Hi Korang,
Lately ni lambat sket update entry sebab busy benau dengan final project company aku ni. So banyak jugak review terpaksa di tolak atas alasan tak sempat nak pi lah.. huhuhuhuhu.. tak per tak per tahun depan saya akan pi ye…
So kali ini, aku nak kongsikan dengan korang menu hidangan Krismas di Eastin Hotel Petaling Jaya ni. Biasalah dah hujung tahun kan, mau celebrate Christmas yeahhh..
Kali ini di Swez Brasserie cafe di dalam hotel ini dihias ceria dengan dekorasi Krismas dengan pokok dan juga ikon2 yang berkaitan. Begitu juga juadah yang di sediakan bagi memeriahkan lagi suasana dan merasai Krismas walaupun di sini tiada salji. Sekali dengan cuti sekolah pulak tu Krismas jadi boleh lah bawa anak-anak dan keluarga serta sedara mara datang beramai-ramai menikmati hidangan di sini.
Dengan tawaran harga serendah RM138 nett untuk seorang banyak hidangan tradisional yang boleh di nikmati tanpa had. Ianya seperti Lamb Rillettes, Beef Carpaccio to Pot-Roasted Shoulder of Lamb dengan Roasted Butternut Squash dan Sweet Red Onions, Roast Duck Burritos dengan Pineapple Dip, Salmon Tikka dengan Mojito Raita, Baked Frikadellen dengan Portobello-Cheese Crust dan banyak lagi hidangan menarik.
Kemudian di sertakan juga dengan juadah pencuci mulut yang juga melambangkan kemeriahan sambutan Krismas. Kat sini kalaukorang tengok dessertnya memang tertarik dan menarik. Macam biasalah ada Christmas Pudding, Christmas Spiced Loaf, Special Christmas Cookies, Creme Caramel dan banyak lagi.
Juga ada untuk menikmati Christmas Hi-Tea yang berasingan pada hari sambutan Krismas dengan harga RM84 nett seorang di lokasi yang sama. Bagi yang nak menikmati hidangan special masakan Cina di sini ada 6 jenis hidangan kursus yang di sediakan oleh Chef Yong's. Bagi pilihan ini pula harga berbeza iaitu RM168 nett seorang (minimum 2 orang) termasuk minuman.
Juga ada special Japanese cuisine untuk pecinta hidangan sebegini dengan 5 hidangan special sempena Krismas ini. Harga juga lain iaitu RM188 nett untuk seorang. Yang ni ada menu seperti Deep Fried Crab Croquette & Fresh Salad dengan Turkey Ham & Sesame Dressing, Grain Fed Black Angus Rib Eye Teppanyaki, Lamb Rack Truffle Misoyaki dan banyak lagi.
Selamat tinggal kepada 2015 dan selamat datang Tahun Baru di Swez Brasserie dengan sambutan Tahun Baru bufet antarabangsa hanya RM118 nett seorang termasuk minuman. Bersedia untuk dilayan oleh kumpulan muzik tempatan dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik cabutan bertuah.
Merancang malam parti Tahun Baru?
Perlu tempat yang menarik?
Sini juga ada menyediakan lokasi untuk sambutan tahun baru esklusif di Swez Brasserie daripada pelbagai pilihan bufet makan malam hanya RM118 nett untuk seorang termasuk termasuk minuman dengan tempahan minimum 100 tetamu.
Jom kita ke :-
EASTIN HOTEL PETALING JAYA
13, Jalan 16/11, Pusat Dagang Seksyen 16,
46350 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
Tel: +603-7665 1111 / Fax: +603-7665 9999
Laman Web: Eastin Hotel Petaling Jaya
Facebook: facebook.com/eastinhotelpj
Semakan halal di www.halal.gov.my Sijil Halal Eastin Hotel didaftarkan di bawah Syarikat DAMANSARA INDAH SDN BHD (EASTIN HOTEL)
Sedapnya tengok gambar makanan banyak2... dah lama tak berbuffet :-)
ReplyDelete