Hi Korang,
Bestnya lunch di hotel kan.
Elek sekali sekal je pun bukan setiap hari dapat makan buffet lunch di Petaling Jaya ni, aku tau korang memang manjang jeles dengan aku kan huahauhauahau…
Semalam dapat jemputan makan Nasi Padang Istimewa di Kembali Kitchen Best Western Hotel Petaling Jaya.
Ok ramai yang tak familiar lagi dengan hotel ni kan, meh aku citer sket ek
BEST WESTERN Hotel Petaling Jaya Malaysia terletak di lokasi strategik di tengah-tengah pusat Petaling Jaya (Seksyen 13) yang menempatkan perniagaan baru. Hotel ini menyediakan 344 bilik tetamu serta suite yang dihias indah. Bertemakan konsep CENTRESTAGE yang menawarkan pelbagai kemudahan perniagaan, riadah dan gaya hidup di bawah satu bumbung. Mengambil masa dalam 50 minit untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dan 30 minit untuk ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, manakala 10 minit untuk ke Mid Valley Megamall Kuala Lumpur. Hotel ini merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang mempunyai urusan perniagaan dan percutian di Kuala Lumpur.
Uniknya lobbynya di tingkat 6 bukan macam hotel biasa yang lobby reception di tingkat bawah kan.
Meh kita tengok apa yang dihidangkan sempena promosi Nasi Padang Istimewa ni ek
Ayam goreng rempah istimewa
Gulai nenas ikan masin
Gulai daging
Pecel lele...(ikan keli masak berlado)
Rendang daging
Gulai lemak urat
Udang sambal petai
Daging bakar air asam
Ada jugak menu sampingan
Pemanis mulut jangan di lupakan jugak ek
Untuk buffet ‘Nasi Padang Istimewa’ ni, ianya bermula dari Disember 2015 – 30hb Januari 2016.
Harga buffet lunch di Kembali Kitchen ni adalah
Dewasa : RM30 (nett)
Kanak-kanak : RM15 (nett)
Dari pukul 12 tengahari - 2.30 petang (Isnin-Jumaat)
Jom kita ke:
BEST WESTERN PETALING JAYA
No. 1, Jalan 13/1, Section 13,
46100 Petaling Jaya, Selangor
Telephone : + 603 - 7610 2222
Facsimile : + 603 - 7610 2200
Website : www.bestwesternpj.com.my
Anyway,
Selamat Menjamu Selera Korang!
ye ye.. memanjang je kita jeles bila datang blog CLP niii.... sedap2 semua tempat pegi makan..hihih
ReplyDelete