Hi Korang,
Last week aku ada event bersama TOP dan Mydin
TOP, yang diiktiraf sebagai jenama pencuci pakaian No. 1 di Malaysia telah bekerjasama dengan MYDIN bagi melancarkan kempen pengumpulan dana kebajikan yang bertujuan menyediakan keperluan persekolahan kepada 400 kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh negara untuk menyambung pelajaran mereka.
Program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) yang bertemakan ‘A Brighter Future with TOP and MYDIN’ atau ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP dan MYDIN’ dilancarkan di MYDIN Mall USJ oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun di sini pada hari ini.
Kempen ini akan menyaksikan 30 sen daripada jualan produk-produk terpilih TOP di semua cawangan MYDIN di seluruh negara bermula 12 Oktober hingga 13 Disember 2015 akan disalurkan bagi membeli kelengkapan sekolah seperti baju seragam, beg, stoking dan kasut sekolah untuk 400 orang kanak-kanak yang mungkin lebih kerap tidak menghadirkan diri ke sekolah disebabkan oleh kekurangan kelengkapan sekolah untuk digunakan sepanjang tempoh persekolahan.
Dengan kenaikan kos barangan keperluan sekolah, kempen ini berhasrat untuk mengumpul lebih daripada RM40,000 yang memberi manfaat kepada 400 orang anak yatim berusia 7 hingga 17 tahun daripada 18 buah rumah kebajikan di seluruh negara.
Kempen mengumpul dana ini bermula daripada satu kaji selidik ringkas yang dijalankan oleh TOP mengenai keperluan serta-merta yang melibatkan sejumlah rumah kebajikan. Kaji selidik itu juga selari dengan konsep jenama TOP yang menggalakkan gaya hidup bersih sejak dari usia muda.
Memahami keadaan kebanyakan kanak-kanak kurang bernasib baik yang sukar untuk mendapatkan pakaian bersih berbanding orang lain, jenama pencuci pakaian No. 1 di Malaysia¹, TOP telah menganjurkan kempen mengumpul dana ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP dan MYDIN’.
Objektif kempen ini adalah untuk menggalakkan kehadiran dan penyertaaan aktiviti di sekolah dengan cara menyediakan sokongan sewajarnya dalam mendapatkan pendidikan. Di samping menyediakan keperluan sekolah dan pakaian seragam seperti pelajar lain, ini pasti dapat meningkatkan keyakinan dan imej diri, selain mengajar mereka tentang kemahiran hidup seperti membasuh pakaian dan hadir dengan penampilan yang bersih serta kemas.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun memuji TOP dan MYDIN kerana melibatkan rakan perniagaan serta pelanggan mereka dalam membawa tanggungjawab sosial kepada yang kurang bernasib baik, bersatu padu menolong mereka yang memerlukan dan secara tidak langsung memupuk masyarakat yang bersatu dan penyayang.
“Di dalam persekitaran perniagaan yang berdaya saing, dimana banyak organisasi hanya mementingkan keuntungan, TOP dan MYDIN telah bersetuju bahawa kejayaan sesebuah perniagaan dan tanggungjawab sosial adalah selari. Ketika kita bergerak kehadapan sebagai satu negara, adalah penting agar lebih banyak korporat dan sektor swasta bekerjasama, mengambil bahagian secara aktif dan mengajak lebih ramai menyokong tangungjawab korporat sosial,” beliau menambah.
TOP yang dibangunkan oleh LION Corporation Japan cukup dikenali kerana sentiasa mengutamakan konsep kehidupan bersih menyuluruh. Ia menggalakkan cucian yang lebih bersih, selesa dan kehidupan lebih baik menerusi inovasi berterusan teknologi termaju Jepun.
Pengurus Kanan Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd, Carmen Foo menyatakan bahawa TOP telah mengubah industri pencuci pakaian di Malaysia melalui pelbagai teknologi inovatif serta pengenalan konsep kehidupan bersih menyeluruh untuk bertahun lamanya.
Selaku peneraju dalam industri pencuci pakaian, TOP komited untuk kembali menyumbang kepada masyarakat dan membantu mereka yang memerlukan.
“Sebagai pengguna, kita boleh melakukan perubahan dengan mengamalkan gaya hidup bersih menyeluruh bersama TOP. Ia merupakan hadiah yang cukup bermakna untuk diri kita dan keluarga melalui pembelian produk TOP ketika kempen ini, kita boleh membantu kanak-kanak kurang bernasib baik memperoleh masa depan lebih cerah dengan memperkenalkan amalan kehidupan bersih menyeluruh sejak kecil lagi, disamping mengembalikan maruah dan sifat kebanggaan dalam penampilan mereka,” kata Cik Carmen.
Kanak-kanak dari Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR) dan Rumah Kanak-Kanak Ini Di Sayangi (KIDS) turut membuat persembahan istimewa. Ini jelas membuktikan bahawa kanak-kanak kurang bernasib baik yang diberi bimbingan juga mampu bersinar.
“Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP dan MYDIN ini mampu melibatkan pengguna dan mendidik mereka mengenai kehidupan bersih menyeluruh. Mari bersama kami menyumbang sebanyak 30 sen melalui setiap pembelian produk-produk TOP terpilih di semua cawangan MYDIN di seluruh negara mulai 12 Oktober hingga 13 Disember 2015. Ia demi memberikan masa depan lebih cerah kepada 400 orang kanak-kanak dengan memberi keperluan persekolahan yang lengkap,” kata Foo mengakhiri bicara.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan 1800-88-0133.
bau wangilah kat sini haha
ReplyDeleteDiharapkan nilai murni pihak TOP ni dapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.
ReplyDeletehttp://angellovesoldier.blogspot.my/