Wednesday, April 8, 2015

Diamond Fest 2015 di HABIB Jewels

Hi Korang, 


Teringin nak beli berlian ke? Kalau ye, HABIB ada special promotion untuk korang tau.


HABIB meraikan hubungan cinta abadi berlian di pelancaran Pesta Berlian HABIB di DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur. Kempen tahunan ini juga adalah sebagai satu cara HABIB meraikan berlian sebagai batu kelahiran bulan April.


Acara yang dinanti-nantikan oleh HABIB kali ini berbeza dari tahun sebelumnya kerana ia dilancarkan dalam suasana keajaiban bersesuaian dengan konsep atau tema yang berlatar belakangkan cerita dongeng klasik barat dengan slogan "Happily Ever After' atau "Kebahagiaan Abadi". Ianya bersesuaian dengan berlian sebagai salah satu objek yang sering dikaitkan dengan cinta yang kekal abadi dimana berlian juga sering digambarkan sebagai salah satu impian keajaiban yang sentiasa didambakan. Slogan untuk Pesta Berlian HABIB iaitu "Happily Ever After' juga bertepatan dengan slogan umum HABIB ‘GiftofHappiness' 

Potongannya yang memukau, kejernihannya yang cemerlang dan warnanya yang gemilang, tidak hairanlah mengapa berlian menjadi realiti dalam dambaan fantasi setiap wanita seantero dunia! Dalam kisah dongeng klasik barat juga tidak terkecuali, seperti yang digambarkan dalam visual kempen Pesta Berlian HABIB tahun ini yang menceritakan kisah seorang Puteri yang sedang mencari cinta, dan Putera menawan yang ingin memenangi hatinya. Kesudahan kisah cinta ini diakhiri dengan kedua-dua Putera dan Puteri bersatu dalam sebuah istana bertatah berlian.


Dato' Sri Meer Habib, Pengarah Urusan Habib, berkata, "Pesta Berlian HABIB telah diraikan sejak 16 tahun yang lalu dan ianya adalah sesuatu amat membanggakan bagi kami. Setiap tahun, kami mempersembahkan konsep atau tema yang berbeza dan tahun ini kami mengambil keputusan untuk mempersembahkan tema yang memberi tumpuan kepada kebahagiaan yang juga merupakan sebahagian daripada slogan umum baru kami, iaitu The Gift of Happiness." 


Antara koleksi yang diperagakan semasa pertunjukan fesyen adalah koleksi 'Berlian' Bloom, iaitu rekaan terbaru daripada koleksi ‘stackable ring' atau cincin bertindih oleh HABIB. Teristimewa sekali, koleksi terbaru iaitu koleksi "Fairy Tale" HABIB yang diinspirasikan kerlipan bintang-bintang dan gelombang ajaib dalam kisah dongeng klasik yang juga diperagakan.








Tidak ketinggalan, kemunculan sulung koleksi "Aerial" iaitu koleksi terbaru dari jenama 'Hearts On Fire - The Most Perfectly Cut Diamond In The World; yang diedarkan secara ekslusif di HABIB. Peragaan barang kemas pada pertunjukan fesyen tersebut telah memukau dan mempesonakan tetamu kerana kilauan berlian HABIB yang bersinar gemilang.







Pesta Berlian HABIB yang berlangsung dari 1 hingga 30 April 2015 menawarkan pelbagai pilihan dengan diskaun sehingga 70% untuk barangan kemas berlian, berlian bersijil pada harga yang terendah dan sebarang pembelian barang kemas dengan nilai minimum RM500 boleh melayakkan pelanggan mendapatkan seutas gelang mutiara pada harga RM38 sahaja.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadikan impian fantasi korang satu realiti hanya di Pesta Berlian HABIB 2015 pada April ini. Untuk maklumat lanjut, hubungi Jabatan Komunikasi Pemasaran HABIB di 03 4252 2777 atau layari www.habibjewels.com.


Cik Lily terfikir : Alangkah bestnya kalau Mr Big hadiahkan aku sebijik berlian ni ek, alah cincin kecik pun jadilah janji bersinar-sinarkan hahahahahahah


5 comments:

  1. seronoknya kalau ada orang hadiahkan sebiji berlian dari habib ni...

    ReplyDelete
  2. whoaaa....menarik pulak promosi habib nie...kalau beli barang kemas rm500 dapat gelang mutiara harga murah kan....

    ReplyDelete
  3. waa...rambang mata tengok koleksi hebat dari habib ni.

    ReplyDelete
  4. Omg kak... so pretty the jewellery!!

    Cheers
    Miriam
    www.miriammerrygoround.com

    ReplyDelete
  5. wow bestnye post ni..boleh cuci mata huhuhu nak beli tak mampu lagi..takpe cuci dulu.. buat ubat hihi

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!