Hi Korang,
Ermm ada jemputan makan lagi untuk Krismas ek.
Kali ni aku bawak korang ke Grand Blue Wave Hotel di Shah Alam ek.
Kemeriahan malam Tahun Baru dan juga Krismas di Borak-Borak dan juga Restoran Songket di Hotel Grand BlueWave Hotel Shah Alam pasti meninggalkan kenangan yang manis.
Promosi hi tea Krismas bermula pada 25hb Disember 2015 dan bermula jam 12.00 tengahari sehingga 4.30 petang. Di antara yang bakal menjadi hidangan adalah Roasted Turkey served with Cranberry Sauce and Braise mutton slice with Saute potato in Rosemary cranberry dip. Bagi menambahkan lagi rasa keseronokan, pihak hotel menghidangkan Lemon Merique Tart, Panna Cotta, Tiramisu dan banyak lagi
Selain daripada itu, terdapat promosi tahun baru Hi-tea yang bermula pada 12.00 noon hingga 4.30 petang. Pihak hotel menghidangkan hidangan antarabangsa yang terdiri dari Chicken Mackbous, Beef Bulgogi & Mandy rice dan tidak lupa juga hidangan makanan cina.
ni baru first round
Pelbagai variasi hidangan enak-enak yang pasti memberi kepuasan kepada mereka yang menikmati hidangan buffet bersempena dengan perayaan istimewa di Hotel Grand BlueWave Shah Alam.
Ok ni harga untuk Christmas buffet bagi Eve dan Hi-Tea ni ek
Christmas Eve Western Set Dinner 24.12.2015 di Royale Songket Restaurant
bermula 6.30pm-10.30pm
Harga : RM258.00+ (2 orang)
Christmas Hi-Tea (25.12.2015) dan New Year Hi-Tea (1.1.2016) di Royale Songket Restaurant
bermula12.00pm-4.00pm
Harga : RM70.00 (dewasa), RM55.00 (warga emas) dan RM42.00 (kanak2 antara 4-11 tahun)
Japanese Buffet BBQ Dinner 25.12.2015 di Agehan Japanese Restaurant
bermula 6.30pm-10.30pm
Harga : RM99.00 (dewasa) dan RM49.50 (kanak2 antara 4-11 tahun)
ktorang yang happy dapat makan
Untuk tempahan dan info, korang boleh call 03-5511 8811 ext 2612 Royale Songket dan Agehan Japanese Restaurant atau pun boleh layari www.bluewavehotels.com. Lagi banyak info dan gambar yang korang tengok kan.
Jom kita ke
Restoran Royal Songket
Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5511 8811 ext 2612
Sesiapa yang tengah mengidam nak rasa daging ayam belanda tu bolehlah ke sini. Tak de pelik mana pun makanan diorang ni, sedaplah sebenarnya.
Geramnya tengok makanan buffet...macam semua nak... tapi perut macam tak muat je haha...
ReplyDelete