Hi Korang !
Bianco Mimosa merupakan satu jenama fesyen tempatan yang tidak asing lagi bagi kalangan fashionista masa kini.
gambar dari Fatinbella.com
So last week, Cik Lily Putih dan beberapa geng blogger lain ke majlis Fashion Show esklusif yang memperkenalkan rekaan baju raya baru dari Pengasas dan Pereka Bianco Mimosa iaitu YBhg Dato' Ida Suraya Mustapha yang bertemakan Safari, Flora, Fauna dan Mimosa Raya 2015.
Memandangkan arus fesyen tempatan yang agak statik memandangkan Malaysia bukan negara empat musim sepertimana Negara Eropah misalnya yang membuatkan dunia fesyen bertukar pada setiap tiga atau empat bukan mengikut musim, YBhg Dato' Ida Suraya percaya dan yakin muda mudi Malaysia masa kini kian terbuka soal gaya sekaligus bakal mengubah atmosphera penggemar fesyen di Malaysia.
Di sepanjang acara ini, Dee telah menjadi pengacara untuk memeriahkan acara ini. Sesungguhnya Dee memang sangat kelakar dan berani menampilkan fesyen-fesyen bajunya yang unik dan meletopsss.
Dengan sebanyak 118 rekaan, beliau tidak sama sekali berkompromi tentang kualiti fabrik, seni jahitan dan perincian menggunakan kerja tangan ( hand made ) di setiap rekaan dan yang paling penting menjanjikan keselesaan kepada si pemakai.
Jom tengok antara koleksi baju raya Bianco Mimosa ni :
Rekaan yang unik ini sentiasa memastikan keselesaan, aura seksi, berani dan berkarisma pada mereka yang memakai helaian ekskusif dari keluaran Bianco Mimosa.
Kami para tetamu juga di persembahkan dengan persembahan menarik dari penyanyi Nurul Wahab dengan membawa lagu Roar dan My Heart Will Go On.
Laman Web Online Bianco Mimosa dilancarkan !
Dah ada Bianco Mimosa online wehh ! Sangat menjimatkan masa, tenaga, dan apa-apa lah. Kalau korang berminat nak beli rekaan terbaru dari Bianco Mimosa ni ape lagi, jom klik link ni bawah ni. Laman web ni dilancarkan oleh Datuk Shahrizat Abdul Jalil. Harga sangat mampu milik yang mampu menceriakan hati korang hehehe
INSTAGRAM : BIANCOMIMOSAOFFICIAL
So apa lagi, jom shopping baju raya online sajorr!
wow! vogue pengacara nyer.
ReplyDeletemenarik perhatian :)