Hi Korang,
Baru-baru ini AVON Cosmetics (M) Sdn Bhd hari ini telah melancarkan kempen 'Kecantikan Demi Satu Tujuan' , satu mesej penjenamaan global yang memfokuskan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan wakil AVON dan wanita seluruh dunia melalui kecantikan dan kebebasan kewangan.
Majlis di adakan di Tanzini Restaurant G-TOWER sangat meriah dengan kehadiran orang-orang besar AVON tau. Aku pun of courselah happy dapat menjadi one of the guest ek.
'Beauty For A Purpose' atau Kecantikan Demi Satu Tujuan menyediakan suatu pelan rangka kerja yang menjurus kepada tiga fokus utama iaitu Menghasilkan barangan kecantikan berkualiti pada nilai terbaik; Peluang Pendapatan AVON; menyediakan platform kepada 6 jutaan wanita seluruh dunia berdikari mempunyai pendapatan sendiri sendiri dan meningkatkan tarat hidup keluarga ; serta jaringan hubungan antara wanita yang diperkasa menyokong serta memperkasa wanita lain.
Usaha penjenamaan baru ini akan dipergiatkan melalui pelbagai saluran kempen komunikasi yang direka untuk menyampaikan mesej keseluruhan mengenai AVON kepada pengguna dan wakil-wakilnya.
Kempen ini juga akan disokong melalui pengiklanan dan dimanfaatkan melalui saluran digital dan media cetak. Kecantikan Demi Satu Tujuan merupakan suatu panduan visi jangka panjang AVON yang berasaskan kepada sejarah AVON mengenai memperkasa wanita. Kebebasan kewangan merupakan pengerak utama dalam pemerkasaan wanita dan AVON telah menyediakan peluang menjana pendapatan kepada wanita lebih daripada 125 tahun.
Selain itu, komitmen AVON kepada wanita adalah melalui usaha-usaha besar yang dilakukan untuk kempen barah payudara (Kiss Goodbye To Breast Cancer) dan keganasan domestik (Fight Against Breast Cancer). Usaha ini adalah untuk membantu wanita menjalani kehidupan yang lebih sihat, dan bebas daripada menjadi mangsa keganasan domestik.
"Pada hari ini , soya ingin berkongsi rasa teruja dan bangga mengenai AVON dan juga usaha memperkuatkan lagi hubungan dengan penguna dan wakil-wakil AVON. Selain itu memperkenalkan kepada generasi baru wanita tentang jenama yang semua orang yakin dan suka", Menurut Aspalin Hj Sirat, Ketua Pemasaran Komersil AVON Cosmetics (M) Sdn Bhd.
Kecantikan Demi Satu Tujuan - suatu penceritaan mengenai AVON secara keseluruhan: menghasilkan barangan yang diingini wanita, peluang menjana pendapatan dan sokongan rangkaian yang boleh mengubah dunia. Melalui kempen ini, Avon meraikan kecemerlangan yang diperolehi oleh 6 juta Wakil Avon - rangkaian terbesar wanita dalam memperkasakan wanita disekeliling mereka melalui kecantikan.
Menuju ke hadapan, AVON baru-baru ini telah melancarkan aplikasi di telefon pintar. Melalui saluran inL wakil-wakil AVON dan pengguna boleh mendapatkan brosur AVON; aplikasi yang membolehkan pengguna membeli dan wakil-wakil AVON menjual barangan. Aplikasi brosur ini direka untuk membantu wakil -wakil AVON mengembangkan serta menguruskan perniagaan selain untuk pengguna membeli barangan AVON kegemaran mereka.
di antara mereka yang berjaya dalam AVON, daripada meniaga kecil-kecilan hingga sekarang dah jadi stokis besar dah pun tau
lntegrasi Sepenuhnya di Peringkat Syarikat
Syarikat telah mensasarkan bahawa kempen Kecantikan Demi Satu Tujuan ini akan diintegrasikan sepenuhnya dalam setiap aspek perniagaan termasuklah pencetakan brosur jualan yang diedarkan kepada pengguna. Syarikat juga telah melancarkan kempen ' Employee value Proposition melalui kempen Kecantikan Demi Satu Tujuan yang bertemakan "Inspiring Work. Empowering Women,". lni bertujuan menerapkan aspek pemerkasaan daripada perspektif dan pengalaman pekerjaan mereka. Melalui kempen ini AVON dapat memperkukuhkan lagi komitmennya untuk menyediakan skop kerja yang memenuhi keinginan dan kepuasan kepada pekerja untuk melakar hala tuju seterusnya.
produk terbaru AVON, fragrance mist.. ishkk tak sabar nak cubalah
ermm gold collection, cantik gak tau... nak cuba nak cuba
Ermm best kan mereka-mereka yang diberada di dalam keluarga AVON ni ek.. Bak kata diorang ni di mana ada kemahuan di situ ada jalan untuk berniaga kan...
Ok ok aku rasa-rasa boleh meniaga tak? hehehehe who knows kan...
Warghhh .....menarik ni....nak try gak...hehhehe
ReplyDeleteingatkan kak nowa yg tudung pink tu.
ReplyDeleteorang lain rupanya .. sowi kaknowa ye