Hi Korang,
Mesti ramai ternanti-nanti rancangan realiti Masterchef Asia yang bakal bersiaran di Channel Lifetime (Astro Channel 709) kan, ni ada berita baik untuk korang ni.
Saksikan sendiri set dapur MasterChef Asia yang ikonik dan temui juri-juri dan peserta-peserta yang mewakili Malaysia dalam rancangan masakan yang terhebat! Pada bulan Ogos ini, kenali mereka dengan lebih dekat lagi di acara terbuka di Mid Valley Megamall dan sertailah jelajah MasterChef Asia yang julung kali diadakan.
MasterChef Asia season 1 Contestants
Maklumat lanjut:
Pameran Dapur MasterChef Asia
Tarikh : 19 hingga 23 Ogos 2015, Rabu hingga Ahad
Masa : 10 pagi – 10 malam
Tempat : Mid Valley Megamall | Centre Court, Aras Bawah
Info : Sebagai bonus tambahan, saksikan penampilan tetamu istimewa Duta Panasonic Datuk Chef Fazley Yaakob yang akan mengadakan demonstrasi masakan di lokasi yang sama pada hari-hari tertentu!
Audra Morrice, Susur Lee dan Bruno Ménard
Sesi Beramah Mesra MasterChef Asia
Tarikh : 22 Ogos 2015, Sabtu
Masa : Dari 12 tengahari
Tempat : Mid Valley Megamall | Centre Court, Aras Bawah
Bermula 12 tengahari pada 22 Ogos, Sabtu, para peminat MasterChef berpeluang menyertai sesi beramah mesra bersama para juri MasterChef Asia yang pertama, Susur Lee, Bruno Ménard dan Audra Morrice; dan juga peserta-peserta dari Malaysia Jasbir Kaur, Marcus Low dan Sophia Zulkifli. Namun bukan itu sahaja – MasterChef Asia tidak akan lengkap tanpa Mystery Box Challenge! Saksikan cabaran memasak yang mendebarkan secara langsung di mana Jasbir, Marcus dan Sophia akan bertarung di hadapan penonton, dan saksikan bagaimana para juri menilai prestasi mereka. Tunggu dan lihat apa yang mereka bakal sajikan!
MasterChef Asia season 1_Malaysian contestants
Musim pertama MasterChef Asia memaparkan tiga peserta Malaysia dengan latar belakang berbeza, masing-masing mempamerkan kehebatan sajian Malaysia: Jasbir peserta paling matang dalam musim kali ini yang suka menyediakan sajian Punjabi dengan mudahnya; Marcus, seorang kakitangan bank yang berminat dalam sajian molekular dan penggabungan makanan unik; dan Sophia, seorang ibu yang mencintai makanan dan dunia masakan.
Para juri turut mempunyai latar belakang dinamik, daripada seorang pengusaha restoran yang pernah memenangi anugerah dan pakar hidangan fusion, Susur Lee hinggalah kepada chef dengan 3 Bintang Michelin dan penasihat kulinari Chef Bruno Ménard, dan Audra Morrice yang disayangi ramai, peserta MasterChef Australia, pemilik bisnes katering dan penulis buku masakan.
MasterChef Asia Musim Pertama dipersembahkan oleh Lembaga Pelancongan Singapura dan Knorr, dengan kerjasama Panasonic, Changi Airport Group, Hotel Carlton Singapura dan Air Asia. Siri ini akan ditayangkan pada 3 September, setiap hari Khamis jam 9 malam di Lifetime (Saluran Astro 709). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di msn.com/masterchefasia.
tiba-tiba rasa lapar pulak... ouhhhh...
ReplyDeletewahhhh memang minat masterchef....tq info...
ReplyDeletePerghh bestnya dapat jumpa mereka..
ReplyDelete