Wednesday, June 10, 2015

Buffet Ramadhan 2015 Di BANGI Golf Resort, Bangi.

Hi Korang,


Lagi dekat nak puasa lagi banyak Ramadhan review yang aku kena attend. 

Ada sekali tu sampai 3 review dalam hari yang sama, of courselah tak boleh nak cover kan. Mintak press release dan beberapa keping gambar sajor. Kalau korang perasan review yang sikit dengan gambar tu so itulah dia ek.

Orite back to our story ek

kami sekuat makan #BloggerKakiMakan

Ermm Bangi Golf Resort memang sangat bermurah hati sekali lagi menjemput CikLilyPutih dan geng #BloggerKakiMakan membuat Ramadhan review di sini. Masuk ni dah 4 kali aku join review diorang ni, seronok makan kat sini sebab kita boleh family members sekali kan.. ermm love u BGR..

Pada tahun 2015 ini, 'pasukan dapur' BGR telah menghasilkan pelbagai hidangan yang pasti 'menggiurkan' dan bakal membangkitkan selera para tetamu.


Para tetamu BGR boleh menikmati Cooking Showcase BGR tahun ini yang menampilkan Kambing Bakar, iaitu kambing yang dipanggang secara perlahan di atas bara api dan Sup Kambing Mamak. Di stesen ini, chef BGR menghidangkan tetamu dengan hirisan daging kambing yang baru sahaja dipanggang dan menyediakan sup kambing panas yang akan menghangatkan selera. Para pelanggan juga boleh menikmati Sate Daging dan Ayam yang dihidangkan dengan Kuah Kacang yang dibuat sendiri serta Kway Teow Goreng dan Mee Goreng Mamak yang digoreng panas di hadapan mereka.




Di bahagian Western Appetizer pula, para tetamu disajikan hidangan dengan sentuhan gastronomi isitmewa seperti Krim Ayam Salai dengan Bawang Focaccia Panggang dan Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. 










Di sudut Menu Utama Tempatan dan Masakan Timur pula, pasukan dapur BGR menyediakan pelbagai pilihan juadah seperti Butter Prawns, Teriyaki Chicken, Black Pepper Beef dan Fish Fillet dengan Sos Serai dan tidak dilupakan hidangan popular kegemaran ramai seperti Sambal Sotong Kembang, Ayam Masak Ros dan Rendang Daging Tiak Minyak.








Pada setiap Buffet Ramadhan di BGR sudah menjadi kemestian pelanggan untuk menikmati pencuci mulut di sini. Aiskrim Pacojet dengan rasa unik Teh Tarik, Tembikai Susu dan Bunga Kantan amat digemari oleh pelanggan kami tanpa mengira usia.













Para tetamu juga boleh mengakhiri jamuan mereka dengan juadah manis di 'Live Station' Spanish Churro dengan kuah coklat yang pekat. Di sudut ini, terdapat pelbagai jenis kuih muih buatan kami sendiri, pudding, agar-agar dan buah-buahan tropika dan tempatan. Para tetamu juga akan rambang mata dengan pelbagai pilihan popular Barat seperti Italian Tiramisu, Chocolate Eclair, Blueberry Cheese Cake, Red Velvet Cake, Young Coconut Jelly, Creme Caramel, Mix Berry Panna Cotta dan ciptaan eksotik kami yang terkini untuk tahun 2015 -Infused Chocolate Ganache Tartlet.

BGR menyediakan hidangan dan berinteraksi dengan mereka. Pada masa yang sama, tetamu akan dihiburkan dengan alunan muzik Melayu Tradisional yang didendangkan secara live oleh sebuah kumpulan kugiran dari pukul 6:30 petang sehingga 9:30 malam setiap hari. Bangi Golf Resort juga menyediakan sebanyak 800 tempat letak kereta secara percuma. Kemudahan lain seperti Surau Lelaki I Perempuan juga disediakan untuk keselesaan tetamu

hidangan pertama, western sedapppp

dengan mereka yang giler-giler kaki makan

Untuk buffet ramadhan BGR restaurant ni, ianya bermula dari 21hb Jun 2015 hingga 15hb Julai 2015 dari 6.30petang hingga 10.30 malam.

Harga buffet ramadhan di BANGI Golf Resort, Bangi ni adalah

RM55 nett untuk dewasa

RM27 nett untuk kanak-kanak

Kalau nak booking senang je, korang boleh contact NURUL ATIKAH 012-343 1375 (email: atikah.bangigolf@gmail.com) call je dia, cakap nama CIK LILY PUTIH nanti pandailah dia adjust table untuk korang kan heheheheh, atau terus call 03 – 8925 3728

Jom kita ke



Bangi Golf Resort , 
No 1 . Persiaran Bandar. 
43650 , Bandar Baru Bangi. 
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 - 8925 3728 / 03 - 8210 0265

Laman Web: www.bgrrest.com



Ok ini baru satu hotel yang aku tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2015, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2015 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau. 




2 comments:

  1. jeng jeng jeng...dengggg tak buat lagiiii!!! review pasal makan ni...ha ha ha...

    ReplyDelete
  2. Yeahh...tempat tahun adalah lebih meriah dan banyak pilihan dari tahun lepas... tapi selera aku pada kuetiow goreng jee... hahahhaha

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!