Monday, June 1, 2015

Buffet Ramadhan 2015 | ARMADA Petaling Jaya, Selangor

Hi Korang,


Entry adalah entry untuk buffet Ramadhan 2015 yang ketiga. Ermm slow dan steady je menaip ni kan, walaupun dah ada 10 tempat yang aku pi review ni. 

So sabarrrrr ye…


Utara Coffee House menyajikan hidangan buffet ramadhan 2015 yang bertemakan Warisan Tradisi Kampung pada tahun ini yang menghidangkan semua jenis makanan tradisional yang popular di Malaysia. Lebih dari 100 hidangan untuk anda bebuka puasa nanti yang di sediakan oleh Executive Chef mereka.


Di antara hidangan tradisional yang di sediakan di sini bermula dengan pembuka selera Kerabu, Cincalok, Lemang, Pasembor dan aneka Jeruk

Ok jom tengok beberapa hidangan ‘signature dish’ untuk iftar ramadhan kali ni

Ayam Buah Keluak

Acar Ikan Bawal

Otak-otak Muar

Sup Tulang Rawan Utara

Gulai Ayam Portugis

Rendang Itik Serati

Nasi Ulam Desa

Kek Suji Kurma

Selain daripada tuh, hidangan-hidangan fusion dan antarabangsa turut disediakan untuk menambahkan lagi selera para pengunjung.











Sedap kan semuanya…

Untuk buffet ‘Warisan Tradisi Kampung' ni, ianya bermula dari 22hb June 2015 hingga 16hb Julai 2015.

Harga buffet ramadhan di Utara Coffee House ni adalah

RM88++ untuk dewasa

RM44++ untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun) dan warga emas 60 tahun ke atas

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-7954 6888 ext 4557.


Paling best Armada Hotel Petaling Jaya tahun ni mereka mula memberi persembahan Kumpulan Mayang Sari setiap minggu dalam bulan Ramadhan bermula daripada 19 Jun 2015 hingga 15 July 2015. Jadi apa tunggu lagi cepatlah booking sekarang pakej murah ini dan makanan pun banyak.

Jom kita ke

Utara Coffee House
Armada Hotel Petaling Jaya
Lot 4, Lorong Utara C, Section S2,
Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03-7954 6888

Website : www.armada.com.my


Ok ini baru satu hotel yang aku tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2015, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2015 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau. 



5 comments:

  1. boleh masuk dalam list ni..
    kot nanti nak gi buffet ramadhan, dah tau dah mana nak pergi,,hehe

    ReplyDelete
  2. buah keluak tu apa? 1st time dengar.... menarik menu buffet nya

    ReplyDelete
  3. menghitung hari datangnya Ramadhan....

    ReplyDelete
  4. Setiap tahun Hotel Armada ni berikan pilihan yang menarik untuk diorang punya bufet Ramadhan....

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!