Tuesday, May 5, 2015

Aik Dah Ada Sample Kuih Raya

Hi Korang,


Khamis lepas Mr Big bawak balik satu paperbag beso.

Aku ingatkan dia bawak balik barang motor dia so aku biar jelah. Malas nak usik-usik kan. 

So malam tadi, aktiviti mengemas rumah sebelum prince charming hitam legam #DakUban balik dari tempat boarding kat JHAN Pet Shop tu kan, aku pun tertengok dalam paperbag hijau tuh. Rasa rupanya ada sample kuih raya. 

Bila aku tanya, kemudiannya baru dia ingat.

Apa lagi terus lah keluarkan.


Rupanya ada sample kuih tart 2 jenis, satu inti nenas dan satu lagi inti coklat.

inti coklat

inti nenas cam biasa

Sedap gak wei kedua-duanya. 

Yang coklat tu perisa baru, akak tu baru cuba-cuba nak buat. Kira cam test market gituh kan

Lagipun dah bertahun-tahun Mr Big order dengan kakak ni. Tartnya gemuk-gemuk dan isinya penuh. Lepas je abis kemas-kemas terus duk depan tv sambil makan kuih tart ni. Dah rasa cam raya pulak, padahal puasa pun belum kan....

Ok ok sape nak order meh bagitau aku ek hehehe

Cik Lily Terfikir : Wei dah ganti puasa ke belum? hah aku ni tinggal 2 hari lagi. Bila lah nak ganti ek

3 comments:

  1. huhuhu....kalau tart sally suka inti sikit tapi kulit tebal...errr...sebab sally suka makan kulit dia..LOL!

    inti coklat...? hmmmm~~~

    ReplyDelete
  2. awal lagi dah ada sample...tp ok jugak..nanti bulan puasa tak boleh nak rasa lagi...

    ReplyDelete
  3. whoaaa.... bagus betul la yang meniaga nie kan... memang kena buat promosi advance baru senang nak handle order kan...

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!