hentam sampai kereta terseret ke depan.
Aku macam lost control dan stereng hampir terlepas daripada tangan, cepat-cepat aku tarik stereng ke kanan jalan daripada masuk lane tengah dan terus langgar divider sebelah kanan dan its stop.
Ya allah, aku jadi blur dengan kaki tak boleh gerak tetiba plak.
Nasib baik ada orang datang bukakkan pintu dah cuba keluarkan aku. Syukur tak de apa-apa pun yang berdarah. Cepat-cepat cari phone untuk call Mr Big, ermm phone terpelanting ke belakang. Rasa nak nangis gak nak capai phone sebab tak leh nak gerak coz banyak kaca bertabur.
nampak? kuat ke tak dia hentam
ini aku langgar divider sebab lost control kan
radio, panel air cond, semua tercabut keluar
pintu belakang tak leh bukak, tayar tak leh gerak dah
Lepas call Mr Big baru aku keluar kereta, ingatkan langgar bumper biasa je rupanya bonet belakang termasuk ke dalam, dan yang langgar tu STJOHN Ambulance wokeh. Ambulance tau. Seriously aku tak nampak dia pasang siren or pasang lampu pun kan.
First thing soalan yang driver ambulance tu cakap kat aku
Why you emergency brake, if there’s no car infront?
Bodoh ke tak soalan dia tuh.
Aku jawab sebab ada kereta depan brake so saya pun brake la takkan saya nak langgar bontot dia plak.
Agaknya dia bengang kot, terus dia cakap I can’t control so that why I have to hit you.
Apa ko rasa?
Sakitkan hati. Dengan tak mintak maafnya terus blah pi tengok van dia.
Nasib baik ada budak datang tolong check bagitau aku apa yang patut aku buat. Actually aku tahu apa je nak buat tapi di sebabkan panic, blur dan lepas kena marah cam tu aku terus terdiam.
Aku cuma cakap, cam ni lah apa-apa mesti kena tunggu my husband sampai coz kereta ni kereta dia so saya tak boleh buat apa-apa pun keputusan.
Dalam 20 minit cam tu Mr Big sampai. Sementara nak tunggu dia sampai tuh, berjemur aku tengah divider highway tuh. Nak lintas tak boleh coz kereta belum boleh tarik lagi kan, nak menjawab soalan orang-orang ni plak.
Lepas Mr Big sampai je, aku terus surrender coz kepala dah start dizzy-dizzy sket.
Mr Big suruh duduk bawah flyover tu untuk rileks jap. Ntah apa yang diorang citer pun aku tak tau then dalam 30 minit pun tow truck pun datang untuk tarik kereta, both kereta ye. Ambulance tu mesti kena ikut ktorang buat report, balai yang sama.
Sampai balai dalam kul 1pm camtuh.
Isi borang then amik nombor, nasib baik kaunter tak tutup for solat jumaat kan. Jawabnya Mr Big kenalah ponteng solat sebab nak settle hal ni.
Duduklah bertapa tunggu no untuk di panggil. Rasa boleh tidur baring bagai lah ek. Nanti aku cerita pengalaman untuk proses lapuran kemalangan di balai polis ni ek.
So meh aku summary sket, timeline untuk kejadian accident ni :
10.30am – Kena langgar dengan ambulance
11.00am – Mr Big sampai untuk settle pasal tow truck, ambik gambar, discuss nak pi balai traffic mana
12.00noon – Tow truck sampai, 2 bijik sekali sebab nak sekali jalan kan.
1.00pm – Sampai balai polis traffic Jalan Bandar.
1.10pm – Isi borang, amik nombor giliran. Masa tuh aku kena tunggu dalam 25 orang camtuh. Ramai plak orang accident hari tuh ek.
2.15pm – No di panggil. Amik statement bagai
3.00pm – Naik unit siasatan untuk amik keterangan lagi. Discuss dengar sarjan
3.45pm – Tow truck masuk tempat jurugambar untuk ambil gambar kereta.
4.00pm – Baru habis, amik barang penting dalam kereta dan tow truck jalan terus ke bengkel. Aku tunggu lagi kat balai sebab Mr Big pi beli helmet motor untuk ktorang balik umah.
4.40pm – Baru bergerak balik Bangi naik motor.
6.00pm – Baru sampai rumah, lepas berhenti makan tengahari kat RnR Serdang kan.
Nampak tak?
Betapa masa dibuang begitu saja. Di sebabkan kesalahan orang lain, aku jadi mangsa. Kena langgar tak sampai seminit pun tapi proses lepas accident mak oi boleh sampai satu hari.
So tolonglah beringat sebelum buat sesuatu tindakan semasa memandu tu kan.
Kalau betul-betul nak cepat ada emergency teruk, tekan hon kuat-kuat dan banyak kali. At least kita yang memandu ni boleh alert dan bagi jalan walaupun mulut membebel bising-bising kan. Kita paham orang nak cepat, bini nak bersalin ke, nenek nak kawin ke, anak jatuh kat sekolah ke, paip pecah kat umah kan.
Apa yang boleh aku buat sekarang ni, bersabar jelah dengan dugaan ni, hadapi dengan tenang tanpa banyak soal. Maybe ada menda baik yang datang suatu hari nanti ek.
Anyway,
Syukur aku selamat!
huiii..teruk jugak tu ciklily..nasib baik cik lily tak terukk..tapi sayang..kereta tu teruk sangat
ReplyDeleteya allah...nasib baik awak xde apa2 cik lily...kesiannya kereta tu..dah tu kos baik pulih sapa tanggung
ReplyDeleteLily kasut cantik dan tahan beli di mana. Promosi lah kat akak. Betul lah kalau accident kat Kl ni huh memang makan 1 hari. akak dulu pun pernah kena... lepas tu fobia nak bawa kereta. Tapi sebab terpaksa kena minta air penawar baru boleh bawa kereta. Night mare sungguh pengalaman accident. Tapi yang penting diri kita selamat.
ReplyDeleteDalam kita berhati2 ..ada gak yg langgar kita...
ReplyDeleteNampak serius sangat belakang tu.
ReplyDeleteSyukur Kak Lily takde apa-apa.
Boleh plak dia jawab camtu kan?
Mengong nyer driver.
Fuh..dugaan betul..
ReplyDeleteAlhamdulillah sis selamat.
ReplyDeleteya allah
ReplyDeletenasib x de apa2..
mana nak dpt kasut bunga2 tu,cantik la hihi
kesian kak lily..
ReplyDeleteteruk si merah di hentam tanpa kesian.
macam 'hape' je lah driver ambulans tu!!