Hi Korang,
Sambung lagi citer pasal buffet ramadhan 2015 ni.
Kali ni kita ke kawasan Bangi pulak, la dekat je dengan umah aku kan. Of courselah kena pi untuk merasai buffet ramadhan di sini.
Bufet Ramadhan yang berkonsepkan ‘CITARASA RAMADHAN’ ini menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti Pecal Kampung, Rojak Tauhu Bakar, Sengkuang Calit, Sup Soto Madura, Roti John, Murtabak, Mee Mamak Puri, Satay, Ikan Bakar, Seafood Parcel, Mee Kari, Mee Rebus, Nasi Beriyani Gam Ayam, Ayam Percik Kelantan, Daging Salai Kuah Lemak, Sotong Paprik Ala Thai, Ikan Tenggiri Goreng Acar, Asam Pedas Daging Tetel, Keli Masak Lemak Cili Api, Ayam Goreng Cencaluk, dan hidangan kegemaran ramai iaitu Kambing Panggang dan bermacam-macam lagi!
Juadah manisan seperti Ais Krim Goyang, Cendol, Pelbagai Jenis Potongan Kek, Kuih-Muih Melayu, Chocolate Bread Butter Pudding, Pelbagai Jenis Puding dan Jeli, French Pastries serta bubur. Di kaunter minuman pula air yang dihidangkan adalah seperti Sirap Selasih, Limau Asam Boi, Bandung, Soya, Katira, Teh Tarik and Nescafe Tarik.
Kepelbagaian hidangan dimeriahkan lagi seleksi buah-buahan tempatan seperti manggis, rambutan, pisang emas dan buah dokong. Hanya terbaik untuk pengunjung Hotel Puri Pujangga!
Sedap kan semuanya…
ok beratur amik gambo makanan ek
tengok food blogger Hazman amik gambo, stylo gituh
amboi kemain suka Nuar dapat makan kan
Surau untuk Lelaki dan Wanita juga disediakan untuk tetamu di samping ruang letak kenderaan percuma untuk semua pengunjung.
Untuk buffet ‘CITARASA RAMADHAN' ni, ianya bermula dari 20hb June 2015 hingga 15hb Julai 2015.
Harga buffet ramadhan di Begonia Coffee House ni adalah
RM70.00 nett untuk dewasa
RM35.00 nett untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun)
Promosi Early Bird dengan harga RM6o.oo nett seorang mula dijual bermula dari 31 Mei 2015 hingga 18 Jun 2015. Voucher hanya boleh ditunaikan untuk tarikh bermula dari 20 Jun 2015 hingga 3 Julai 2015. Makanan yang dihidangkan secara bufet mula dibuka dari jam 7.oo malam hingga 11.oo malam.
Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03- 8927 4128 I 8926 2443
Ok ini baru satu hotel yang aku tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
KHAILA KHALID
Pengurus Operasi
HOTEL PURI PUJANGGA
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi Selangor Darul Ehsan
Office : +603 8922 2891 / 8927 4128 / 8926 2443
Mobile : +6017 699 2437
Fax : +603 8922 2890
Email : khaila@puripujangga.com.my
Hotel Puri Pujangga terletak di dalam kampus induk Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor dan lebih mudah di akses melalui pintu ke-2.
Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2015, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2015 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.
Wah...bestnya..selalu mkn sedap2 ni
ReplyDeleteSEmua nampak sedap sedaplah...hehe
ReplyDeleteBagi penduduk sekitar bangi / kajang memang inilah antara tempat berbuka puasa yang okey untuk kita pergi bersama kawan-kawan dan famili
ReplyDelete