Wednesday, December 30, 2015

Makan Sedap Di KAMPACHI Japanese Restaurant, JPO KulaiJaya

Hi Korang,

Jauh betul aku bawak korang berjalan makan hari ni ek

hahahahaha pemalas nak update blog sungguhlah ek. Actually ni citer masa trip aku pi JB last 2 week. Ni baru ada masa nak tulis ek.

Ktorang dari Senawang pagi tuh sebab aku ada meeting kat sana, so lepas meeting terus gerak ke JB. Drive chill chill sajor coz tak de apa pun nak dikejarkan coz semua dah book malam sebelumnya. Bila lalu je depan Johor Premium Outlet (JPO) ni Mr Big cakap jomlah singgah, alah sesaje cuti mata dulu kan. 

Pada mulanya tak plan pun nak shopping dulu, ingat nak cuti mata je tup-tup orang tak ramai dan sale melambak-lambak kan so terbeli jugak. 

Ada setakat 4-5 pasang kasut, 2-3 handbag, baju sehelai dan perfume itu jelah hehehehe.


Perut pulak lapo, nak makan kat food court malas plak nak turun kan. So lalu depan KAMPACHI ni, then Mr Big cakap makan sini jelah. Oh japanese food, mak suka wei. Lagipun dan 2-3 kali kat sini masa aku duty travel ke JB bulan September hari tuh. 


Wah apa nak makan ek, belek menu dari depan sampai ke belakang tak nampak apa yang menarik. So panggil akak waiter tu, so dia suggest teppanyaki ermm order jelah aku amik chicken dan Mr Big amik beef. 

Cozy restoran ni, tak ramai orang. 


Relaks lah sambil layan youtube video, aku pun buat kira-kira total damage berapa spend tadi kan huhuhuhu.. tak nak cakap boleh pengsan sekejap..

Ok ok ni hah yang ktorang makan

Soft Shell Crab Sushi

Grilled Chicken Teppanyaki

Sirloin Beef Tepanyaki 

Walaupun set tepanyaki je tapi side dishnye melampau-lampau. Siap salad as appetizer, nasi putih,, miso soup dan buah-buahan as dessert. 

pickles apa ntah

miso soup

sos untuk ayam

salad

nasi putih jepun

Slow and steady je makan kira macam menikmati hidangan tu sesungguhnya lah kan. 

Harga wise of courselah harga japanese food lah, dekat RM200 gaklah tapi puas hati coz kenyang sampai malam. Tapi mesti korang akan cakap mahai benau tempat ni, baik pi makan kat Sushi King kan, ermm bagi aku experience tu yang penting. La sekali sekala je pun.

Ni hah tompek erkk..

Kampachi
Lot 506, Johor Premium Outlets,
Indahpura,
81000 Kulaijaya,
Johor Darul Takzim,
Tel: +60 7 590 9277

Operating Hours: 
Daily 11.00 am - 10.00 pm

Tak silap aku kat Pavillion pun ada jugaklah tapi tak ingat level berapa.

muke sedey sebab duit dah abis kat sini, kemain banyak

Sekali sekala pekena makan jepun sedap gak kan, special cara hidangannya itu yang aku suka tuh nak pi makan kat sini lagi. 

Ok aku share sket bagaimana nak ke JPO ye

Driving by Car:

From Singapore - Woodlands
Singapore → Sultan Iskandar Ciq JB → Jalan Yahya Aldatar → Lebuhraya Tebrau → Lebuhraya Utara Selatan → Exit 253 → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets

From Singapore - Second Link Tuas
Singapore → Tuas → Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapore → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets
(Exit Lima Kedai Toll and drive to the Senai Airport Exit E304. After 600 meters, you will see the Johor Premium Outlet on your left)

From Kuala Lumpur (KL)
Kuala Lumpur → Lebuhraya Utara Selatan → Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapura → Exit 253 → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets
(Exit the interchange to Nusajaya/Pontian/Tanjung Pelepas/Tuas Exit253 or the 2nd link to Singapore. Take exit to Senai Airport/Ulu Tiram Route E304. After 600 meters, you will see the Johor Premium Outlets signboard on your left)

GPS Coordinates for Johor Premium Outlets (JPO): 1º 36’31” N 103º 37’59” E 

3 comments:

  1. orang jb tak pernah ke JPO lagi cik lily...uih..total damage tu..cam banyak je

    ReplyDelete
  2. Sy rasa pernah cuba kat PJ aja dulu.. ok la :D

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!